CHAPTER XXIX

16 6 0
                                    

The light of the city, the stars of the city; I remember the night sky I looked up at when I was young.
The light of a person, the star of a person; fills this place up, we shinin’.

- (BTS) V, Jin, Jungkook, Mikrosmos.

LELAKI dihadapannya itu dipandang dengan pandangan yang terkejut. Tidak percaya dengan apa yang dilihat. Sepanjang hari ini dia teringat akan Haiqal, tiba-tiba lelaki ini muncul disini. Buat orang terkejut sajalah dia ni!

“Haiqal, awak buat apa kat sini? Macam mana awak tau saya ada kat sini?” soal Nadia sambil menunding jari kepada Haiqal. Tidak percaya. Dia menggosokkan matanya itu. Betulkah apa yang dia nampak sekarang ini?

Ini… Bukan sekadar bayangannya… Kan? Ini memang Haiqal… Kan?

I miss you too,” jawab Haiqal sambil ketawa dengan manis. Macam mana pula tu?

“Awak ke mana, ha? Lama awak hilang? Sampai hati awak tinggal saya sorang!” marah Nadia sambil memukul bahu Haiqal. Geram punya pasal.

Haiqal yang mengadu kesakitan itu tidak diendahkan oleh Nadia. Amboi, sudah ada tali pinggang dalam taekwando pun masih ada rasa sakit bila Nadia pukul? Boleh tahan kuat juga Nadia ni.

“Sampai hati awak muncul macam ni aje,” kata Nadia lalu berpeluk tubuh. Haiqal didepannya dia jeling tajam.

“Jadi, awak nak saya muncul macam mana? Should I show up and give you a back hug?” gurau Haiqal lalu ketawa. Oleh kerana itu, dia mendapat jelingan tajam dari Nadia.

“Ha, try la. You give me a back hug, I give you a front punch,” jawab Nadia lalu menunjukkan penumbuknya dihadapan Haiqal. Membuatkan lelaki itu ketawa kerana lucu.

Apa yang lucu itu pun Nadia tidak tahu. Dia melihat penumbuknya itu. Tidak ada apa-apa yang kelakar pun. Cuma satu penumbuk yang ingin ditayangkan saja. Amboi, lelaki ni. Memang nak kena penumbuknya betul-betul, ya? Kau ingat aku tak berani nak tumbuk kau? Ini Nadia Kirana la! Bisik hati Nadia dengan geram.

“Kat sini kau rupanya,” tegur Haziq yang tiba-tiba muncul. Diikuti dengan Mira dan Irfan dari belakang dia.

Tengok muka pun langsung tidak terkejut dengan kemunculan Haiqal. Apasal pula mereka bertiga ini? Mira memandang Haiqal lalu dia mencuit bahu Irfan sambil membisik sesuatu yang Nadia sendiri tidak tahu.

“Kau ni, Qal. Dah berapa kali jumpa pun kau tak tegur-tegur. Leceh la aku nak ikut kau ke sana, ke sini. Kau ingat aku ni stalker ke apa?” tegur Irfan sambil menumbuk bahu Haiqal. Haiqal pula ketawa akan teguran itu.

Nadia dan Mira memandang antara satu sama lain. Tengok muka Haziq pula, dia langsung tidak terkejut. apa semua ini? Adakah ini lagi satu muslihat? Apa ni? Sudah-sudahlah buat aku pening!

“Apa maksud kau, Fan?” soal Nadia dengan ragu-ragu. Mana tahu kalau Irfan sedang bercakap tentang lain. Irfan, kan sudah lama menetap di Istanbul. Mesti mereka sudah lama berjumpa.

“Dah banyak kali dah sebenarnya kita bertembung dengan Haiqal ni. Sejak dari Hagia lagi,” kata Haziq pula.

“Sejak dari Hagia? Kitorang tak tau pun. Kan, Nad, kan?” soal Mira pelik. Adakah mereka sedang mengelamun sehingga tidak berjumpa dengan Haiqal?

“Dah korang tu asyik ke hulur ke hilir sama-sama. Mananya tak tau? Aku dan Irfan aje jumpa. Second time kat Grand Bazaar,” kata Haziq lalu mencebik melihat jelingan Mira itu.

Apabila mendengar saja Haziq sebut tentang Grand Bazaar, terus Nadia teringat sewaktu mereka masuk ke dalam kedai karpet Sengor itu. Sekumpulan lelaki yang bising itu. Nadia teringat yang dia mengecam seseorang dari belakang. Namun dengan cepat dia tapis kerana Nadia takut kalau dia tersilap orang.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Where stories live. Discover now