🍁 Dylm 45

750 30 2
                                    

"Murid-murid, cikgu ada sesuatu nak bagitau kamu semua!"

"Bagitau apa cikgu?!"

"Wahhh, cepatlah cikgu! Kami nak tau!"

Suara pelajar Kelas Anchor itu bersahut-sahutan.Masing-masing kegirangan, termasuk Danish.

"Sekolah kita akan mengadakan lawatan ke Taman Negara selama 3 hari. Semuanya percuma, awak semua hanya perlu isi borang dan kita semua boleh pergi sama² Yeay!"

Semua murid terpinga-pinga. Apa yang cikgu cakap tu?

"Cikgu, lawatan tu apa?"

"Lawatan tu maksudnya kita pergi jalan-jalan, tengok tempat-tempat cantik, buat aktiviti yang best².Yang paling seronoknya, kita pergi sana sama²!!"

"Cikgu, boleh tak ibu ayah ikut sekali?"

"Iyer sayang, memang kena bawak ibu bapa sekali pun.Kan lagi seronok kalau ramai-ramai?!"

"Yeayyyyyy!!!!!!"

Semua pelajar bersorak gembira.Kecuali seorang, Danish.

Semasa waktu rehat,
Ramai budak² yang sedang bermain.Ada yang sedang berborak tak ingat dunia.Ada juga yang sedang makan disuap emak dan ayah. Disebabkan sekolah ini baru sahaja ditubuhkan,peraturan sedikit longgar. Ibu bapa dibenarkan masuk bila2 masa sahaja untuk berjumpa dengan anak masing².

Berbeza dengan Danish, dia keseorangan.Duduk di atas bangku batu, merenung sekeliling yang penuh bahagia.

"Nish tak makan ke?"tegur Iman. Kini, dia duduk di sebelah Danish.

Danish hanya menggeleng,tanpa sepatah kata.Matanya tidak lekang memandang sebuah keluarga yang sedang bergurau senda.

Melihat suasana itu, Iman cuba memeriahkan suasana.

"Nish dah tahu ke nak bawak siapa masa lawatan nanti?"

"Papa."

"Mama?"soal Iman.

"Siapa mama?Nish takde mama.Nish ada ibu je."

"Oooo, maksudnya Nish bahasakan mama sebagai ibu la ye?Kalau macam tu, kenapa Nish tak ajak ibu pergi sekali?"

"Ibu...dah takde..papa cakap, ibu dah meninggal. Cikgu, meninggal tu apa?"

Sayu hati ini.Nish masih kecil,tetapi sudah menjadi piatu.Iman bersyukur dia masih mempunyai ibu dan ayah.

"Papa ada cakap, ibu duduk jauh. Cikgu tau tak bila ibu nak balik sini jumpa Nish dengan papa? Nish nak sangat jumpa ibu. Papa cakap, muka Nish macam ibu."

"Urm Nish, jom kita pergi kantin?Cikgu belanja aiskrim.Nak tak?"

"Betul ke ni cikgu?Wahhh nak nak nak!"

Lega betul melihat wajah itu ceria kembali. Untuk soalan Nish dia juga tidak mempunyai jawapan. Ternyata budak kecil macam Nish pun sudah pandai berbicara.


✨✨✨
"Papa, nah."

"Surat apa ni? Nish ada buat problem ke kat sekolah?Explain to me, now."

"Ish papa, baca la dulu. Tak baik tuduh tau."

Arif baca sekilas,
"Lawatan?Do you want me to join this?"

"Haah!"

"Okay, sure."

"Papa, boleh tak kita ajak ibu pergi sekali?!"

"W-what are you talking about?"

"Kenapa papa? Betullah, dalam surat tu ada cakap, boleh bawak ibu bapa.Maksudnya, Nish boleh bawa papa dengan ibu la kan?"

"Nish, apa Nish cakap ni?Kan papa pernah bagitau, ibu dah takde.Ibu dah meninggal."

"Ye la.Meninggal tu maksudnya meninggalkan kita kan? Papa juga ada cakap, ibu duduk jauh.Maksudnya ibu ada lagi, cuma tak duduk dengan kita."

"Nish, you're still a child. Nish takkan faham."

"Nish faham la papa.Nish kan anak papa paling bijak.Ha papa, apa kata kalau papa call ibu? Suruh ibu balik sini. Jadi, boleh la kita pergi lawatan sama-sama!!!"

"Nish merepek apeni?!Papa cakap, ibu dah meninggal kan?!Maksudnya ibu dah takde kat dunia.Ibu tak boleh balik sini sampai bila-bila.Ibu dah mati, faham tak?!"

"Tapi...kenapa ibu mati.."

"Enough Nish!!!"

Teriakan Arif satu rumah boleh dengar. Disebabkan terkejut, pecah air mata Danish. Selama 5 tahun hidup, ini pertama kali dia melihat Arif marah. Ya, betul² marah.

"ARIF FAYYAD?!KENAPA TENGKING² ANAK NI?!"

Arif hanya diam.Boleh lihat naik turun dadanya, menahan marah.

Tubuh Nish ditarik ke dalam pelukan Datin Arfa.Teresak-esak Nish menangis.

"Mama..please..bawak Nish masuk bilik.."

"What is totally wrong with you Arif? Nish ada buat apa² salah ke sampai Arif nak marah² macam tu?"

"No ma..nothing.."

"Anak ni Rif.He's the one and only your son.Dont you remember?Arif jangan nak start jadi panas baran macam dulu balik eh?!Fikir sikit pasal Nish."

"Ma..I said, bawak Nish masuk bilik.Kalau mama taknak tengok Arif marah Nish, tengking Nish, just do what I've said."

"Arif ada masalah kat tempat kerja ke?"

"No ma..takde kaitan langsung. Please ma, leave me alone.I need my space."

✨✨✨
Keesokan hari, di sekolah.
Kejadian semalam membuatkan dia trauma.

"Nish, kenapa duduk sini? Taknak join kawan² main bola ke?"

Nish hanya geleng, perlahan.Iman dapat rasakan, ada sesuatu yang tidak kena.

"Nish, kenapa ni? Nish ada masalah ke? Cuba bagitau cikgu."

"Semalam papa marah Nish.."

"Kenapa papa marah? Nish ada buat salah ke?"

"Nish tanye papa, boleh tak kalau Nish nak bawak ibu pergi lawatan tu. Lepastu papa marah.Papa kata ibu dah mati.Cikgu, ibu belum mati. Nish yakin ibu hidup lagi."

"Nish.."

"Nish nak jumpa ibu je.Nish pun nak ada ibu, macam orang lain."Nish menggosok mata yang sudah berlinang dengan embun jernih.Hatinya memang cepat tersentuh.

"Nish...dah² jangan nangis lagi..papa penat kot semalam.."

"Cikgu, salah ke Nish minta ibu ikut sekali.."

"Tak..tak salah sayang .."

"Cikgu..boleh tak cikgu jadi ibu Nish?"

Sekali lagi Iman terdiam, buntu memikirkan jawapan. Soalan itu, sangat berat untuk dijawab.









Do You Love me?Where stories live. Discover now