🍁 Dylm 11

1.8K 54 10
                                    


Orang ramai membanjiri kawasan dalam bazar, barang-barang yang dipamerkan membuatkan Lily rambang mata.

Inilah perempuan, nampak barang cantik sikit, capai.
Nampak barang murah sikit, capai. Kalau boleh,semua barang yang dijual, semua nak dibeli.

The Grand Bazaar, salah satu tempat yang wajib disinggahi oleh sesiapa sahaja yang datang melancong ke Istanbul. Memang rugi kalau tak singgah. Di dalamnya terdapat sehingga 5,000 buah kedai yang menjual bermacam barangan seperti permaidani, perhiasan, rempah-ratus, seramik hasil tangan dan sebagainya! Semuanya menarik,cantik-cantik dan yang paling penting, harga runtuh❗

Salah satu kedai menarik perhatian Lily. Kedai tersebut menjual beg tangan serta barang perhiasan wanita yang lain.

"Kalau boleh, belek sampai malam." Perli Arif, geram dengan Lily. Sudah hampir 30 minit, tangannya masih tidak berhenti membelek. Mana taknya, semua beg tangan tu menepati cita rasa!

"Ha I like this one!" Sebuah beg tangan berwarna
hijau emerald-gold dicapai. Pada hadapan beg tercetak perkataan "I love Turkey". Hasil buatan nampak kemas dan teliti. Memang asli buatan Turki!!

Arif pergi ke kaunter untuk bayar. Dia mengeluarkan kad debit daripada wallet. Belum sempat dia memberikan kad debit kepada cashier, seseorang sudah menghulurkannya terlebih dahulu.

"Thank you!"
Lily terus keluar dari kedai.

"A-asal kau bayar?"

"Ha?" Lily terpinga².

"Asal kau bayar guna debit card kau? I can pay for it."

"Lah, biarlah. Beg tu saya yang nak, so saya la yang bayar."

"Haish, nanti pergi topup debit card kau tu. Lepasni, kalau kau nak beli apa-apa, biar aku je yang bayar."

"Kenapa pula?"

"Haish, nanti mama bising la. Aku malas nak dengar ma bebel."

"Eeee ye la ye la." Lily mencebik.

Dalam diam, Arif memikirkan sesuatu. Dia sedari, betapa berbezanya Lily dengan Bella.

*Flashback*

"You,I nak Gucci. Bosan la pakai Prada." Bella membuat memek muka comel, berharap permintaannya tercapai.

"Anything for you sayang." Balas Arif, ringkas.
Bella umpama separuh nyawanya. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk Bella ketika itu.

"You bayar kan biy?"

"Of course la."

"Kalau macam tu, I rasa nak beli kasut baru jugalah. Kasut ni dah lapuk. Can I?"

"Beli je apa-apa. I bayar."

"Eeeeee I love youuuuu!"

"Cis, Bella..Bella..Bella.."-getus hati kecik Arif. Kelakar pula bila terkenangkan masa lalu. Arif baru realise, yang selama ni Bella hanya mempergunakan dia je.

"Awak, termenung apa?"

Arif menggeleng kepala. Baru sedar dari lamunan.

"Tak ada apa."

"Awak, ada bawak cash tak?"

"Nak buat ape?" Arif mengerut dahi.

Do You Love me?Where stories live. Discover now