T U J U H P U L U H S A T U

10 0 0
                                    

Skrin televisyen yang terpasang di ruang tamu langsung tak menarik minat aku. Aku terhimpit dengan pelbagai emosi. Jasad aku di sini tetapi minda dan jiwa aku kosong.

Aku tak tahu macam mana mahu atasinya.

Macam mana mahu atasi emosi bermacam-macam datang dalam satu masa yang sama.

Jiwa aku terasa lompong. Bagaikan satu lohong yang gelap, sepi tanpa penghuni. Tanpa cahaya. Tanpa isi. Tiada lagi rasa mahu mara dalam kehidupan.

Hanya rasa pilu. Lelah dengan segalanya. Aku tenggelam ke dasar kekosongan.

Aku kalihkan pandangan ke kiri. Mata aku tertancap pada objek di dalam bilik stor yang terbuka.

Nafas ditarik sedalam-dalamnya dan dihembus berat lalu aku bingkas, meraih objek tersebut. Mama di dapur yang leka sedang memotong bahan-bahan masakan aku kerling sekilas. Langkah disusun laju memanjat anak tangga memasuki kamar tidur.

JANJI DIA [C]Where stories live. Discover now