🍁 Dylm 22

1.4K 39 4
                                    


Kereta Arif tiba di perkarangan rumah Bella.
Mendengar sahaja bunyi kereta, Bella sudah tahu itu mesti Arif. Walaupun dalam terhinjut-hinjut, dia cuba mendapatkan Arif.

"Biyyyy! You are h-home.."

Riang di hati tiba-tiba hilang saat ternampak susuk tubuh Lily di sebelah Arif. Di tangan Lily, terdapatnya beberapa plastik berisi buah-buahan dan sayur-sayuran serta beberapa bahan yang lain untuk dimasak.

"Haish, kenapa perempuan perampas ni ada sekali?!" Getus hati Bella. Reaksinya menyampah.

"Assalamualaikum Bella. Are you feeling better?" Soal Lily, suaranya lembut dan lunak. Sedap telinga mendengar.

"Feeling better apa nya? Lagi sakit mata ada lah!" Bisik Bella di dalam hati.

"Y-yeah." Bella membalas, acuh tak acuh.

Pandangan Bella bertukar kepada Arif. Tangan Arif dipegang erat-erat.

"Biy, kenapa lambat datang? I miss you so much!"

Bella kemudian tidak semena-mena menarik Arif masuk ke rumah. Sesekali Arif menoleh ke arah Lily, memberi isyarat untuk masuk sekali.

Lily menunduk seketika, tangan kanannya dikepal di sisi, matanya dipejam. Dia cuba bermonolog dengan diri sendiri.

"Lily, kau kena kuat. Bella pun isteri Arif. Inilah antara benda yang kau kena lalui bila bermadu. Kau kuat Lily, kau kuat.."

Seketika dia menahan sebak. Dia sebagai isteri pertama, perlu kuat menempuh segalanya. Tidak lama kemudian, dia buka semula mata dan berlagak seperti biasa.

Waktu makan malam,
Arif duduk di sit single sementara Lily dan Bella duduk menghadap.

Pelbagai makanan terhidang di atas meja, semuanya hasil air tangan Lily sendiri.

"Bella taknak makan ke?" Soal Lily, wajahnya penuh kerisauan. Dia yakin, Bella mesti masih terkesan dengan apa yang baru terjadi. Kehilangan anak dalam kandungan adalah satu benda yang sangat menyakitkan.

"Tak ada selera."

"Bella..makanlah sikit..nanti Bella sakit.." Pujuk Lily.
Entah mengapa dia risau akan Bella.

"Suka hati I la nak makan ke tak!" Suara Bella naik satu oktaf.

"Bella Adriana, what is wrong with you?! Lily tanya elok-elok kan?! Pahal nak bentak-bentak?!" Meja diketuk, Arif pula mencelah.

Bella tergamam. Jantungnya berombak laju. Dia bingkas bangun dan lari ke bilik. Ada riak sedih pada wajahnya.

"Awak, kenapa marah dia?" Lily berbisik. Seketika kemudian dia naik ke atas untuk cuba memujuk Bella.

Pintu bilik tidak ditutup rapat, dari celah-celah nya kelihatan Bella sedang duduk di birai katil, ditemani kesedihan.

"Bella, boleh Lily masuk?"

Bella mengalihkan pandangan, Tidak mahu dia memandang Lily dengan wajah sedih begitu.

"Bella janganlah terasa. Arif ni pun satu, emo je memanjang." Sempat pula Lily berjenaka di hujung kata.

Do You Love me?Where stories live. Discover now