CHAPTER XXVI

12 7 0
                                    

The stars shine the most in the deepest of nights.

- (BTS) Jimin, Jungkook, Mikrosmos.

HAZIQ mengetuk meja itu. Rasa tidak sedap hati secara tiba-tiba. Haziq melihat pula telefonnya. Kenapa tidak ada sebarang laporan? Elok saja tadi dia mendengar apa yang dibualkan oleh Haiqal dan Helmy melalui rakaman suara di tempat Haiqal. Sekarang ini tiba-tiba pula senyap.

Hanima yang berada disitu pula pelik melihat Haziq. Tidak bercakap apa-apa. Namun jelas pada riak wajah Haziq yang lelaki itu sedang risau akan sesuatu. Mereka duduk di tepi kafe itu sejak dari tadi. Mahu tahu akan perkembangan misi penyelamatan Nadia.

“Kau kenapa, Haziq? Aku tengok kau ni dari tadi risau aje?” soal Hanima memecahkan kesunyian.

Haziq dengan terkejut terus memandang Hanima. Dia terlupa yang mereka sekarang berada di kafe. Haziq mengeluh. Telefon kembali di pandangnya kosong.

“Aku rasa tak sedap hati la. Dorang tak cakap apa-apa pun dari tadi. Haiqal pula tiba-tiba aje padamkan recorder. Macam ada benda yang dah berlaku,” kata Haziq kini merenung ke luar tingkp. Harap sajalah apa yang dia rasa ini adalah cuma mainan perasaan saja. Sebab Haziq takut andai benda itu berlaku.

“Ish, kau ni. Cuba la berfikiran positif sikit? Tak payah la cakap macam tu. Aku pula yang risau sekarang ni,” ujar Ros yang baru sampai itu.

Tadi dia ke bilik air. Selepas itu dia melintasi ke arah kaunter untuk memesan minuman untuk mereka bertiga. Sebaik saja dia ingin melabuhkan punggung disebelah Hanima, dia mendengar perbualan mereka.

Bukan Haziq saja yang risau. Dia juga turut risau. Sebab dia dan Hanima merupakan orang terakhir yang bersama dengan Nadia sebelum kawan mereka itu hilang. Apabila mendengar khabar yang Nadia diculik, terus saja Ros panik. Namun, sedaya-upaya dia menunjukkan riak yang biasa. Dia tidak mahu mereka menambahkan panik lagi.

“Nak positif macam mana lagi, Ros? Kalau dah dari tadi aku dengar apa yang dorang cakap, tiba-tiba senyap aje. Senyap macam ni bukan tandanya dorang dah habis cakap tau? Senyap macam ni, maknanya Haiqal tutup recorder. Kau rasa ni petanda apa?” soal Haziq. Dia pun kalau boleh tidak mahu rasa macam ni. Tapi kalau sudah Haiqal bertindak macam tu, apa lagi yang Haziq boleh fikir? Antara mereka berdua pasti sedang dalam bahaya.

“Dah la dengan risau kau tu. Kitorang pun risau juga. Apa kata kau call Mira? Tanya apa perkembangan dorang? Mira still kat situ, kan?” soal Hanima sambil mengingat balik yang Mira ada ikut mereka bertiga tadi.

Haziq pun baru terfikir tentang Mira. Sejak dari tadi dia asyik berfikir. Hampir terlupa yang Mira juga ada dalam rancangan mereka. Nasib saja Hanima ada untuk mengingatinya. Terima kasih wahai Hanima!

Laju saja tangan Haziq mencapai telefon yang berada diatas meja itu. Jari Haziq menari di atas telefon itu. Mencari nombor telefon Mira. Apabila dia jumpa apa yang dicari, terus saja dia tekan butang dail.

Telefon itu berdering seketika sebelum Mira menjawab.

“Hello…,”

“Hello, Mira. Kau masih kat situ ke?” soal Haziq apabila Mira sudah berkata disitu.

“Masih la. Kenapa?”

Hanima dan Ros mendekati meja itu. Mahu mendengar perbualan mereka itu. Haziq menukar ke dalam mode speaker namun tidak berapa kuat sangat. Cukup untuk mereka bertiga saja dengar. Suasana di kafe itu tidak juga banyak pengunjung. Cuma ada beberapa orang saja termasuk mereka bertiga.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt