𝑃𝑎𝑟𝑡 20🍁

En başından başla
                                    

"Kejap, macam mana kau tahu?" Tanya Metilda pelik selepas dia berfikir lama sebentar tadi menghadam apa yang di tuturkan Diandra.

Diandra memandang ke arah lain dengan muka selamba.

"Wait... Kau stalk dia ker?!" Terkejut Metilda sanbil matanya terbeliak besar. Diandra pula masih statik dengan muka selamba habis.

"Dia suami aku lah Mel, aku punya suka lah nak stalk dia ker nak ikut dia kemana sekalipun ker. Aku ada hak!" Kata Diandra. Metilda menggeleng perlahan sambil tangan dibuat seakan memicit kepala yang tidak sakit.

Dia sememang nya sudah mengetahui tentang Diandra dan Uwais sejak dari dia berada di London lagi sehingga lah sekarang. Dia berada di Malaysia.

Diandra sentiasa berkongsi cerita dengan nya. Jadinya pastilah dia tahu tentang masalah Diandra dan Uwais. Gambar Uwais pun dia pernah tengok even tak pernah jumpa sekalipun.

"Yer Dian, yer anda betul.." Kata Metilda pasrah. Dia tahu berbahas dengan Diandra sampai kesudah tak habisnya.

"Ni kau ni, takde photoshoot ker hari ni?" Tanya Diandra sambil tangan mencapai macaroon lalu di suakan ke dalam mulut.

Metilda menggeleng seraya membalas.

"Takde, hari ni aku free. That's why lah aku berada disini Puan Dian! Kalau tak takda nyer aku nak bertempek dengan kau seharian ni" Balas Metilda tidak serious.

Diandra ketawa kecil sebelum dia memaki Metilda tanpa menggunakan suara. Hanya isyarat bibir sahaja.

Mereka bertukar - tukar cerita sebelum Metilda menangkap susuk tubuh seseorang. Dia laju menepuk tangan Diandra bagi menarik perhatian si sahabat.

Diandra mengjongketkan keningnya sebelah.

"Tu bukan ker suami kau? Uwais kan tu?" Kata Metilda seraya menunjuk dibelakang Diandra. Laju Diandra berpaling bagi memastikannya.

Diandra langsung tidak memberikan apa - apa reaksi. Dia hanya memandang datar sahaja kedua merpati yang tidak sejoli itu. Walaupun hati sudah di amuk dengan rasa marah yang membara.

"Laki kau kan?" Metilda bertanya lagi mahukan kepastian. Diandra berpaling menghadap Metilda semula.

Dia mengangkat kedua belah bahunya sebelum dia berpeluk tubuh.

"Jom gaduh" Ajak Diandra sepatah. Metilda blurr.

"Haa? Gaduh? Apa yang gaduh?" Tanya Metilda semula tidak mampu menangkap apa maksud sebenar Diandra.

Diandra tidak membalas sebaliknya mata melirik ke arah Fatihah yang sedang berbual dengan Uwais sambil tertawa kecil.

Lama Metilda termenung sebelum dia dapat menangkap maksud Diandra. Membulat terus matanya ketika itu.

"Gila ker? Tak nak aku! Kau tahukan aku ni siapa? Kang tak pasal - pasal naik nama aku kat dalam majalah, kalau pasal kerjaya takpe lagi. Ini pasal benda lain!" Bantah Metilda laju.

Gila lah Diandra ajak dia berperang di dalam mall yang ramai orang macam ni. Mahu diboikot nya Metilda lepas ni akibat dari desas - desus yang mengarut keluar.

Nak - nak pula dari wartawan yang suka membuat rekaan cerita propaganda. Menyampah sungguh Metilda. Diorang tu memang paparazzi tak guna!

Diandra ketawa sebelum dia membalas.

"Aihh.. Setahu aku lah, Mel yang aku kenal dulu bukan macam ni.." Sempat Diandra menyindir Metilda.

Terus memasam muka gadis itu. Dia menjeling Diandra tajam sebelum dibuat isyarat kelar leher.

"Itu dulu lah hauk! Sekarang lain, mana sama dah. Itu zaman hingus meleleh boleh ah citer! Nyampah aku dengan Dian ni" Kata Metilda sebelum dia menyepak kaki Diandra sedikit.

Diandra ketawa suka. Jarang - jarang dapat tengok Metilda mengamuk ni.

Fatihah berhenti di sebuah butik baju muslimah. Dia memerhati butik tersebut lama sebelum di sapa oleh seseorang.

Lalu laju Fatihah berpaling. Wajah jejaka yang sudah bertakhta dihatinya itu dia tatap dengan pandangan lembut.

"Nah, for you" Kata Uwais sambil menghulurkan ais krim cornetto pada Fatihah. Fatihah tanpa banyak kata terus mencapai.

"Terima kasih awak" Balas Fatihah lembut. Uwais senyum manis sebelum matanya beralih ke dalam butik bagi meninjau.

"Awak nak beli baju dekat sini ker?" Tanya Uwais. Terus membulat mata Fatihah seraya menggeleng laju.

"T-tak awak! S-saya tak kata pun nak beli.. Saya cuma tengok - tengok jer" Kata Fatihah laju. Sejujurnya dia memang dah tertarik, namun apakan daya..

Harga baju tu lepas untuk Fatihah membayar duit sewa rumah nya selama 2 bulan! Memang mencekik lalu tercekik lah jawabnya.

Fatihah melarikan anak mata ke arah lain tatkala Uwais mula menatap dirinya lama. Uwais menggeleng perlahan sebelum dia melangkah masuk ke dalam butik itu.

Pekerja yang berada didalam butik tersebut menunduk hormat pada Uwais. Fatihah hanya memerhati dari luar sahaja. Dia rasa segan mahu masuk ke dalam butik mewah sebegitu.

"Fatihah! Awak tunggu apa lagi? Marilah masuk!" Ajak Uwais sambil tangan nya memegang sehelai baju jubah biru cair.

Fatihah dengan teragak - agaknya melangkah masuk ke dalam butik tersebut. Dia senyum kekok pada pekerja butik itu.

"Awak suka tak yang ni?" Tanya Uwais pada Fatihah. Fatihah tersentak.

"A-apa dia awak?" Fatihah membalas dengan pertanyaan semula. Uwais senyum pasrah sebelum dia memandang si gadis ayu yang innocent didepan dia sekarang ni.

"Saya tanya. Awak suka tak baju ni?" Ulang Uwais semula. Fatihah membisu. Takkan lah dia nak balas yang dia suka pula.

Melihat Fatihah yang tidak membalas segera Uwais mencapai beberapa helai baju jubah dan baju kurung yang berbeza warna lalu dihulurkan pada Fatihah.

"Go. Try it" Arah Uwais tegas. Tanpa banyak kata mahupun membantah, segera Fatihah berlari ke arah fitting room.

Aiskrim dia tadi diberikan pada Uwais. Uwais hanya memerhati sahaja perangai gelabah Fatihah sebelum dia ketawa kecil. Geli hati rasanya.

Macam - macam lah awak ni Fatihah..
















































•1369 word•

Apa Diandra akan buat?

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin