🍁 Dylm 4

2K 60 34
                                    


Setelah 13 jam perjalanan, pesawat mendarat dengan selamat. Usai menerima arahan, semua penumpang berpusu-pusu keluar dari pesawat.

Bumi Istanbul, seperti dunia baru. Sang Matahari baru sahaja timbul, cantik sungguh. Namun di sebalik keindahan, ada jiwa yang sedang gusar.

"Aduh, aku nak kena pergi mana ni? Mana Arif ni?Eee dah Lupe bini ke?" Bebel Lily seorang diri.

Sejak turun dari kapal terbang, dia mancari-cari kelibat Arif. Namun tidak dijumpai.

Lily mulai berdebar. Risau, takut, semuanya bercampur-baur. Maklumlah kat tempat orang kan. Siapa je tak takut seorang diri ?

Wajah Lily sudah naik merah, menahan tangis. Dia perlahan-lahan menarik bagasi, menuju ke pintu keluar airport. Lily melilau sekeliling, dia jadi buta arah. Tak tahu mana nak pergi.

"Mane Arif ni!" Jerit Hati Lily.

Tiba-tiba terasa seseorang menggenggam lengannya dengan kuat. Lily tersentak, dia auto toleh.

"Cari aku ke?" Arif bertanya selamba. Dengan anak mata hitam gelap yang menatap wajah si isteri tanpa perasaan.

Lily melepaskan nafas lega. Dia lega apabila dapat melihat susuk Arif. Hampir-hampir sahaja dia mahu menghubungi polis tadi. Tanpa disedari, air matanya menuruni pipi. Alahai, drama sungguh.

"Haish, yang kau nangis ni kenapa? Macam budak kecik betul la. Sini, ikut aku." Tangan Lily dipimpin erat.

Lily tidak langsung menolak. Malah dibiarkan tangan putih gebu itu digenggam erat oleh Sang Suami. Dia ikut sahaja ke mana Arif pergi.

Haish, memanglah nangis. Ada suami, tapi macam tak ada suami! Bersabarlah duhai hati...

🍁🍁🍁

Hotel DeCamondo Galata. Salah sebuah hotel terkenal di Istanbul. Boleh dikatakan hotel ini mendapat kunjungan ramai disebabkan servis perkhidmatan yang top. 5 stars ni geng!

"Seriously miss????" Arif meninggi suara kepada kerani hotel.

"Yes sir, I'm so sorry. Only one room is left. The others are all full. "

Arif menggaru kepala. Ikutkan hati mahu cari hotel lain, tapi jauh sangat. Ini sahaja hotel paling dekat.

"So, how sir?" Soal kerani tadi, inginkan kepastian.

"I'll just take that room. For t..two person. Thank you." Arif sempat menjeling Lily. Jelas dari riak wajahnya, dia terpaksa.

Lily menerkup mulut,menahan gelak. Kesian Arif, ada hati nak tidur asing.

Selesai membayar bil perkhidmatan, kerani tadi memberi kunci bilik.

"Your room is on the 12th floor, one end. Have a nice day."

Arif bergerak malas. Dia langsung tidak berkata ape-apa. Mereka berdua menaiki lif. Nampaknya harini suasana hotel agak sepi. Mungkin kerana ramai yang keluar bersiar-siar.

Arif menekan butang lif ke tingkat 12. Lily yang di sebelah hanya diam membisu.

Perlahan-lahan, Lily membuka bicara.
"S-so..kita tidur sebilik la kan? Pfftt.." Lily gelak kecil pada hujung ayat.

"Diamlah kau." Arif mencebik.Wajahnya tidak puas hati.

"Alalalalaa marah ke tu?" Perli Lily. Sengaja mahu mengusik suaminya.

"Tido sebilik je okay? Bukan sekatil." Arif menjelaskan.

"Ehhh habistu saya nak tido mana? Atas lantai?"

"Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula."

"Wah main peribahasa nampak. Tak adil! Okay kita lawan, siapa dapat katil dulu, dia punya! Amacam?" Lily masih tidak mahu mengalah.

"Ok deal."

Mata mereka bertaut. Permainan baru sahaja bermula.

Pintu lif terbuka. Kedua-dua mereka sudah bersedia untuk berlumba. Lumba siapa dapat katil dulu!HAHAHAHAH!

Pintu bilik dibuka. Dua-dua lari sepantas kilat, nak cop katil punya pasal.

"YEAYYYY DAPAT!!!! WERKKKK LAMBAT!"

"Haish! Ha amik ah amik! Perempuan kan selalu menang! Errr.."

"Thank you looser" Sempat Lily menjelir lidah kepada Arif.

Arif malas nak layan, baik dia pergi mandi. Lagi bagus.

Lily dengan senang hati, berbaring di atas katil. Empuknya! Akhirnya dia dapat tido lena malam ni!HOORAY!!!!!!

🍁🍁🍁

Malam itu hening. Hanya bunyi cengkerik kedengaran.

Datin Arfa sedang sibuk membaca online news sementara suaminya, Dato' Hisyam sedang termenung.

"Abang, termenung apa?" Tegur Datin Arfa, pelik melihat gelagat suaminya.

"Anak dengan menantu kite okay je kan kat sana?" Soal Dato Hisyam, tiba-tiba.

"Mestilah okay. Diorang dah besar bang. Pandai-pandai la diorang jaga diri."

"Abang risau kalau-kalau Arif buat something bad dekat Lily."

"Ish abang ni, sampai ke situ pulak perginya. Arif tu kan anak kita, takdenya la dia nak buat isteri dia macam tu."

"Arfa, betul ke keputusan yang kita buat ni? Paksa Arif kahwin dengan orang yang dia tak cinta?"

"Betul atau salah belakang cerita. Diorang dah selamat kawin dah bang."

"Haih.."

"Abang, lagipun kita buat semua ni untuk kebaikan Arif juga. Lily tu baik budaknya bang, saya yakin dia boleh bimbing Arif."

"Betul juga awak cakap tu. Sejujurnya, saya bukan nak Arif kawin dengan Lily atas urusan perniagaan. Tapi sebab saya yakin Lily dapat ubah Arif."

"Saya tak suka tengok Arif dengan Bella.Tu bukan Arif yang saya kenal." Sambung Dato' Hisyam lagi.

Datin Arfa angguk tanda setuju.

Tidak dinafikan, sejak Arif berkasih dengan Bella, diri jejaka itu berubah. Dia menjadi bebas, seakan-akan mereka sudah berkahwin. Pegang tangan sesuka hati, peluk sana sini. Halal haram langsung tidak dipandang. Arif hanyut dalam duniawi.

Bukannya dato' dan datin tidak tegur, dah banyak kali mereka nasihati Arif. Tapi itulah, macam mencurah air ke daun keladi. Seribu nasihat diberi, satu pun Arif tidak ambil peduli.

"Saya harap sangat perkahwinan diorang bertahan lama .."

"In Shaa Allah, kita doa yang baik-baik je ya bang."

Do You Love me?Where stories live. Discover now