F L A S H B A C K #1

14 0 0
                                    

Izz's pov

Sorakkan para ibu bapa riuh sehingga boleh menggegarkan dewan sekolah ini. Aku langsung tidak tersenyum.

Sikit pun tak tergerak untuk senyum. Niq yang berada di platform pentas lebih tinggi aku kerling. Dia menang pertandingan melukis. Tempat pertama.

Aku suka melukis. Jadi aku sedikit..

Cemburu.

Mungkin cemburu yang amat. Niq tak perlu berusaha untuk menang, manakala aku perlu berusaha untuk benda yang aku suka buat sebagai hobi.

Atau mungkin bakal dijadikan kerjaya?

Melukis adalah benda yang sangat aku dalami. Jadi aku hairan. Kenapa Niq boleh atasi aku jika dia tak minat perkara ini? Bukan dia hanya minat belajar je ke?

Ouh. Mungkin dia memang dah sempurna dalam apa-apa perkara yang dilakukannya.

Sijil di tangan aku pandang sayu. Dia di tempat pertama. Aku?

Kedua yang pasti.

"Izz!"

"Sini, Izz!" Panggil ibu. Bersungguh dia melambai ke arah aku. Ayah pun ada sekali. Tengah pegang kamera. Berada jauh di belakang.

Aku hanya senyum hambar. Cukup sekadar tersenyum untuk satu keping gambar sebagai kenangan untuk mereka.

Tubuh ayah ditegakkan kembali. Gambar ditangkapnya tadi dilihat sedikit muram.

Jantung aku berdegup kencang. Peluh sejuk mula keluar dari liang kulit. Mustahil... Ayah rasa kecewa dengan aku?

Bertemu sahaja matanya dengan aku, senyuman lebar dilontarkan.

Tapi kenapa... Kenapa aku rasa  Pak Cik Zakwan, ayah cuba memaksa diri untuk senyuman itu?

Adakah aku kecewakan mereka sebab hanya mampu dapatkan tempat kedua ini sahaja? Tak mungkin.

Aku tak bijak. Tak bijak macam Niq dan Arin. Aku tak pandai buat apa-apa selain melukis. Tapi kalau melukis pun bukan bakat aku...

Siapa aku?

Jawapannya ialah aku bukan sesiapa.

Aku tak akan dapat bawa faedah di negara ini satu hari kelak. Sebab aku betul-betul tak tahu aku kuasai dalam bidang apa di bangku sekolah rendah ini.

Umur aku baru jejak 10 tahun.

Tapi kenapa banyak benda buatkan fikiran aku serabut?

Bukankah aku hanya seorang anak kecil? Aku masih budak.

Masa hadapan aku ada pada tangan aku. Jadi kalau aku sendiri pun tak tahu ke haluan mana aku patut bimbing diri... Apa akan jadi nanti?

Aku pejam mata rapat.

Suara ini lagi.

Suara yang sama kerap sangat membisik sejak aku kehilangan ibu ayah kandung aku seminggu yang lepas.

Suara ini lagi.

Ia asyik berulang tanpa henti.

Suara ini lagi.

JANJI DIA [C]Where stories live. Discover now