🍁 Dylm 77

928 26 24
                                    

Iman memang mudah merajuk, tapi senang dipujuk.

Kini, hanya menghitung beberapa hari sahaja lagi sebelum mereka menjalinkan ikatan perkahwinan yang suci.

Persiapan semua sudah mula dibuat. Iman juga turut sama membantu. Memang sifatnya, tidak suka mengharapkan orang lain. Memandangkan ini untuk majlis perkahwinannya sendiri, jadi biarlah dia sama-sama mengerah tenaga.

Tidak lama lagi, gelarannya sebagai single mommy akan bertukar kepada Mrs.Arif. Iman mengharapkan, perkahwinan buat kali kedua ini akan menjadi yang terbaik. Dia mengimpikan, perkahwinan buat kali kedua ini juga akan menjadi yang terakhir dalam hidupnya.

Walau hatinya sedikit gentar, namun dia perlu memasang keberanian. Dia perlu percayakan Arif, jejaka yang telah banyak meredah pasang surut bersamanya selama ini.

Dia percaya, Arif bukan seperti Luqman, malahan jauh lebih baik.

"Not all men are same. The best will always comes late."

Sekarang agak mudah untuk Iman berulang-alik ke sana dan ke sini memandangkan dia sudah mempunyai lesen kereta sendiri. Jadi, tidak perlu lah dia susahkan sesiapa lagi terutamanya Arif.

Harini, Iman saja melawat kubur Lily. Wanita yang paling Arif cintai. Walau dia tidak kenal siapa Lily, tapi dia pasti, wanita ini adalah seorang yang hebat kerana telah berjaya mengubah diri seorang jejaka bernama Arif Fayyad.

Rumput-rumput yang sudah mula tumbuh memanjang dicabut, nampak lebih bersih. Sesudah membaca surah Al-Fatihah dan surah Yasin, Iman menyiram air bunga ke atas kubur Lily.

Redup saja harini, sama seperti hatinya. Dia yakin, Lily sudah tenang di sana.

"Assalamualaikum Lily. Iman datang ni."

"5 hari lagi, Iman dengan Arif akan kahwin. Lily tolong restui perkahwinan kami ye."

"Iman mungkin tak dapat jadi sebaik Lily. Tapi Iman akan cuba jaga Arif dan Danish dengan baik, macam yang Lily harapkan."

"Lily tau tak, Arif sayang sangat dekat Lily. Iman cemburu sikit, tapi takpe. Iman rasa Iman tahu kenapa Arif sayang Lily sangat-sangat."

"Lily memang wanita yang hebat. Kisah hidup Lily, berikan Iman inspirasi."

"Haih, rugi rasanya sebab Iman tak dapat jumpa Lily. Tapi dapat kenal Lily macam ni pun, Iman dah bersyukur dah. Lily memang seorang anak, isteri dan ibu yang solehah. Iman harap Iman dapat jadi macam Lily."

"Iman balik dulu ya, Lily. In shaa Allah kalau Iman ada masa, Iman datang lagi lawat Lily. Assalamualaikum"

Batu nisan diusap lembut sebelum dua pasang kaki Iman meninggalkan tanah perkuburan.

Enjin kereta dihidupkan, tali pinggang dipasang. Iman baru sahaja ingin mula memandu, tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.

Memandangkan Arif sedang outstation sekarang, jadi mereka hanya dapat berhubung melalui telefon. Kelmarin Arif mengatakan, dia akan pulang hari ini.

"Hello, Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Jalan-jalan terlanggar batu, cikgu kat mana tu?"

Amboi sempat bermain pantun. Walaupun tidak lama lagi mereka bakal bergelar suami isteri, tetapi panggilan 'cikgu' masih setia digunakan oleh Arif. Comel betul.

"Isi beras dalam guni, saya dalam kereta ni."

"Eh eh, dia balas. Hahahahaha!"

Do You Love me?Where stories live. Discover now