T U J U H P U L U H (ATELPHOBIA)

13 0 0
                                    

Aku merenung siling bilik.

Surat ditangan diangkat ke udara. Aku telitinya sahaja. Keluhan panjang dilepaskan.

Aku tahu bila masa aku buka sahaja surat ini, aku tak berjaya kuatkan diri. Jadi sekarang, aku sedang sediakan mental.

Berkali-kali aku fikirkannya.

Mahu buka. Atau tidak.

Mahu baca ataupun tidak.

Tapi lambat-laun, aku tahu benda ini semua akan lepas.

Aku menjentikkan diri kembali ke realiti. Siap sedia terima apa jua dugaan. Tubuh dipaksa bangun. Duduk di atas katil. Perlahan-lahan tangan aku membuka sampul coklat itu.

Kertas dilipat dua yang berada di dalamnya aku buka dengan kudrat yang dikumpulkan.

Noor Aniq Iman bin Ikhwan

Kalau dulu nama itu tak membawa maksud kepada aku, kenapa baru sekarang nama itu mengukir rasa benci?

Mungkin dulu aku masih kecil. Aku tak hiraukan keadaan di dunia ini dengan lebih mendalam. Menginjak sahaja umur aku ke alam lebih matang, semua benda aku berikan tumpuan. Buatkan aku ciptakan penuh pertanyaan.

Kenapa bukan aku? Kenapa mesti dia?

Apa kurangnya aku? Apa lebihnya dia?

Aku rasa hidup aku tak berapa berharga. Aku selalu nakkan berada di tempat kau. Aku selalu salahkan kau, tujukan semua kesilapan pada kau. Padahal yang berlaku langsung tiada kena mengena dengan kau, Aniq.

Dan aku sedar apa yang aku rasa sebelum ini bukan sekadar benci, iri hati, cemburu, dendam dengan kehidupan kau.

Cara pemandangan aku salah terhadap kau, Niq.

Kau hebat, Aniq. Semua orang agungkan kau. Alangkah bagusnya berdiri dengan kasut kau.

Aku tak pandai. Aku tak seberapa pintar macam kau dan Arin. Jadi, benda yang aku boleh bergantung hanyalah kepada kemahiran aku.

Seni.

Itu adalah pilihan terakhir yang tinggal.

Tapi aku tak berseni. Benda tu susah juga bagi aku. Aku cuba jadi berguna. Aku push diri aku untuk cuba buat banyak benda dan akhirnya semua berakhir dengan aku ketemui kegagalan. Hidup ni sia-sia kalau kau tiada guna. Manusia carikan nilai yang berharga dalam diri kau untuk teruskan kehidupan. Dan aku adalah disebaliknya.

I'm more to nothing

Aku sedar aku takutkan kehidupan. Aku takut hidup aku tak akan berjalan baik seperti anggapan masyarakat. Banyak benda yang menakutkan aku.

Aku takut jika aku tidak berguna.

I'm afraid of feeling unwanted.

Aku anak yatim piatu sejak umur 10 tahun. Siapa lagi mahu terima aku apabila aku bukan sesiapa kalau bukan ibu dan ayah kandung aku sendiri?

Aku takut dibuang.

Aku tahu jikalau hidup kau terus berjalan lancar, pasti kau akan terus temui kebaikan. Tanpa berfikir dengan rasional, aku ambil langkah sedikit demi sedikit, membuatkan cahaya terang kau menjadi malap.

Aku tahu kau masih anggap aku sebagai kawan kau. Aku tahu kau cuba nafikan kebencian kau pada aku. Aku tahu, Niq. Sebab aku kenal kau dah lama.

Aku pernah kenal kau sebagai seorang rakan.

Kau seorang yang baik. Hati kau suci. Bersih. Murni. Kau hanya mahukan hubungan kita kekal aman sentosa. Tapi disebabkan aku, semuanya tinggal memori untuk dikenang.

Maafkan aku atas segala silap aku dah buat pada kau.

Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku walaupun aku khianati persahabatan kita.

Jadi, Niq. Kalau kau bencikan aku, teruskan. Aku tak berhak dimaafkan. Aku yang buat keputusan. Ini jalan aku pilih.

Aku nak habiskan nyawa aku dalam tubuh aku untuk membesar dalam kehidupan.

Bukan hidup dengan fikiran aku yang bercelaru.

Jangan salahkan diri kau, Niq.

I won't seek help. I wont ask for help.

Ini pengakhirannya.

Mohammad Izz.

JANJI DIA [C]Where stories live. Discover now