🍁 Dylm 44

866 30 8
                                    

"Mak! Abah! Iman pergi sekolah dulu!"

Iman gopoh-gapah.Boleh pula terbangun lewat harini. Roti di tangan pun belum sempat dijamah.

"Iman naik bas lagi ke harini?"

"Aih mak dah lupa ke? Iman mane ade lesen kerete. Kereta pun takde Hahahahaah."

"Mak suruh Luqman tumpangkan, kamu taknak."

"Takpelah mak, dia sibuk tu. Iman taknaklah susahkan dia."

"Hmm iyerlah. Hati² ye Iman."

"In shaa Allah mak.eh, abah mana?"

"Abah kamu tu, pagi² buta lagi dah ke kebun. Tengahari nanti balik la tu."

"Lah abah ni, rajin betul Hahahaha.Okeylah mak, iman gerak dulu. Assalamualaikum mak."

"Waalaikumussalam."

Baru sahaja Iman memasang dua tiga langkah, tiba² hon kereta berbunyi. Siapa lagi kalau bukan Luqman.

"Haa tu Luqman dah datang. Pergilah dengan dia."

Dari jauh, Luqman senyum lebar memandang mak Iman. Senyuman itu turut disambut mesra. Cuma Iman sahaja yang terpinga-pinga.

"Iman, Luqman tunggu tu. Cepatlah. Mengelamun pula dia ni. "

Cepat² Iman kembali ke dunia nyata. Dia hanya mengikut apa yang disuruh. Tapi bagus juga Luqman datang, sekurang-kurangnya dapatlah die sampai cepat ke sekolah.

✨✨✨
"Terima kasih Luq sebab tolong hantarkan Iman."

"Sama².But, balik nanti Luq takleh amik Iman. Jadi, hati² ye naik bas."

"Takpe²,Iman okey je. "

Pintu kereta ditutup. Honda merah Luqman terus meluncur laju ke tempat kerja. Iman melambai, walaupun dia tahu Luqman tidak menoleh.

Dia melihat jam tangan, sudah menunjukkan pukul 7:20 pagi. Dia menghembus nafas lega, takdelah lambat pun sebenarnya. Kelas mula pukul 7:40.Jadi, ada masa lagi!

Iman menyusun langkah, bergerak masuk ke pintu utama. Namun, langkahnya tiba-tiba terhenti tatkala ternampak sesuatu yang sangat menarik perhatiannya.

Iman p.o.v🌹:
Arif turun dari perut kereta, begitu juga dengan Danish. Beg sekolah di tangan Arif diletak di tepi. Dia melutut, kedua tangannya memegang kolar baju Danish, cuba membetulkannya agar tampak kemas.Nampak khusyuk dia melakukannya.

"Papa, cepatlah."

"Sabarlah, papa nak makeover Nish ni."

Nish menggosok mata, mungkin masih mengantuk.

"Ok done.Kan kemas tu."

"Okay, Nish masuk dulu pa."

"Ehhh wait a minute.Let me fix your hair."

Arif mengusap lembut rambut licin Nish. Sesekali dia meniupnya untuk memastikan rambut terletak cantik dan tidak nampak kusut.

"Ok dah. Kan hensem tu.Ni barulah my son."

"Terima kasih papa.Ok la Nish masuk dulu, bye papa!"

Iman tersenyum. Melihat hubungan rapat antara ayah dan anak, membuatkan dia terfikir sesuatu. Sesuatu yang dia idamkan selama ini, jika dia berkeluarga nanti. Dia sangat menginginkan lelaki yang penyayang, yang boleh jaga anak dengan baik.
Untung betul isteri Arif, dapat suami macam tu.

Do You Love me?Where stories live. Discover now