CHAPTER II

36 7 0
                                    

"Forces beyond your control can take away everything you passes expect one thing, your freedom to choose how you will respond to the situation. You cannot control what happens you in life, but you can always control what you will feel and do about what happens to you."

-Paulo Cheelho, Searching For Meaning.

HAIQAL bersiap untuk bekerja. Iya, hari ini dia mendapat jadual penerbangan untuk ke Istanbul, Turkey. Sudah 5 tahun Haiqal menjalankan khidmat sebagai seorang juruterbang Malaysia. Berkat usaha dia sewaktu pengajiannya dan sokongan keluarga, Haiqal mendapat jawatan yang di minatinya sewaktu berada di bangku sekolah lagi.

Haiqal melihat penampilannya di pantulan cermin di biliknya. Haiqal yang amat kemas berpakaian juruterbang negara, bangga akan penampilannya. Sesudah dia puas melihat penampilannya, Haiqal mencapai telefonnya yang berada di atas katil. Dia menekan sesuatu di telefonnya sebelum telefon itu didekapkan di telinganya menandakan dia sedang menghubungi seseorang.

"Hello, assalamu'alaikum, umi." Ucap Haiqal yang sedang menghubungi uminya yang berada di kampung.

Memang sudah menjadi kebiasaan bagi Haiqal untuk menghubungi uminya asal saja dia ada penerbangan di luar negara. Haiqal merupakan anak kedua di antara adik beradiknya. Dia mempunyai seorang kakak dan seorang adik perempuan. Walaupun begitu, Haiqal sentiasa memastikan yang dia mendapat restu daripada uminya untuk apa pun yang dia buat agar kerjanya berjalan dengan lancar.

"Walaikumsalam. Haiqal apa khabar? Bila nak balik? Umi rindu la." Jawab uminya di hujung telefon.

"Haiqal pun rindu umi juga. Nanti kalau ada masa, Haiqal balik jumpa umi dan adik beradik lain, ya? Ni Haiqal call ni sebab kejap lagi Haiqal ada flight ke Turki. Umi doakan Haiqal, okay?" kata Haiqal seraya melabuhkan punggungnya di hujung katil.

"Astaghfirullahalazim. Umi lupa pula yang Haiqal ada flight hari ni. Padahal Haiqal dah awal-awal bagitau umi, kan?" ujar uminya sambil ketawa.

"Tak apa la, umi. Haiqal faham. Ni Haiqal bagitau sebab nak confirm aje. Doakan Haiqal, ya?" Jawab Haiqal sambil tersenyum.

"Insyaallah. Umi sentiasa doakan yang terbaik buat anak-anak umi semua. Hati-hati bawa flight nanti. Jangan laju-laju." Pesan umi.

"Umi, Haiqal bawa airplane. Bukannya bawa kereta. Haha." Jawab Haiqal sambil ketawa dengan pesan uminya itu.

"Ouh, iya tak iya pula. Apapun bawa kereta ke airport tu jangan laju sangat. Tu yang umi maksudkan. Tapi tercakap benda lain pula."

"Haha. Iya la, umi. Haiqal dah nak gerak dah ni. Nanti kirim salam kat kak Su dan adik." Pesan Haiqal.

Selepas saja mereka saling memberi dan menjawab salam, Haiqal menanti uminya menamatkan panggilan tersebut sebelum dia bersiap untuk keluar dari biliknya.

Sudah menjadi tabiatnya untuk menunggu uminya menamatkan panggilan. Biarpun, sama ada Haiqal atau uminya sendiri yang menghubungi. Haiqal akan memastikan uminya yang akan menamatkan panggilan terlebih dahulu.

Sebelum dia keluar daripada biliknya, Haiqal melihat kembali rantai tangan yang berada di atas meja lampu. Tempat yang dia menyimpan semalam. Haiqal mencapai rantai tangan itu lalu disimpannya ke dalam poket seluarnya. Haiqal pun keluar dari bilik itu. Waktu untuk ke tempat kerja. Haiqal juga tidak lupa untuk membawa bagasinya sekali bersamanya.

---

SETIBANYA Haiqal di lapangan terbang, dia berjalan laju ke dalam. Kebanyakkan staf di sana menegurnya. Hampir kesemua perempuan tidak lepas pandangan mereka dari menatap wajah Haiqal. Sudah namanya pilot yang paling handsome. Kalau nak cakap worldwide handsome pun tak boleh juga. Sebab takut nanti Jin BTS marah kerana gelarannya akan di ambil oleh Haiqal. Haha!

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Where stories live. Discover now