L A P A N

44 5 0
                                    

"Lambat turun. Lama betul bersiap." Usik aku. "Mana ada bersiap. Sarung hoodie je."

"Sejuk."  Katanya lagi. Aku mengangguk. Setuju dengan Rin. Hari ini cuaca lembap. Musim hujan dikatakan. Malam-malam selalu turun hujan. Bunyi petir pula boleh tahan kuat berdentum juga.

Cuaca tak boleh diagak.

"Nah." Aku menghulurkan kotak berikatkan reben besar berwarna merah. "Mama tolong sampulkan."

"Pocadot pocadot tu semua bukan idea aku. Mama yang buat." Terang aku terlebih awal. Tak mahu Rin judge selera aku.

"Tak cakap apa pun." Rin cuba sembunyikan senyumannya tapi aku tahu dia gembira sangat. Kotak hadiah tadi diambilnya.

Rin,

Masih ada orang ingat lagi hari kelahiran kau.

Masih ada orang lagi yang nak nyanyikan lagu ulang tahun untuk kau.

Masih ada orang juga berterima kasih atas kewujudan kau di muka bumi ini.

Jadi, janganlah kau bersedih selalu.

"Bukak lah." Rin membuka balutan hadiah itu. Dia seakan-akan kaku melihat isi di dalam.

"Happy birthday." Aku tersenyum lebar sehinggakan kedua-dua mata aku tertutup sedikit. "Niq.." Angkat sahaja wajah, tubir mata Rin sudah pecah dengan air mata. Hidungnya merah. Entah kenapa aku pun rasa sedih. "Nah, there's nothing special about it."

Aku melibas-libas angin. Sebelah tangan di dalam poket hoodie.

Act cool.

"Terima kasih, Niq." Semakin teresak-esak Rin dibuatnya. "W-weyh.. jangan nangis-nangis. Mama nampak nanti dia kata aku yang buli kau."

Rin menepis air matanya. Dia tergelak kecil. "Tak adalah, aku cuma terharu." Rin tersenyum. Aku hanya merenung wajahnya beberapa saat.

Mengamati kecantikan.

"Erm, kejap eh." Kamera rakaman jenama jvc dihadiahkan oleh aku tadi, aku ambil. Pantas aku buka untuk rakam Rin.

"Niq--"

"Now, now. Look who's crying on her best day."

"Yep, Arina Sofie si gembeng pengganti Izz tengah menangis. So, boleh saya tanya apa pendapat anda dengan hadiah yang diberi?" Aku mengepalkan sebelah tangan. Buat macam pegang microphone lalu ditala di hadapan wajah Rin.

Rin berdehem. "Saya--"

"Ok, itu sahaja sudah cukup." Microphone tangan aku tarik kembali. Aku merakam kami berdua. "Yes, yes. As we all know, Noor Aniq Iman bin Ikhwan adalah kawan terbaik di dunia. Malah, lelaki yang diidamkan ramai wanita. Dah lah perfect, pandai pula tu. Buat orang terharu pun reti." Aku mengenyitkan sebelah mata. Ibu jari mengangguk-angguk bangga. Buat muka minta penampar.

"Diidamkan.."

"Kejap." Kini, aku merakam tar jalan. Rin aku pandang macam ada benda tak kena.

"Kenapa?" Soalnya kerisauan. "Aku bukan makanan untuk diidamkan."

"Lain je ayat. Saya tak boleh dimakan malah dikunyah."

"Niq, merepek apa je kau ni?" Aku dengan Rin tergelak sesama sendiri.

JANJI DIA [C]Where stories live. Discover now