🍁 Dylm 32

1.1K 41 6
                                    


Cinta tak semestinya memiliki,
Cinta yang dimiliki tak semestinya kekal di sisi,
Kerana cinta itu milik Ilahi,
Sampai waktunya pasti akan kembali.

Mengapa harus berjuang demi cinta?
Jika pada akhirnya sia-sia?
Mengapa harus menangis hilang cinta?
Jika sentiasa ada Sang Pencipta?

"Erm bahhhh!" sergah Arif dari belakang.

"Uuuu terkejutnya." perli Lily.

"Hek eleh. Buat apa?"

"Tulis puisi."

"Wow, sejak bile sayang saya minat puisi ni?"

"Sejak azali."

Buku terlepas dari pegangan Lily. Arif merampasnya dengan pantas. Halaman pertama diselak, serangkap puisi dibaca kuat.

"Andai hidup ini ada pilihan, biarlah aku memilihmu sebagai teman. Uyooo, puitis gila ayat."

"Arif! Bagilah balik!"

"Kejap sayang, one more rangkap!"

"Tatkala kau jatuh, aku ada menyokong, walaupun dari jauh. Jauh kat mana tu sayang? Indonesia?Melbourne? Switzerland?"

Lily hanya menjeling, tangan disilang pada dada. Menyampah la Arif ni. Mengkritik je tau!

"Gotcha, I like this one!"

Lily mengalih pandangan, menanti-nantikan.

Aku memang bukan lelaki sempurna
Aku memang bukan alim ulama
Aku cuma sekadar pencinta
Pencinta hamba yang diutus-Nya
Sekali aku mencintai
Akan kucintai sepenuh hati
Kerana dia sempurna di mata
Bukan sahaja akhlaknya
Tetapi juga agamanya...

Lily mengerut dahi, memikirkan sesuatu.

"Wait a minute, ada ke saya tulis puisi macam tu?"

Buku ditutup, Arif membuka bicara.

"Ni bukan puisi, tapi luahan hati."

"Luahan hati seorang suami, kepada seorang isteri."

"Luahan hati ikhlas Muhammad Arif Fayyad untuk Puteri Lily Dayana."

Wajah Lily terasa bahang, dia tunduk menahan malu.

"Sayang..."

Hati Lily berdebar semakin laju. Argh benci sungguh perasaan ini! Kenapa lah hati ni senang sangat cair bila Arif panggil sayang...?

Arif semakin mendekat, Lily masih tidak menunjukkan sebarang respon. Dia kekal tunduk.

"Sayang..."

"Hrmm?"

"Kenapa muka awak merah sayang? Are you blushing? Oh My God!Mission succeed!"

"W-what mission?" debaran Lily terhenti, dia memandang Arif dengan pandangan yang tajam.

Arif hanya menghambur gelak.

"Oooo awak tak ikhlas pun luahkan semua tu kan? Tu semua separuh daripada plan je kan? Hampeh."

"Keikhlasan bukan datang dari kata-kata, tapi hati."

Do You Love me?Where stories live. Discover now