CHAPTER XXIII

14 7 0
                                    

In the dark night, like the stars. Don’t disappear. Because you’re a great existence. Let us shine.

- (BTS) Suga, RapMonster, J-Hope, Mikrosmos.

HADIRIN yang datang disitu terkejut mendengar pengakuan dari Haziq. Ada yang sedang berbisik-bisik. Seakan-akan tidak percaya yang Haziq akan datang ke mahkamah itu untuk mengaku tentang itu.

Mereka memandang Haiqal juga yang terkejut. Nampak seperti Haiqal juga langsung tidak tahu apa-apa tentang kemunculan Haziq ini. Tapi kenapa? Bukankah Haziq pernah membenci Haiqal suatu ketika dulu?

Mira pula yang serba salah sekarang ini. Tidak dia boleh percaya yang sekarang dia berada ditengah-tengah perbicaraan. Menghadap Tuan Hakim pula itu. Langsung dia tidak terfikir yang semua ini akan berlaku. Dia cuma mahu melaksanakan rancangan Haziq setelah kawannya itu bangun dari koma.

“Sebagai mangsa kecederaan, saya nampak sedikit muka suspek. Biarpun dia pakai mask dan tutup muka dia. Tapi yang saya pasti, bukan dia orangnya yang saya nampak di airport tempoh hari,” jelas Haziq menghilangkan tanda tanya semua orang yang berada di mahkamah itu. Dia menghalakan jari telunjuknya ke arah Haiqal.

Haiqal pula dilihat sedang tenang mendengar penjelasan dari Haziq. Sungguh dia tidak menyangka yang Haziq akan berada di pihaknya. Haiqal terdiam.

“Dan waktu kejadian 7 tahun yang lalu pula, saya ingat semuanya. Haiqal dianiaya oleh dua orang lelaki yang merupakan kawannya. Haiqal kebetulan ada disitu untuk berjumpa dengan arwah Suriya. Sebab dia dapat panggilan dari Suriya. Sebab tu la dalam last contact Suriya ada nama Haiqal,”

“Macam apa yang berlaku waktu tu, Haiqal datang pada waktu yang salah. Waktu Suriya sudah ditikam. Haiqal tak tau apa-apa, jadi dia pun terkejut sendiri,” terang Haziq.

Macam mana Haziq tahu? Senang. Sebab sebelum Haziq diserang di lapangan terbang tempoh hari, dia ada berjumpa dengan Haiqal untuk meminta penjelasan. Pada waktu itu ingatan Haziq sudah kembali. Dia tahu yang Haiqal berada di tempat kejadian waktu itu.

“Tindakan refleksi aku sendiri. Aku pun tak tau kenapa aku nak pegang pisau yang menikam Suriya waktu tu,” jelas Haiqal dengan kesal.

Haziq tidak tahu mahu katakan apa waktu itu. Tujuannya untuk bertemu dengan Haiqal adalah memberi amaran kepada lelaki itu untuk menjauhi Nadia secara baik. Tidak pula dia tahu yang Haiqal akan mengaku begitu.

Haziq silap tentang Haiqal. Lelaki itu telah dianiayai. Tapi, apa hubungan dia dengan Suriya waktu itu?

“Suriya dan aku adalah classmate. Helmy pun sama. Kami bertiga pernah rapat. Tapi sampai la Helmy cakap yang dia suka kat Suriya. Dia minta aku faham dan tinggalkan Suriya. Tapi bukan Suriya. Sebab dia sendiri cakap yang dia tak selesa lepas Helmy luahkan perasaan dia kat Suriya. Waktu tu jadi sangat kelam kabut. Helmy sakit hati. Lepas tu, dia jauhkan diri dari kitorang,” jelas Haiqal terhadap persoalan yang diberi oleh Haziq.

Haziq tidak mampu untuk kata apa-apa. Kebenaran sudah terbukti. Apa lagi yang dia harapkan? Tidak ada sebab lagi dia untuk jauhkan Haiqal dari Nadia. Kawannya sendiri sudah mula rapat dengan Haiqal. Dia sebagai kawan, apa dia boleh buat?

Kalau dia sendiri sudah jatuh sayang kepada Nadia…

“Tu semua penipu, Yang Arif!”

Lamunan Haziq terhenti saat pendakwa raya itu berdiri dengan tegas. Menangkis segala apa yang telah dijelaskan oleh Haziq. Apa lagi yang dia mahu? Mangsa sudah menjelaskan segala-galanya. Inilah manusia. Mahu sangat menangkan sesuatu. Sampai tidak sedar yang dia sendiri sudah menganiayai orang.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Where stories live. Discover now