"Saya tahu pantai ni, tapi apa kaitan pantai ni dengan awak?"

"Kau tak ingat ke? Hm jangan kata kau lupa.".

Ezly Merquez mengukir senyum. "Jom ikut aku."Ezly Merquez keluar dari perut kereta, Harraz yang masih lena di seat belakang diambil dengan berhati-hati agar anak itu tidak terjaga.

Ezly Merquez dan Arissa melangkah ke arah pantai dan duduk di sebuah pondok.

"Inilah tempat kita bergaduh dulu, kau ingat tak?"Arissa diam cuba berfikir, tidak lama kemudian dia tersenyum, baru dia teringat akan tempat itu. Kenangan dimana dia pertama sekali menjadi musuh kepada Ezly Merquez bagai bermain semula di kotak fikirannya.

"Weh Imani cepatlah kerjar aku."Arissa berlari di gigi pantai sambil menjelir lidah ke arah Imani.

"Ahhh siap kau aku kerjakan, kalau aku dapat kau, kau mesti belanja aku gula-gula kapas!"Jerit Imani.

"Jangan pergi jauh-jauh, kalau hilang cikgu juga susah!"Pesan cikgu Murni kepada Arissa dan Imani.

"Nakal betul budak-budak ni."Cikgu Murni sudah menggelengkan kepala.

"Weh Imani ada kerang cantiklah! Cepat datang sini."Kerang itu diambil oleh Arissa lalu ditunjukkan ke arah Imani.

"Ehh aku nak, bagi aku."Arissa menggeleng, mana mungkin dia mahu memberikan kerang itu kepada Imani.

"Mana boleh aku yang jumpa, kalau kau nak kau pergilah cari sendiri."

"Ehh aku bagitahu abang Faris kau jahat."Arissa sudah mencebik. "Dasar anak manja, aku tak suka tau budak manja, gedik."Ejek Arissa. Imani sudah memandang tajam ke arah Arissa apabila Arissa mengelarnya gedik.

"Ehh kau yang gedik! Bukan aku!"Marah Imani. Arissa terus menutup telinganya, malas dia mahu mendengar kata-kata Imani.

Imani sudah ukir senyum jahat apabila melihat ketam yaang berada di kakinya. Badan dibongkokkan untuk mengambil ketam itu. Dengan cepat Imani terus mengambil ketam itu lalu diletakkan di atas kepala Arissa yang masih berlapik dengan tudung.

"Ahhhhhhh! Imani buang benda tu!"Arissa sudah menjerit sambil melompat lompat, berharap agar dengan cara itu ketam yang berada di atas kepalanya jatuh. Imani pula sudah ketawa terkekeh-kekeh lalu berlari meninggalkan Arissa.

Arissa sudah menagis."Awak kenapa menangis ni?"Tanya Idham iaitu ketua kelas 1 Amanah.

"Ada ketam kat atas kepala saya, tolonglah buang."Arah Arissa bersama tangisan. "Okey jap."Idham dengan perlahan-lahan menarik ketam itu lalu diletakkan semula ke pasir.

"Terima kasih."Ucap Arissa. Idham mengangguk lalu melangkah pergi.

Arissa mengengam penumbuk, Imani yang sedang bersama dengan Faris dipandang bersama pandang benci. Kerang yang berada di dalam gengamannya digengam kuat.

Kaki diatur menuju ke arah Imani. "Rasakan!"Kerang itu dibaling ke arah Imani, dan entah dimana silap Arissa sehingga kerang yang ingin disasarkan ke arah Imani terkena pada salah seorang kawan Faris.

"Aduh, siapa yang sial sangat tu?!"Marah Ezly Merquez sambil memegang matanya.

Arissa menutup mulutnya menggunakan kedua tangan. "Abang Ez, Arissa yang buat."Beritahu Imani. Arissa yang tidak berapa jauh dari mereka ditunjuk.

Ezly Merquez mengengam penumbuk. Kaki diatur menuju ke arah Arissa. "Kau dah kenapa hah?! Kalau aku buta kau ada mata untuk ganti ke?!"Marah Ezly Merquez, wajah Arissa dipandang dengan pandangan tajam.

"S-saya minta m-maaf."

"Maaf jelah yang kau tahu, aku sumbat cili kat mulut tu baru tahu! Budak nakal."Gelaran budak nakal yang diucapkan oleh Ezly Merquez membuatkan Arissa panas.

"Jangan cakap saya budak nakal, saya tak nakal okey, Imani yang nakal."Arissa membela diri.

Lamunan Arissa terhenti apabila merasakan ada sesuatu yang menarik tudungnya. "Ehh Harraz ni nakal lah, suka tarik-tarik."Pipi tembam anaknya dicubit.

"Sebab kerang je kita bergaduh."Kata Arissa lalu menggelengkan kepalanya, malu dan kelakar bila mengingati kenangan lama. Ezly Merquez mengangguk.

"Kau tak rasa nak tukar panggilan ke? Panggilan yang sweet macam tu, nak tak?"

"Nak panggil apa?"Ezly Merquez sudah tersenyum, sudah lama sebenarnya dia mahu menukar panggilan dengan Arissa. Dan hari ini baru dia mempunyai keberanian mengungkapkan permintaannya.

"Kau panggil aku abang, aku panggil kau sayang."Arissa dengan cepat menggeleng tidak mahu. "Euw tak naklah, bila masa umi lahirkan awak, dan lagi satu, tak naklah bersayang-sayang."

"Habis tu?"Arissa tersenyum, sudah terlintas di fikirannya untuk menukar panggilan apa.

"Panggil bie."Kini Ezly Merquez pula yang menggeleng. "Ehh tak nak, macam budak baru bercinta pula, geli aku dengan panggilan tu. Budak yang selalu guna panggilan tu selalunya budak yang bercouple, lepas tu putus."Ejek Ezly Merquez.

"Panggil saya awak jelah."Ezly Merquez menggeleng tidak mahu. Dia tetap mahu memangil Arissa dengan panggilan sayang dan Arissa memangilnya dengan panggilan abang.

Arissa melepaskan keluhan berat, kepala akhirnya mengangguk setuju dengan panggilan yang Ezly Merquez berikan. Malas dia mahu bertekak.

"Macam tu kan bagus. Lagipun abang ada nak beri sesuatu ni, tapi sebelum tu tutup mata okey."Arissa mengangguk lalu menutup matanya.

Tangannya tiba-tiba sahaja ditarik oleh Ezly Merquez. Terasa seperti ada sesuatu yang diletakkan di atas telapak tangannya membuatkan dia makin tidak sabar untuk membuka matanya.

"Dah boleh buka mata."Perlahan-lahan Arissa membuka kelopak matanya. Mahu sahaja Arissa melompat apabila melihat 3 tiket percutian ke italy. "Betul ke ni?"Tanya Arissa meminta kepastian.

"Mestilah betul, sayang kan dah lama teringin nak pergi Italy."

"Thanks abang."Kata Arissa lalu memeluk tubuh Ezly Merquez. Ezly Merquez tersenyum, pelukan Arissa dibalas.

[VOTE]
[COMMENT]

Maaffff hambar😭makin lama makin ke laut cerita ni. Hambar. Btw sy tak pandai nak buat part sweet, sebab saya geli kalau baca sweet🤣Maaf kalau tak sweet, dan maaf kalau korang rasa nak muntah bila diorang bersayang-sayang🤣

My Musuh My Love [Edit]Where stories live. Discover now