L I M A P U L U H L A P A N

11 0 0
                                    

MAHKAMAH

TTOK TTOK TTOK

Hakim itu mengetuk tukulnya. Hari ini menunjukkan bahawa kes aku ditutup. Nama aku sudah bersih. Maruah keluarga aku masih terjaga.

Bukti diberikan kepada pihak tertentu menjelaskan aku tidak pernah salah dalam hal ini atas bantuan arwah Izz. Dan Pak Cik Zakwan sebagai saksi pembicaraan aku. Di dalam surat Izz, dia mengaku dia yang bersalah.

Aku dituduh mengambil dadah. Dan aku dituduh membunuh.

Sepanjang tiga hari ini, nama aku gempar di buletin. Wajah aku terlalu asyik keluar di kaca televisyen. Di media juga selalu sahaja terpancar nama aku.

Remaja yang disahkan tidak bersalah, Aniq Ikhwan.

Itu tajuk utama untuk hari ini. Sebelum tiba pengesahan hari ini, aku dikenali sebagai

Remaja stres, ketagih dengan dadah

Noor Aniq Iman, Remaja yang membunuh

Ya, Aku dituduh membunuh Izz. Tiga hari ini juga bagaikan dilema bagi aku. Aku asyik ulang-alik dari pejabat peguam dan mahkamah. Membicarakan perkara yang aku tidak mahu bincangkan. Langsung tidak jejak ke sekolah.

Dan tanah perkuburan Izz.

Aku tak bersemuka dengan Rin.

Aku takut dia akan berubah.

Aku takut pandangan dia pada aku akan berubah.

Aku melawan tangisan daripada jatuh. Dengan apa yang telah terjadi, aku tak akan rasa hidup aku akan jadi seperti sedia kala.

Hidup aku tak pernah normal.

Dan ia takkan pernah jadi normal.

Lengan suit kemeja biru gelap aku pakai kini basah dengan cecair hangat.

Aku sangka aku menangis untuk diri aku... Tapi aku rasa lebih tepat, aku menangis untuk Izz. Aku kesal dengan pemergian dia.

JANJI DIA [C]Where stories live. Discover now