🍁 Dylm 70

708 27 7
                                    

Barang-barang sudah disusun di luar.
Iman sudah bersiap untuk berangkat pulang.

Kes sudah selesai. Dia pun sudah official bercerai dengan Luqman. Harini, Arif akan hantar Iman pulang ke dakapan mak dan ayahnya semula.

"Dato', Datin, terima kasih sangat-sangat sebab sudi tumpangkan saya kat sini. Saya hargai sangat-sangat."

"Sama². Alaa bila² pun Iman nak datang, kami alu-alukan. Pintu sentiasa terbuka."

Iman mengulum senyuman. Dia bersyukur dapat jumpa orang yang baik hati macam mereka.
Sudahlah kaya, baik pula tu. Ini boleh menang gelaran OKB=orang kaya baik😔✋

Tidak lama kemudian, Audi milik Arif pun beredar pergi.

✨✨✨
Sudah lama dia tidak pulang ke rumah. Dia akui, betapa dia rindu akan kedua orang tuanya.

Setibanya di sana, bermulanya drama. Mereka berpelukan, bersama air mata. Jelas terpapar kepiluan pada wajah kedua ibu bapa Iman. Mungkin menyesal kerana menjual hidup Iman ke atas lelaki yang salah.

"Ya Allah Iman..Iman baik² je ke sayang? Mak dengan abah minta maaf..Sebab kami, Iman jadi macam ni.."

"Mak, abah..janganlah cakap macam tu..Mak dengan abah tak salah apa² pun. Iman yakin, semua ni ada hikmah.."

Arif juga turut sebak. Habis sesi drama, Arif dijemput masuk ke rumah.

Suasana hari itu agak redup, tak panas sangat, tak sejuk sangat. Teh dihidangkan, masih panas.

"Arif, makcik nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab dah selamatkan anak makcik.."

"Sama-sama makcik. Takde apelah, bende kecik je."

"Makcik betul-betul tak sangka Luqman macam tu orangnya. Selama makcik kenal dia, dia baik je."

Mak Iman menyambung kata lagi,
"Makcik ingatkan Luqman boleh bimbing Iman. Rupa-rupanya..haih.."

"Kalau makcik tahu perangai Luqman macam tu, makcik takkan kahwinkan dia dengan Iman. Kesian anak makcik..."

"Mak, dahlah tu. Iman okay aje."Iman cuba menenangkan.

Sedang rancak mereka berborak, tiba-tiba kedengaran seseorang memberi salam dari luar. Memang sah! Tidak lain tidak bukan, itu mommy Luqman a.k.a maklong kepada Iman sendiri.

Iman masih trauma. Dia yakin mommy Luqman membencinya kerana menjadi penyebab anaknya itu masuk ke penjara.

Walau bagaimanapun, Iman tetap menyambut baik. Keluarga tetap keluarga.

"Waalaikumussalam, maklong.."

"IMAN..!!!!"

Iman berdiri kaku, kakinya dipeluk kuat. Iman sedikit pun tidak goyah, air matanya jatuh. Segala apa yang Luqman pernah lakukan dulu terakam semula di fikiran.

"Iman..Maklong mintak ampun..Maklong tak didik Luqman dengan baik..Ini semua salah maklong..Sebab maklong, Luqman jadi macam tu..Ampunkan maklong, Iman..!!!"

Mak long melutut, meminta maaf. Rasa bersalah menguasai diri. Dia akui dia gagal mendidik Luqman.
Dia simpati kerana Iman menjadi mangsa.

"M-maklong.."

"Maklong mintak ampun bagi pihak Luqman..Ampunkan kami, nak..!"

"M-maklong, t-tak ape. Iman dah lama maafkan."

"Anak maklong dah hancurkan hidup Iman..! Maklong berdosa..!"

"Maklong..Ni bukan salah maklong..Janganlah macam ni.."Iman tenang bersuara.

"Iman redha dengan apa yang jadi. Lagipun semuanya dah selesai. Jadi, maklong janganlah risau, okay?"

"Tentang hal Luqman..Iman pun nak minta maaf..Iman punca Luqman masuk penjara.."

Maklong hanya diam. Dia menunduk, malu. Tangisannya tidak berhenti dari tadi. Dia sedikit pun tidak menyalahka Iman, malahan diri sendiri disalahkan kerana gagal mendidik Luqman.

Mak Iman mendekati mommy Luqman, cuba menenagkan wanita itu.
"Kak long, sudahlah. Janganlah menangis lagi."

"Kak long berdosa dik.."

"Kak, tak ape. Benda dah jadi, kita lupakan. Walau apapun, kita masih satu keluarga."

Mereka berpelukan (family's hug).
Entah mengapa, Arif pula yang merasa sebak. Mungkin kerana sudah lama tidak merasa family hug begitu🥲

Bahu Arif terasa ditepuk.
"Meh ikut pakcik kejap."Abah Iman mengajak Arif ke luar, sementara agenda drama wanita sedang berlangsung.

Arif mengangguk, mengiyakan.

Di tepi rumah, terbentang sawah padi yang menghijau. Bangau-bangau putih singgah mendapatkan ikan, sungguh cantik. Patung orang-orang dikerumuni burung-burung, nampak seperti binaan astetik.

"Kamu nampak pondok kat tengah² sawah tu?"

"Nampak."

"Mase kecik² dulu, Iman suka sangat ajak pakcik main masak² kat situ."

Arif gelak, mungkin terhibur. Dia boleh bayangkan betapa comelnya Iman masa tu.

"Kadangkala sampai ke maghrib tak balik². Si emak pun apa lagi, bising la. Masatu Iman tutup telinga pakcik, pakcik tutup telinga Iman. Taknak dengar mak nye membebel punye pasal."

"Iman mesti rapat dengan pakcik kan?"

"Iye, rapat sangat. Tak boleh berpisah langsung."

Argh cemburunya. Waktu kecik Arif tidaklah begitu indah. Dibesarkan dalam keluarga berada, tetapi papa selalu tiada di rumah kerana sibuk bekerja.
Sebab tulah dia paling rapat dengan mama.

"Pakcik sayang sangat dekat Iman. Dia satu-satunya harta pakcik yang tinggal."

"Lepas pakcik dapat tahu pasal apa yang Luqman buat pada Iman, pakcik marah sangat. Pakcik benci. Pakcik benci diri pakcik, sebab paksa Iman kawin dengan Luqman."

"Pakcik hanya nak yang terbaik je untuk Iman. Tapi tak sangka pula, pilihan pakcik salah. Pakcik menyesal sangat.."

"Pakcik harap sangat, Iman bakal jumpa lelaki yang baik nanti. Kalau dia takde jodoh sampai ke tua pun, pakcik dah janji dengan diri pakcik, pakcik akan jaga dia. Selagi pakcik bernyawa, takde siapa boleh sakitkan dia."

Sapu tangan dikeluarkan, air mata dikesat. Dari tadi dia tahan. Lelaki memang macam ni. Depan orang sengaja nampak kuat walau hati ini sudah patah seribu.

Sekarang baru Arif faham kenapa dia dipaksa berkahwin dengan Lily dulu. Mama dan papa mahukan yang terbaik untuknya. Mereka tidak mahu dia sia-siakan hidup demi Bella.

Yeah, love after marriage is beautiful. But not all are beautiful.
But he was lucky, for acquiring the beauty of love after marriage.

Dia sangat bersyukur kerana bersetuju untuk berkahwin dengan Lily pada hari itu.
Itulah keputusan terbaik yang pernah dia lakukan dalam hidupnya.
Tanpa Lily, Arif yang dulu tidak akan berubah.
Tanpa Lily juga, Arif yang sekarang tidak akan hadir.

"Puteri Lily Dayana, meeting you, is the best thing in my life."




Do You Love me?Where stories live. Discover now