🍁 Dylm 78

1K 29 19
                                    


Arif nampak polos, sudah hampir kering empangan air matanya namun tetap dipaksa keluar. Hanya dengan satu panggilan telefon, membuatkan seluruh hidupnya tidak keruan.

Sampai sahaja di KLIA petang tadi, dia terus menuju ke hospital. Mama dan papa serta ibu bapa Iman, semua ada di sana.

Jujur, kali ini dia lemah. Mengapa hidupnya penuh dengan dugaan? Adakah dia memang tidak ditakdirkan untuk bahagia? Belum sempat ke jinjang pelamin, perkara yang tidak disangka berlaku tiba-tiba. Tidak pernah diduga, hidupnya akan menjadi sesukar ini.

Arif menekur lantai, mukanya ditekup dengan kedua-dua tangan yang masih menggigil. Nafasnya tercungap-cungap, dia sudah penat menangis. Seluruh tubuhnya menggeletar.

"Arif..anak mama kuat kan, sayang.."Datin Arfa menggosok-gosok belakang Arif, cuba menenangkan satu-satu anak tunggalnya itu.

Air mata di pipi tua itu dikesat. Ibu dan bapa Iman terduduk, hiba. Mengapa berat sungguh ujian kali ini.

Arif tunduk, dia buntu. Baru beberapa jam yang lepas, dia berborak dengan Iman melalui telefon. Iman nampak elok memberinya nasihat, mereka bergurau senda. Tapi sekarang...

*Flashback*

"D-doctor, h-how w-was h-her.."Tangan Arif dikepal, dia takut untuk mendengar keputusan doktor.

"Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Cik Iman selamat."

"Alhamdulillah.."Mahu sahaja Arif buat sujud syukur di situ juga.

"Tapi.. dia mungkin tak sempurna lagi macam dulu."

"Tak sempurna? M-maksud doktor?"

"Kemalangan tu telah menyebabkan Cik Iman buta kedua-dua belah mata. Cik Iman mungkin tak dapat melihat lagi selepas ini. Kami sudah berusaha sedaya upaya, tapi gagal. Maafkan kami, encik.."

"A-apa?! B-buta?"

Perasaan Arif ketika itu, hanya Tuhan yang tahu. Di hadapan doktor juga, air matanya gugur. Tiada daya lagi untuk dia berpura-pura kuat sebagai lelaki.

"T-takde apa-apa cara ke yang kita boleh buat doktor? Supaya Iman boleh melihat semula?!"

"Ada satu cara je untuk bantu cik Iman melihat semula, dapatkan penderma mata yang sesuai. Cuma, kosnya agak tinggi..."

"Pasal kos, saya takde masalah. Saya sanggup buat apa je, asalkan Iman boleh sembuh...!"

"Sekarang bukan mudah untuk mencari penderma organ, terutamanya mata. Maafkan kami encik, tiada apa yang kami dapat lakukan buat masa sekarang."

"B-baik..t-terima kasih doktor.."

Jiwanya meraung, betapa dia sedih mendengar penjelasan doktor. Akibat kemalangan itu, Iman menjadi buta. Buta kedua-dua belah mata.

Selepas ini, Iman mungkin tidak dapat hidup normal. Dalam sekelip mata, hidupnya berubah 360 darjah. Dia sudah buta, dia sudah hilang semuanya. Dia kini sudah tergolong dalam golongan istimewa, orang kelainan upaya (OKU).

Menurut doktor, Iman masih lagi belum sedarkan diri. Tidak dapat dijanjikan, bila dia akan bangun. Semuanya bergantung atas kehendak Allah SWT. Sebagai manusia, mereka hanya mampu berdoa, semoga Iman cepat sedar.

✨✨✨

Harini hari kelima selepas peristiwa hitam itu berlaku. Sepatutnya, harini hari bahagia. Arif sepatutnya menyarungkan cincin perkahwinan pada jari Iman. Iman pula, sepatutnya mencium tangan Arif dengan penuh cinta, sebagai isteri. Tapi semuanya terkubur. Akibat kemalangan itu, semua perancangan terpaksa ditangguhkan.

Do You Love me?Where stories live. Discover now