🤍 • DYLM SPECIAL • 🤍

1.1K 29 23
                                    


"Are you ready?"

Iman angguk, tanda sedia. Sudah lama dia menunggu saat ini. Jantungnya berdebar-debar, seperti mahu gugur. Adakah segalanya akan berjalan lancar seperti yang diharapkan? Hanya doa yang dapat dia titipkan.

Lilitan pada mata ditanggalkan, sedikit demi sedikit.
Sehinggalah pada lilitan yang terakhir, debaran semakin membara. Jantung terasa mahu meletus. Takut, risau, semua perasaan lahir serta-merta.

"Okay, you can open your eyes now."

Perlahan-lahan Iman membuka kelopak mata. Dia dapat merasa seolah-olah ada cahaya yang menembusi. Seperti satu kejutan, dunia yang selama ini gelap bertukar terang.

Anak mata hitam di depannya ditatap erat, tanpa kelip. Senyuman cantik itu terukir lebar, dengan lekuk di pipi kanan membuatkan senyumannya bertambah manis. Semanis madu.

"Hai sweetheart."

Gelaran itu. Gelaran khas yang Arif berikan kepada Iman sejak awal-awal mereka berkahwin.

Tidak semena-mena, titisan jernih turun mencurah dari mata. Betapa dia merasa gembira dapat melihat semula. Harini, dia dapat melihat dunia. Harini, dia dapat melihat Arif. Suami yang menjadi tulang belakangnya. Insan yang selalu ada bersamanya, susah dan senang.

Ada manusia berhati mulia sanggup mendermakan kornea mata. Bayaran yang Arif kenakan mencecah puluhan ribu ringgit, sebagai tanda penghargaan.

Nikmat Allah itu memang benar. Memang indah bagi orang-orang yang bersabar. Iman dapat merasainya.

"Welcome to a world full of challenges!"

"It's real...I can see!"

Iman seperti kera mendapat bunga, gembiranya hati ini tidak terkata. Semua barang di dalam wad hospital dibelai, warna-warni sekeliling diamati. Tidak dapat diungkapkan, betapa dia sangat bersyukur.

Dia kembali ke pangkuan Arif, menyembab muka pada dada bidang lelaki itu. Dua pasang tangan terasa turun merangkul pinggangnya, kepala dilitupi hijab itu diusap lembut.

Kini, mereka bersabung mata. Anak mata hitam masing-masing dipandang dalam-dalam. Berkaca dan jernih dengan air mata. Tiada saat yang lebih indah daripada ini.

"For the first time, I see you as my husband, Arif."

"And your husband has been waiting a long time for this, sweetheart."

********************************************

Sedar tak sedar, sudah 6 bulan mereka mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah selama 6 bulan ini juga, tidak begitu banyak dugaan yang datang menimpa. Semuanya mudah, semuanya lancar, semuanya tenang. Setenang air di lautan. Cuma bezanya, tiada buaya.

Harini hari Ahad juga hari kedua mereka bercuti di Sabah. Hari Ahad merupakan masa terbaik untuk berehat. Rehat badan daripada penat bekerja, rehat minda daripada penat berfikir.

Iman berdiri di luar balkoni. Memerhatikan Gunung Kinabalu yang tinggi dibendung kabus memutih dan tebal, merasai dinginnya angin pagi yang sejuk membatu. Nikmat melihat kembali ini, akan dia gunakan sebaik-baiknya. Ciptaan Tuhan memang indah, tiada tandingan.

"Morning sweetheart."

Husky voice menyapa, dengan nada malas. Suara orang baru bangun tidur. Pinggangnya dipeluk dari belakang, erat. Kepala Arif dilentokkan pada bahu Iman, manja. Mata lelaki itu masih lagi terkatup rapat, rambutnya yang sedikit berserabai menutup separuh dahi.

Do You Love me?Where stories live. Discover now