🍁 Dylm 8

1.9K 61 10
                                    

Panas, panas, sangat panas..
Bahang, bahang, sangat bahang..
Pedih, sakit, kulit terasa disiat-siat..
Api membara, penuh mara...
Arif seorang diri, terperangkap dalam golakan api yang besar..

"Ya Allah, aku kat mana ni?!"

Dadanya terasa sesak, asap menebal menghalang saluran pernafasan. Arif meronta, menjerit meminta pertolongan namun tiada sahutan.

Dari sebelah utara, kelihatan satu cahaya putih. Sayup-sayup, semakin lama semakin dekat.

Cahaya putih membentuk seorang wanita. Suci dan bersih. Seolah-olah macam bidadari syurga.

"Lily? Tolong aku.."

Tatkala tangan sudah mula mencapai, cahaya tadi terus lesap. Hilang entah ke mana.

Pandangan Arif semakin gelap. Dia sudah tidak mampu bertahan. Sehinggalah segalanya terhenti..

"TOLONG!!!!!"

Arif bangun dari tidurnya, dadanya turun naik dengan pantas. Badannya menggigil, peluh berjuraian. Dia meninjau sekeliling. Arif lega, dia kini berada di dunia nyata. Tadi hanyalah mimpi semata-mata.

Kelihatan Lily keluar dari bilik air, baru sahaja selesai mengambil wudhu.

"Arif? Kenapa berpeluh-peluh ni? Awak lari maraton ke tadi?"

"Lily! K-kau pun berpeluh. Asal kepala kau basah?"

"Saya baru lepas ambik wudhu."

Arif memandang jam dinding. Jarum jam menunjukkan pukul 5 pagi. Sudah subuh.

Arif mengurut-urut dadanya, masih lagi trauma dengan mimpi tadi. Tidak pernah dia mendapat mimpi ngeri sebegitu.

"Arif, awak okay tak ni?"

"Aku mimpi..."

"Mimpi apa?"

"Tak ada apa lah. Lily, boleh tolong aku tak?"

"Ya, tolong apa?"

"Aku sebenarnya dah lama tak solat. So, dah lupa caranya macam mana . Urm, kau boleh ajar aku solat?" Dari nada suaranya, jelas menunjukkan dia betul-betul memerlukan pertolongan.

Lily tersenyum mendengar permintaan Arif.

"Iyer boleh je. Tapi, awak kena ambik wudhu dulu."

"Macam mana nak ambik wudhu?"

Dengan sabar, Lily mengajar. Perlahan-lahan Arif ikut.

Selesai berwudhu, Arif membentang sejadah.

"Ehhh Arif! Mana boleh pegang tangan saya. Nanti batal wudhu."

"Ape pula? Kau kan isteri aku?"

"Haish sebab isteri la tak boleh sentuh."

"Tapi, kita kan dah halal."

"Haish memanglah. Tapi kalau suami isteri bersentuhan, batal wudhu. Itulah, lain kali ustaz bagi ceramah tu, tengok. Bukan skip." Sempat Lily memperli. Matanya masih lagi melirih ke arah Arif yang terpinga-pinga macam rusa masuk kampung.

Arif menggaru kepalanya yang tidak gatal. Terasa jahil betul bab-bab agama.

"Okay, mula-mula kena niat dulu."

(Sesi pengajaran)

Selesai solat subuh diakhiri dengan salam.
Arif menoleh ke belakang, kelihatan Lily sedang khusyuk membaca doa.

Arif mencuit bahu Lily dan bertanya,
"Nak kena doa apa?"

"Hahahaha doa je la apa-apa."

"Takpelah, kau doa je la. Aku tolong Aamiin kan."

Ada-ada saja Arif ni. Otak terlampau geliga sampai tak tahu nak pinta apa. Kadangkala melayar dalam kotak fikirannya, adakah doa daripada orang-orang sepertinya akan diterima oleh Allah SWT? Sudah lama dia menjauh. Kehadiran Lily telah membawa dia kembali ke jalan Ilahi.

"Okay, tadah tangan." Pinta Lily.

(Dua-dua tadah tangan)
"Ya Allah Ya Tuhanku,sesungguhnya engkau yang Maha pemurah Lagi Maha mengasihani. Ampunilah segala dosa kami, kedua ibu bapa kami serta kaum muslimin dan muslimat samada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia."

"Berkatilah perkahwinan kami, curahkan la redha Mu ke atas kami Ya Allah. Kekalkanlah perkahwinan kami hingga ke Jannah."

"Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah."

"Makbulkanlah doa-doa kami ya Allah. Sesungguhnya engkau yang Maha mendengar segala pinta hamba-Nya."

Aamiin.

Selesai bersalaman, Arif termenung sebentar.
Betapa indahnya rasa menunaikan solat. Tidak pernah dia merasa setenang ini.

Jika sebelum ini dia terasa karam, kini sudah tenteram..
Jika sebelum ini terasa jahil, kini sudah mula dekat dengan Tuhan..
Adakah hatinya sudah diketuk?
Adakah hidayah sudah sampai?
Adakah pintu taubat masih terbuka?

Arif memandang lembut wajah Lily. Isterinya itu sedang sibuk melipat telekung.

"Lily."

"Ya Arif?"

"Terima kasih." Buat pertama kalinya Arif nampak ikhlas mengucapkan sesuatu.

Lily membalas dengan senyuman.'Terima Kasih'
Walaupun ringkas, tetapi ia kedengaran ikhlas. Sangat ikhlas. Sangat besar makna ucapan tersebut jika keluar daripada mulut Muhammad Arif Fayyad. Atau mungkin, luar biasa?

"By the way, dalam doa tadi kau ada sebut pasal zuriat."

Lily menjungkit kening. Cuba menghadam kata-kata Arif.

"Kau nak anak ke?" Spontan betul soalan Arif.

Wajah Lily terasa bahang, mungkin dia malu apabila berbicara soal anak? Bengong punya Arif, ada ke patut tanya macam tu!

"Ish awak! Apeniii!" Lily mengetuk bahu Arif, sekuat-kuatnya. Wajahnya sudah berona merah, tetapi masih dapat dikawal.

"HAHAHAHAHH aku gurau je, rilek lah!" Arif cuba menenangkan suasana, menghambur gelak tawa paling besar.

Bergurau memang boleh, tapi agak-agak la. Haish!Bertuah punya Arif Fayyad!

Do You Love me?Where stories live. Discover now