🍁 Dylm 25

1.5K 38 6
                                    


Mata terkatup rapat, dibuka perlahan.
Cahaya mentari sudah menerangi segenap ruang bilik. Lily menguap, baru sahaja bangun tidur. Sesekali dia memicit kepala, masih berdenyut.

"Good morning sayang." Sapa Arif. Suara garau itu sangat lembut lalu di halwa telinga. Satu senyuman dihadiahkan.

Lily tersentak ,hatinya berdebar. Matanya membeliak. Seperti tidak percaya akan jasad yang berada di sisinya sekarang.

"A-Arif? Bila awak.."

"Shhhhh.." Jari telunjuk Arif sampai ke bibir Lily, tanda suruh diam. Tangannya mencapai dahi Lily.

"Panasnya. Sayang demam eh?"

"Demam sikit je. Nanti elok la tu."

"Haih sayang..Kan saya dah cakap, kalau penat, rehat. Ni mesti paksa diri buat kerja kan?"

"Encik Arif, saya tak paksa diri pun. Lagipun memang tanggungjawab saya buat kerja rumah. Awak janganlah risau sangat."

Tangan kiri Arif mengusap perut comel Lily.
"Baby, tengok ibu ni. Degil kan?"

"Eeee manede ibu degil. Papa ni, memandai je."

"Tengok tu baby, ibu marah papa. Papa nak nangis la macam ni."

"Nangis je, ibu tak kisah pun." Lily memuncung bibir, cuba mengejek.

"Haish sayang ni."

Lily hanya senyum sinis.

"Eh ni, saya ada buatkan bubur. Awak makan eh."

"B-bubur? Awak masak bubur Wow,impressive." Tangan Lily disilang di dada, bangga.

"Of course la tak, sayang. Saya memang kapten serba boleh, tapi bab-bab memasak ni jangan bagi kat saya. Meletup dapur nanti."

"Tulah, orang suruh belajar memasak taknak."

"Haih dia ni. Bangun-bangun, makan. Baby lapar tu."

Perlahan-lahan Lily bangun, dia meregang badan. Terasa sengal dan sakit. Kini, dia hanya mampu bersandar.

Mangkuk bubur ditatang, sebelah tangan lagi memegang sudu. Dengan lembut Arif menyuap bubur ke mulut Lily, penuh kasih sayang.

"Harini awak takyah buat apa-apa kerja. Awak rehat je."

Kunyahan Lily terhenti seketika.

"T-tapi.."

"No tapi tapi. Kerja awak harini rehat je. Biar saya yang buat kerja rumah. Muktamad."

"Awak tu baru je balik. Kesian awak, penat."

"Siapa cakap saya penat? Tengok awak je, hilang penat saya."

"Pickupline tu dah lapuk la Arif."

"Tak kisahlah lapuk ke tak. Asalkan kasih sayang saya pada awak and baby tak pernah lapuk."

"Erghhh Arif!"

"Support la sikit, kata nak jadi isteri mithali."

"Alalalala ye la ye la. Wah! Hebat betul la awak ni Arif. Pagi-pagi dah buat hati saya dup dap dup dap dup dappppp. Jantung ni bagai nak meletup!Hahahahaha!"

Do You Love me?Where stories live. Discover now