🍁 Dylm 6

2.1K 56 2
                                    


"I've already booked the ticket. Pukul 3:00 nanti baru kita masuk pawagam."

"Okay." balas Lily, ringkas.

"So now, we have 10 minutes before the movie to start."

"Okay." reaksi Lily tetap sama. Nak taknak sahaja jawab.

"Hey, kenapa ni?"

"Tak ada apa."

"Kau ni kenapa? Sejak balik muzium tadi, kau moody semacam. Kau period ke?"

"Ish bukanlah!"

"Habistu?"

"Ergh tak ada apa lah."

"Ha ni la perempuan. Bila orang tanya, taknak jawab. Suka sangat berahsia. At last, kaum lelaki juga yang dipersalahkan."

"Saya geram dengan awak tau tak?! Tadi, saya tengah syok-syok mengamati keindahan muzium yang bak istana tu, awak ajak saya pergi tempat lain. Lepas tu ada orang tu kata, nak pergi tempat yang tak ada kat Malaysia la apa lah." Bebel Lily.

"Last-last pergi cinema je. Macamlah kat Malaysia tak ada cinema. Ergh!" Sambung Lily lagi.

"At least kat sini tak ada abang mata biru." Arif menjulingkan mata ke atas.

"Eeee tak habis-habis abang mata biru kan? Kenapa? Cemburu ke?"

"Hek eleh. Buat apa nak cemburu? Aku bukannya suka kau pun."

"Dah tu? Kenapa kecoh sangat pasal abang mata biru seindah lautan tu?"

"Kalau kau jatuh cinta dengan mamat tu, aku juga yang susah. Tak pasal-pasal nak kena jawab dengan mama. Benak otak aku nak fikir jawapan tau tak?"

"Tak ada maknanya nak jatuh cinta. Saya kan dah ada suami!"

Arif tersentap.

Jam di tangan menunjukkan pukul 2:50 petang. Okay dah boleh get ready.

Dekorasi dalam panggung memang cantik. Tak rugi kalau datang. Arif dan Lily mengambil couple sit di bahagian paling belakang. Baru feel nak tengok movie.

"Awak..." Suara Lily terketar-ketar. Tangannya tidak lepas daripada menggenggam lengan Arif.

"Pahal kau ni?"

"Gelap.."

"Memang lah gelap. Kalau tak, bukan wayang lah namanya. Haish."

"Saya..takut gelap.."

"Haish tak ada apa lah. Aku kan ada." Tangannya mencapai popcorn.

"Wanna some?" Arif memberi popcorn kepada Lily.

Lily hanya senyum. Berada dekat dengan Arif, sekurang-kurangnya membuatkan dia berasa sedikit tenang.

🕔45 minit kemudian;

"Arif..."

"Hmm?" Sahut Arif,ringkas. Dia sedang khusyuk menonton movie. Agaknya kalau berlaku gempa bumi pun dia tak sedar.

Do You Love me?Where stories live. Discover now