🍁 Dylm 2

2.6K 66 27
                                    

Bilik pengantin dihiasi bunga-bunga merah jambu, bertemakan Lilac. Lily duduk di atas katil King yang empuk. Dia melilau sekeliling, tiada sesiapa.

Lily membaringkan tubuhnya ke atas katil, selesa sungguh! Memang lena dibuai mimpi!

Tiba-tiba pintu bilik dibuka, menandakan seseorang masuk. Lily cepat-cepat membetulkan posisinya.

Arif meletakkan songkok di atas almari. Dia bersiap-siap untuk tidur. Dengan selamba, dia menanggalkan baju melayu dan menyarung t-shirt. Terbuntang mata Lily melihatnya. Kalau ya pun nak salin baju, bagi tahu la dulu! Arif mendekati bucu katil, suasana malam itu hanya diam menyepi.

Tanpa sepatah kata, Arif mengambil 2 biji bantal dan menghempaskannya ke bawah. Lily pelik.

Arif memandang Lily. Ekor matanya memberi isyarat
Lily terkebil-kebil. Apa yang Arif maksudkan?

"Haish, gerak la. Aku nak tido ni."

"Saya tido bawah?"soal Lily.

"Iyelah, ni katil aku. Kau jangan nak berangan dapat tidur atas ni."

Lily hanya akur,walau dia berasa tidak puas hati. Baru sahaja kawin, sudah dilayan begini rupa. Sampai bila boleh bertahan?

Ketika Arif baru sedang menarik selimut, Lily mula bersuara.

"Ehem ehem."

Arif hanya mengabaikan Lily.

"EHEM EHEM !"

"Haish kau nak ape ni?!" Arif bengang.

"Ha dengar pun. Ingatkan pekak."

Arif menjeling.

"Excuse me,encik..what's your name again?"

"Arif." balas Arif,ringkas.

"Okay encik Arif. Saya nak cakap sikit eh. Saya tau awak tak suka kahwin dengan saya. Tapi perlu ke layan saya macam ni???"

"Then?"

"Ergh nevermind. Owh, and one more thing. Kalau awak tak suka saya, jangan libatkan family saya."

Arif menjungkit kening.

"Saya nampak macam mana awak pandang family saya masa majlis resepsi tadi.Awak fikir pangkat awak tinggi sangat ke nak pandang Diorang sebelah mata?"

"Do I care? Family kau bukan family aku."

"Hello?! Kita dah kahwin. So family saya, family awak juga!'

"Nampak macam aku kisah ke?"

"Haish, susah betullah nak cakap dengan awak ni!"

"Then, siapa suruh cakap? Zip je mulut tu. Dah diam,aku nak tido."

Lily menahan sabar. Arif memang keras kepala. Mengenangkan Arif tu suami, Lily tidak berani melawan. Kalau tidak, dah lama Arif makan cili api.

🍁🍁🍁
Pagi yang indah,burung-burung berkicauan.
Kelihatan Datin Arfa sedang sibuk menyediakan sarapan pagi.

"Good morning mama!" Lily memeluk erat tubuh ibu mertuanya.

"Eh Lily, lah dah bangun dah?"

"Hahaha Lily always bangun awal ma."

Datin Arfa tersenyum mesra. Untung betul dapat menantu macam Lily.

Do You Love me?Where stories live. Discover now