CHAPTER XIX

12 7 0
                                    

I have a naïve trust in the universe- that at some level it all make sense, and we can get glimpses of that sense if we try.

- Mihaly Csikszentmihalyi.

PADA pagi itu, Nadia bangun awal untuk membuat sarapan pagi. Amatlah jarang untuk Nadia bangun seawal ini. Selalunya pada kebiasaan mata orang, Nadia akan bangun pada setengah jam sebelum dia pergi ke kerja.

Mi goreng simple secukup rasa terhidang luas di atas meja. Nadia ini bukannya pandai memasak sangat. Tapi kalau sudah hidangan itu yang dia masak berhari-hari, memang akan semakin mahir. Nadia pun malas mahu masuk dapur.

Lebih-lebih lagi sekarang dia sudah ada Mira. Jadi, tidak perlulah dia risau tentang makan minum mereka disini. Mira pun boleh dikategorikan sebagai tukang masak yang sangat hebat kelas satu.

Tapi memandangkan Nadia pun tidak mahu menyusahkan kawan baiknya itu, lebih baik kalau dia sendiri yang turun ke dapur. Sampai bila dia mahu mengharapkan orang untuk memasak bagi pihaknya saja? Dia pun mestilah bijak mengenalpasti masalah.

Tapi kalau mahu suruh dia goreng ikan memang taklah! Haha! Sebab minyak panas bila terpecik, memang sudah menghasilkan kesakitan yang sedap seperti rasa ikan itu juga. Itu memang bukan kepakaran bagi Nadia. Semua itu adalah tugas Mira. Kawannya itu pun sedia maklum atas kelemahan Nadia yang satu ini.

Mira tak kesah pun.

"Awal kau bangun hari ni." Tegur Mira yang baru saja bersiap itu.

Nadia memandang Mira. Dia melihat dirinya sendiri. Alamak. Aku belum bersiap lagi ni. Macam mana mahu meminta Mira untuk menghantarnya ke tempat kerja?

"Aku bangun awal nak siapkan breakfast." Jawab Nadia.

"Kau dah nak pergi ke kerja ke?" soal Nadia sambil memandang kawannya itu pelik.

"Ha'ah la. Takkan aku nak pergi beraya pula?"

"Ala, aku baru aje nak minta kau hantarkan aku." Kata Nadia sambil mencebikkan bibirnya.

Terpaksa sajalah si Nadia pergi ke Dispatch dengan melalui bas. Apa boleh buat? Dia hanya mampu merancang. Mira yang tentukan. Aik, macam pelik saja? Bukan... salah! Nadia hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan.

Kan sedap ayat macam tu. Sebaik-baik perancangan kita sebagai seorang manusia, indah lagi rancangan daripada Allah SWT kepada kita. Bertapa terbuktinya Allah amat menyayangi hamba-hambaNya.

"Tak payah la kau nak mencebik sangat. Aku memang nak hantar kau pun hari ni."

Kata-kata Mira itu membuatkan Nadia terkejut. Aik, pelik pula kawannya ini. Sudah bersiap-siap cantik macam tu, sedangkan Nadia masih lagi memakai baju tidurnya. Takkanlah Mira mahu menghantar Nadia ke tempat kerja pula? Apa gunanya dia bersiap awal macam itu kalau tidak pergi kerja sekarang, kan?

"Tapi kau dah siap. Aku ni jangan kata bersiap, mandi pun aku belum. Baru aje nak breakfast ni," kata Nadia dengan pelik bin ajaibnya.

"Aku ni bukannya nak pergi kerja terus. Aku ni nak memudahkan urusan aje."

"Urusan apa pula ni?"

"Aku nak singgah ke hospital kejap. Jenguk-jenguk la Haziq sekali. Dah lama dah tak pergi sana. Rindu pula. Nanti lepas aku dah jumpa Haziq, aku ambil la kau," kata Mira dengan senang.

Macam pelik saja. Bukan itu lebih complicated ke? Sebab sudah Mira pergi ke hospital, dia kembali ke rumah untuk mengambil Nadia. Lepas tu hantar Nadia ke bangunan Dispatch. Lepas tu Mira berlalu ke tempat kerjanya pula. Bukan itu menyusahkankah namanya? Nadia musykil.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Where stories live. Discover now