Arif bergegas ke hospital setelah mendapat berita bahawa Iman telah sedar. Dia tidak sabar untuk berjumpa Iman dan berbual seperti biasa.

Setibanya di hospital, satu perasaan muncul tanpa diminta. Perasaan takut, perasaan gentar. Bagaimana agaknya keadaan Iman sekarang? Adakah dia dapat menerima hakikat bahawa dia sudah buta? Adakah dia dapat menerima kenyataan atas takdir yang tertulis untuknya ini?

Sebelum masuk ke dalam wad, Arif memberhentikan langkah seketika. Dia menjengah sedikit ruangan di dalam. Kelihatan Iman sedang duduk bersandar pada kepala katil, sambil termenung mengenangkan nasib. Iman diam, tidak bersuara.

Dia yakin, Iman pasti hilang semangat. Sebab itulah Arif ada di sini, sebagai penyokong Iman pada saat-saat dia memerlukan. Tetapi, adakah Arif cukup kuat untuk berhadapan dengan Iman?

Satu demi satu langkah mendekati, Arif memberanikan diri. Seinci sebelum tiba di katil Iman, air mata Arif sudah mengalir. Lemah sungguh hati ini!

Bunyi tangis Arif kedengaran, tidak dapat dikawal.

"Arif? Awak ke tu?" Iman terpinga-pinga. Dia menoleh ke kanan dan kiri, cuba mengenalpasti di mana Arif berada.

Arif menarik kerusi, duduk di sisi Iman yang masih lagi sedang mencari susuk tubuhnya.

"Arif, mana awak?"

"Sini. Kat sebelah kanan cikgu."

Iman berhenti menoleh, matanya kini betul-betul tertancap memandang Arif. Walaupun dia tidak dapat melihat, tetapi dia dapat membayangkan betapa pilunya wajah jejaka itu sekarang.

Iman senyum.

"Saya ingatkan awak tak datang."

"Mestilah saya datang. Saya nak tengok cikgu."
Terketar-ketar suara Arif mengatakannya. Dia pelik, macam mana Iman boleh begitu tenang. Sedangkan Iman yang menjadi mangsa.

Iman mengeluh perlahan sebelum meneruskan kata.
Suaranya lembut, senyumannya masih tidak lekang semasa berbicara.

"Kalau awak nak batalkan perkahwinan kita, saya tak halang."

"No, saya tetap akan teruskan."

"Tapi saya dah tak sempurna Arif."

"Semua manusia tak sempurna, cikgu."

"Saya tak sempurna, saya buta. Macam mana saya nak jaga awak dengan Nish?"

"Takpe, kalau macam tu, biar kami je yang jaga cikgu."

"Saya taknak susahkan sesiapa lagi. Cukuplah selama ni saya dah banyak susahkan awak, Arif.."

"You don't seem like a burden to me."

"Arif, tolonglah! Saya hanya akan rosakkan masa depan awak. Saya dah tak sempurna, saya dah cacat! Awak faham tak?"

"Saya tak perlukan kesempurnaan cikgu. I just need 'you' to complete my life."

"Arif.."

"Saya-tetap-akan-kahwin-dengan-cikgu."

"Arif tolonglah.. saya tak layak untuk awak. Awak berhak jumpa wanita yang lebih baik, yang lebih sempurna..."

"There's one quotes says, Don't be a woman that needs a man. But be a woman that a man needs. Maybe you don't need me, cikgu. But, all I need is you."

"Arif, saya dah buta.. saya dah hilang segalanya..saya dah takde apa-apa.."

"If you can't see, allow me to be the your eyes. Allow me to lead you wherever you go. Allow me to take care of you, for the rest of my life. "

Do You Love me?Where stories live. Discover now