CHAPTER XVII

17 7 0
                                    

There are no extr pieces in the universe. Everyone is here because he or she has a place to fill, and every piece must fit itself into the big jigsaw puzzle.

- Deepak Chopra.

SETELAH mendapat tahu saja khabar dari Mira yang Nadia berada di balai polis, terus saja Haiqal bergegas ke situ. Dengarnya yang Nadia hampir saja dilanggar. Nampaknya keadaan Nadia sudah agak bahaya untuk dia bersendirian. Nasib saja waktu itu Nadia ada bersama dengan Syafiq. Kalau tidak, pasti Nadia akan dilanggar.

Mengingatkan tentang itu saja cukup membuatkan Haiqal tidak senang duduk. Penjenayah itu harus ditangkap dengan kadar segera.

Sampai saja didalam balai polis, Haiqal melihat Nadia dan Syafiq bersama seorang pegawai polis. Seperti mereka berkata sesuatu. Nadia pula asyik mendiamkan diri sejak dari tadi. Mungkin dia terkejut. Kesian Nadia. Haiqal mendekati mereka.

What has happened?” soal Haiqal sesampai disitu. Mereka bertiga memandang Haiqal.

“Tak ada. Bincang pasal kereta tadi tu.” Jawab Syafiq.

Secara tiba-tiba saja Nadia bangun dari kerusi itu. Dia berpusing menghadap Haiqal. Syafiq sudah rasa tidak sedap hati ketika itu. Haiqal bertanya tentang keadaan Nadia. Tapi…

“Kau pembunuh! Kau bunuh kakak aku! Aku nampak la semuanya. Tak payah kau nak tipu aku lagi. Aku tau apa rancangan kau.” Marah Nadia secara tiba-tiba.

Syafiq cuba untuk menenangkan Nadia. Namun cepat saja gadis itu menepisnya. Sebab inilah kalau boleh Syafiq tidak mahu beritahu siapa-siapa tentang keadaan Nadia. Selepas saja kejadian tadi terus saja Nadia beremosi dan bercakap tentang kakaknya yang sudah meninggal.

Syafiq menjeling tajam ke arah Haiqal. Dia tidak tahu apa yang sudah berlaku. Tapi melihat akan keadaan Nadia seperti itu, dia tahu yang Haiqal ada melakukan perkara yang bahaya.

“Awak okay, Nadia?” soal Syafiq. Takut Nadia akan mengalami kejutan. Nasib saja Syafiq sempat melihat nombor plat kereta itu. Dapat juga mereka melaporkan langgar lari itu.

“Kak Suriya. Mana kak Suriya?”

Syafiq terus memandang Nadia. Kenapa pula tiba-tiba saja gadis itu bertanya pasal Sofiya?

“Apa awak cakap ni? Suriya mana?” soal Syafiq dengan pelik sekali.

“Kak Suriya mana, Syafiq!” jerit Nadia secara tiba-tiba.

Syafiq tidak keruan. Dia segera menghubungi Mira tentang kejadian itu. Selepas itu dia membawa Nadia ke hospital untuk periksa apa yang berlaku kepada Nadia atau jika Nadia ada mengalami kecederaan.

“Pesakit mengalami amnesia untuk beberapa tahun. Tapi melihat keadaan cik Nadia sekarang ni, dia mengalami kejutan dan secara automatik ingatannya kembali. Benda ini boleh terjadi kalau kisah silamnya yang dulu mengejutkan datang kembali.” Ujar doktor itu setelah memeriksa keadaan Nadia.

Jika benar apa yang doktor itu katakan, kisah silam yang dimaksudkan itu pasti menyebabkan kakak kepada Nadia, iaitu Suriya, meninggal. Tapi ada benda yang masih bermain dalam fikirannya.

Haiqal… I saw him!

Perkataan itu asyik disebut oleh Nadia sejak dari tadi ketika mereka dalam perjalanan untuk ke hospital. Syafiq syak mungkin Haiqal juga ada kena-mengena dengan kematian Suriya.

Niat Syafiq adalah untuk ke balai polis bersendirian. Sebab melihat akan keadaan Nadia yang masih terkejut itu, dia tidak pasti Nadia boleh ikut. Tapi gadis itu asyik memaksanya untuk membawanya sekali. Nadia asyik menyebut dirinya sebagai saksi.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Where stories live. Discover now