L I M A B E L A S

29 3 0
                                    

"Ha.."

Aku menggenggam kedua belah tangan. Jubir di lantai menjadi tatapan. Ayah mengeluh panjang di meja makan.

"Rin, aku dah pesan banyak kali, nak naik berbuih mulut aku."

"Aku minta kau belajar, bukan kerja."

"Apa dalam kepala otak kau tu? Kau duduk rumah ni aku tak minta bayaran pun lah. Makan, tidur, makan, tidur. Itu je kerja kau. Aku tak kacau langsung. Suruh belajar pun susah?"

"Rin dah belajar."

"Dah belajar kepala otak kau lah!" Tengking ayah. Kertas laporan dilempar ke arah aku.

Babak yang aku paling benci dalam hidup aku berulang lagi.

"Kalau belajar, kau dah boleh kalahkan budak sebelah ni! Kalau dah belajar, angka nombor kau takkan berpuluh digitnya, Arin!" Aku tersentak sedikit dengan intonasi lantang ayah.

Menangis?

Buat penat.

Tak ada guna nak menangis waktu sekarang ini.

Menangis tak membantu aku.

Benda takkan berubah dengan tangisan.

"Aniq, nama budak tu kan?"

"Kau tak rasa tercabar dengan dia? Markah dia lagi tinggi daripada kau. Sebab apa? Sebab dia belajar. Tak macam kau! Duduk terperuk dalam bilik tu, buat apa?"

"Melayankan perasaan."

"Hei, hidup ni tak akan senang-lenang lah datang bergolek bagi apa yang kau nak. Usaha sendiri! Usaha, Rin! Usaha!"

"Rin dah kata Rin belajar."

"Tak payah nak bohong--" aku mencerlung tepat pada wajah ayah penuh kebencian. "Ayah tahu ke apa yang Rin buat selama ni?"

"Ada ayah datang ketuk pintu bilik Rin, tengok Rin buat apa dengan mata kepala ayah sendiri? Tanya 'dah makan belum? Sekolah tadi macam mana? Study okay ke tak?' Ada?"

"Tak ada kan?" Ayah terdiam seribu bahasa. Tergamam.

Aku dah penat. Aku kena luahkan apa yang terpendam juga. Niq cakap aku dilarang memendam. Jadi, kali ini biar aku yang lontarkan semuanya.

Komunikasi mungkin dapat perbaiki keadaan.

Aku hanya buat apa yang dinasihatkan.

"Tak ada, ayah. Tak ada. Yang ayah tahu, ayah balik, ayah penat, ayah lepaskan semua kemarahan ayah dekat Rin. Rin kata Rin dah belajar, Rin dah cuba sedaya upaya, Rin dah beri sehabis yang boleh. Itu yang Rin pasti. Sampai situ sahaja kemampuan Rin."

"Ayah tak pernah ambil tahu pun pasal Rin. Tuduh lah, Rin. Tuduh melulu tanpa bukti."

"Ayah benci Rin pun Rin tak tahu atas dasar apa. Tapi Rin dah letih. Tertekan. Ayah dera mental Rin." Tanpa berfikir panjang, aku selak lengan baju aku. Kesan torehan yang aku lakukan aku tunjuk pada ayah. "Ni semua angkara ayah sendiri. Ni sebab Rin memendam. Ni juga lah kesan akademik yang ayah sanjung-sanjungkan sangat tu."

Ayah mati kata-kata. Aku hiraukan. Yang aku tahu, aku kena luahkan isi hati aku.

"Pagi, petang, siang, malam Rin fikir mana silapnya. Kalau sebab Rin dilahirkan buat ayah rasa terganggu, menyesal, Rin minta maaf. Sebab Rin sendiri tak minta pun untuk dilahirkan." Dada aku berombak. Raup muka ibu terimbas.

Tapi ia kabur. Tak pernah jelas.

Sekarang ini, aku langsung tak terfikirkan apa-apa. Emosi aku menguasai diri.

Aku menunduk. "Teruskanlah bencikan Rin. Rin tahu mesti ada sebabnya. Cuma belum tiba masa untuk ayah buka cerita, kongsi dengan Rin."

"Rin faham."

Aku baru tersedar aku dah melampaui batas sebagai seorang anak. Aku dah berdosa pada ayah sendiri. Lengan baju tadi aku turunkan perlahan-lahan. Rin, kau dah buat ayah kau sendiri terkejut dengan tindakan bodoh kau.

Aku menoleh ke kiri. Menatap dinding. Malu nak tatap ayah sendiri. Tekak aku rasa pedih.

"Walauapapun, Rin akan tunggu hari tu. Rin--Arin akan dengar."

"Sorry."

"Arin cuma harapkan ayah sokong apa yang Arin betul-betul nak buat dalam hidup. Rin minat seni, tapi Rin tahu ayah tak akan setuju dengan apa yang Rin minat. Jadi, Rin dengar cakap ayah. Arin usaha untuk jadi yang terbaik. Arin tinggalkan semua benda tu kat belakang dan cuba belajar tinggi seperti apa ayah nakkan."

"Maafkan Arin kalau Rin tak berapa bagus untuk jadi anak ayah. Rin selalu kecewakan ayah." Kaki aku terus mengambil langkah naik ke tingkat atas. Perasaan aku bercampur baur. Rasa serba salah kuat terselubung dalam diri.

JANJI DIA [C]Where stories live. Discover now