CAHAPTER XIII

19 7 0
                                    

Science and religion are two windows that people look through, trying to understand the big universe outside, trying to understand why we are here. The two windows give different views, but they look out at the same universe. Both views are one-sided, neither is complete. Both leave out essential features of the real world. And both are worthy of respect.

-Freeman Dyson.


SUDAH beberapa lama sejak kejadian yang menimpanya dan Haziq di lapangan terbang tempoh hari. Sudah seminggu juga Haziq belum sedarkan diri dari koma. Nadia risau akan kesihatan Haziq. Tapi mujur saja keluarga Haziq sudah pun pulang daripada Jepun. Tidak adalah risau lagi dia.

Sudah seminggu juga Nadia merehatkan diri daripada bidang wartawan itu. Pada hari ini, sudah tiba masanya untuk dia melaporkan diri ke Dispatch. Sudah agak lama dia bercuti. Dia tidak mahu menjadi beban kepada kawan-kawan kerjanya dan juga puan Suraini.

Masuk saja Nadia ke pejabat itu, semua mata tertumpu kepadanya. Macam baru nampak selebriti pun ada. Nadia rasa janggal. Namun dia tetap mengatur langkah ke arah mejanya. Dia cuma mampu senyum kepada kawan-kawan kerjanya. Tidak ada apa yang dia boleh katakan.

Namun, baru saja dia mahu melabuhkan punggung di kerusinya, hampir semua pekerja sana mengelilingi meja Nadia. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Dia pelik dengan semua orang itu.

"Apa jadi sebenarnya, Nad?"

"Kau ada nampak muka pembunuh tu tak?"

"Kau ada baling kasut dengan dia ke?"

"Kau rasa dia beli jaket tu dari mana?"

"Apa jenama pakaian dia?"

Soalan logik ada. Soalan tidak logik pun ada juga. Langsung tidak ada kena-mengena dengan situasi. Cubalah cari soalan yang logik sikit. Pening kepala Nadia dibuatnya.

Bertubi-tubi soalan mereka beri kepada Nadia. Dia hanya mampu tersenyum janggal saja. Sebab sebenarnya, Nadia belum pasti sama ada dia boleh kongsikan semuanya atau tidak. Dia cuma fikir keselamatannya dengan Haziq. Berfikir sama ada Haiqal ada kena-mengena dengan kes ini atau tidak.

Oleh sebab kes yang akan mengancam keselamatannya, Nadia terpaksa berpindah masuk ke rumah Mira. Kawannya itu juga tidak kesah. Lagi ada teman, lagilah dia gembira. Memang dari dulu lagi Mira bercadang mahu menjadi housemate Nadia. Tapi Nadia pula mahu berdikari dan tinggal sendirian. Tetapi oleh kerana sudah mengena situasi sebegini, Nadia terpaksa akur. Seronok juga kalau ada housemate. Boleh bergosip. Tidaklah dia bosan sangat.

"Apa korang buat kat sini? Pergi sambug keja. Jangan nak ganggu Nadia. Dia baru sampai, kan? Bagi la masa sikit untuk Nadia bersendirian." Tegur puan Suraini yang baru keluar dari biliknya dek bunyi bising dari pekerjanya yang dibawah itu.

Belum sempat pun mereka ingin bersurai, dengan tiba-tiba saja Syafiq menarik tangan Nadia ke arah pantri. Nadia yang terkejut itu hanya mengikuti jejak langkah Syafiq.

Bukan Nadia saja yang terkejut. Kesemua pekerja disitu juga sangat terkejut dengan tindakan dari Syafiq. Iyalah, sudah dia dikenali dengan sikap baran dan sombong itu. Puan Suraini hanya memandang kosong kepada Syafiq dan Nadia.

Dia pun terus saja masuk ke dalam biliknya tanpa membuang masa.

Sampai saja ke dalam pantri, Nadia disuruh duduk di atas kerusi yang disediakan. Syafiq menghilang di balik bahagian almari. Dia kembali lalu membancuh kopi. Siap saja kopi yang hangat dan sedap itu, terus saja dia memberi kepada Nadia.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt