🍁 Dylm 36

1.1K 39 10
                                    


Raya dah habis, kini semua meneruskan hidup macam biasa.

Tapi ada satu yang pelik, Lily makin manja.
Adakah ini memang separuh daripada plan?
Lily betul-betul nak bagi Arif best experience ke sebelum dia meninggalkan?

Arif malas nak fikir, sebagai suami, dia layankan sahaja. Apa salahnya buat isteri bahagia?Bertambah rezeki, bertambah pahala.

Waktu makan malam, semua makan berselera. Kecuali Lily, dia hanya diam merenung. Mata coklatnya membulat, memandang Arif yang sedang mencarik-carikkan ayam.

Lily hanya merenung, dalam dan dalam.

"Sayang? Taknak makan ke?"

"Nak awak suap."

"Huh? S-saya suap?"

"Haah.Aaaaaa (Lily nganga)"

Arif hanya mengiyakan. Maybe, perempuan mengandung ni memang banyak ragam kot.

Sempat juga Arif berbisik,
"Is this part of the game?"

Lily hanya menggeleng laju, menafikan. Mulutnya penuh mengunyah makanan.

Begitu juga dengan waktu tidur, selalunya Lily naik sendiri ke bilik. Walaupun lelah nak panjat satu persatu anak tangga dengan perut yang sarat mengandung, tapi dia tetap gigihkan juga. Katanya tak mahu menyusahkan sesiapa.

Tapi kalini, dia berbeza. Arif selalu jadi mangsa. Lily didukung dari bawah sampailah ke bilik. Kemudian, dibaringkan ke katil, diselimutkan dan didodoikan. Sampai satu ketika, dia terlelap.

Kemudian, Arif akan perlahan-perlahan bangun untuk keluar. Pada waktu itu jugalah, tangannya dicapai seseorang. Lily yang masih separa tidur, mengenggam erat lengan Arif. Entah sedar atau tidak.

"Tidurlah, teman saya."

"O-okay."
Macam biasa, Arif hanya menurut.

Bukan Arif sahaja yang perasan. Dato Hisyam dengan Datin Arfa pun perasan akan perubahan perilaku Lily. Tapi,mereka menganggapnya cuma perkara normal. Alaa biasalah tu, isteri nak manja-manja dengan suami kan?

Lagipun,jika Lily kerap berperilaku begini, ada peluang la untuk Arif mewujudkan kembali rasa sayang dalam hati Lily kan??? Impian untuk hidup sebagai perfect family bukan lagi angan-angan, tapi bakal menjadi kenyataan.

🍁🍁🍁

Pagi itu cerah, dengan sinaran matahari yang sudah memenuhi segenap ruang bilik yang gelap. Tirai dibuka separuh, membenarkan cahaya masuk. Vitamin C bagus untuk Lily, kata Arif.

Arif bersiap sementara Lily masih lagi lena tidur dibuai mimpi. Bagasi diangkat, Arif bersedia untuk pergi bertugas. Harini dia akan fly ke Phuket, Thailand. Lily juga sudah sedia maklum.

Perlahan-laham Arif menapak mendekati sebujur tubuh yang sedang tidur nyenyak. Sesekali dia menatap lama, memandang wajah comel Lily semasa tidur, itulah hobi kegemaran Arif. Rambut lembut Lily diusap, nafasnya masih kedengaran. Umpama lagu yang sangat indah, melakar sedikit senyuman pada wajah Arif.

"Why you looks so cute sayang?"

Lily tersedar,pandangannya samar-samar sebelum dapat melihat Arif dengan jelas.

"Good morning sayang. Had a sweet dream?"

"Morning, yeah. A very sweet dream. Saya mimpi saya pergi Perancis. Dengan awak and baby."

"Then,it would be our next trip. I promised you."

"Nah,it just a dream. Awak dah nak gerak pergi airport ke?"

Arif mengangguk dengan senyuman.

"Maaf saya bangun lambat. Badan penat semacam."

"It's okay sayang. Jaga diri masa saya takde okey?Jaga makan, jaga minum. Saya dah suruh mama and papa tengok-tengok kan awak. So, jangan nakal-nakal. Kalau saya dapat report, siap awak saya kerjakan."

Lily hanya tergelak sebelum menyambung kata.

"Arif, Thanks...For everything..."

"Eyh dia ni, pagi-pagi nak berdrama kan? Saya pergi Phuket bukan lama pun, seminggu je. Bila saya balik, awak peluk la saya puas-puas."

"Kalau saya nak peluk awak sekarang boleh?"

Arif sedikit terpaku, badannya mengeras. Namun, tetap dilayankan kerenah Lily. Sampai harini pun, masih dengan perangai yang sama. Manja.

"Come here."

Mereka berpelukan erat. Macam nak berpisah pulak.

"I'll miss you,Arif.."

"Iyer sayang , saya tahu."

"I love you so much Arif..You are the best husband yang Allah utuskan untuk saya..Betullah,jodoh tu tak salah alamat..Saya bahagia dengan aturan Allah untuk saya..Hidup dengan awak, buatkan saya gembira.."

"Sayang, don't make me cry.."

"Sekarang baru saya sedar, betapa awak lelaki sempurna...Awak bidadara syurga.."

"Sayang, you are such an angle. Saya tak menyesal kahwin dengan awak even terpaksa pada mulanya."

"Eeee awak ni!" Lily mengetuk lengan Arif berkali-kali, sebelum pelukan dikemaskan. Air matanya jatuh, saat Arif ingin pergi meninggalkannya kerana bertugas.

"Andai ini kali terakhir kita bersama, awak kena ingat, saya selalu tunggu awak kat sana."

"Kalau kita berpisah di dunia, saya yakin Allah dah sediakan tempat untuk kita di syurga.."

Arif mengerut dahi, Lily memang suka cakap bende pelik-pelik eh?

"Sorry,saya banyak baca novel. Tu yang ayat drama sikit pagi ni hshshsh!"

"Haish dia ni, suka sangat nak buat orang nangis kan. Eeee!"

"But I say the truth, you are the best husband ever. Thank you, thank you and thank you....I love you so much Muhammad Arif Fayyad..."

"And I love you with full of my heart Puteri Lily Dayana."

Agak lama mereka bersabung mata, sebelum segalanya terhenti tatkala Arif mendapat call daripada pejabat. Ergh kacau line betul.

Pagi yang indah menjadi suram,
Hati ini sudah mula rindu,
Tatkala Arif harus pergi ke tempat yang jauh berbatu.

"Awak!" Teriak Lily sebelum Arif masuk ke dalam kereta.

"Nanti jangan lupa belikan saya coklat banyak-banyak! Thank you, love you!!!!"

Arif hanya gelak dan angguk.

"Eh kejappp! Awak!"

"Ya sayang."

"Lupa nak salam."

Tangan dihulur, Lily mencium lama sebelum dilepaskan.

Kini Arif sudah mula meninggalkan halaman rumah. Kereta Audi merah gelap sudah mula bergerak menjauhi.

Dengan perut yang sarat mengandung, Lily masih mengejar untuk melambai. Beserta senyuman lebar dan air mata. Entah mengapa, ia terasa memeritkan.

"Take care, Arif..."

Do You Love me?Where stories live. Discover now