CHAPTER XXII

12 7 0
                                    

Some of the lights are ambition, some of the lights are wandering. Everyone’s light is so precious.

- J-Hope (BTS), Mikrosmos.

NADIA memandang Syafiq didepan matanya. Serius semacam saja lelaki itu. Takut pula Nadia mahu menegurnya. Baru saja dia mahu beritahu Syafiq tentang kotak yang dia terima semalam. Kot la Syafiq boleh tolong dia.

Tapi, harapan… harapan menjadi layu. Ketika dia sampai saja dipejabat, dia melihat Syafiq seakan bad mood pada sesuatu yang Nadia tidak pasti apakah ia. Jadi, Nadia fikir yang dia akan menunggu masa sehingga Syafiq ada mood.

Kita kan sedang cakap pasal Syafiq? Bila masa Syafiq mahu menunjukkan perangai happy go lucky dia? Dalam mimpi sajalah! Memang sudah Syafiq punya perangai bad mood sejak azali lagi. Nadia saja yang berani menerjah. Sekarang ini, dia mahu tunggu sampai Syafiq hilang bad mood pula? Memang taklah!

“Ada apa?” soal Syafiq apabila dia sedari dari tadi Nadia hanya memerhatikannya.

“Tak ada,” jawab Nadia dengan begitu saja.

“Boleh percaya ke ni?” Syafiq menjongketkan keningnya tidak percaya.

Nadia mengeluh. Tidak tahu mahu kata apa kepadanya. Adakah ini masa yang sesuai ataupun tidak. Takut nanti Syafiq mengamuk pula. Sebab tengok dari raut wajahnya jelas nampak yang lelaki itu banyak masalah.

“Tak tau la. Macam serbah salah nak cakap pun ada juga,” keluh Nadia berat.

“Kenapa nak rasa serbah salah pula? Bukannya awak ada buat salah pun, kan?”

Memanglah Nadia tidak buat apa-apa salah. Tapi melihat wajah Syafiq saja sudah nampak macam Nadia bersalah walaupun dia tidak buat salah apa-apa pun lagi.

“Semalam tu, kan…”

“Woo… woo.. Kalau awak nak cakap pasal yang kat restoran haritu, saya rasa memang patut awak rasa serba salah. Baik kita tak payah cakap pasal ni lagi,” potong Syafiq sambil menggelengkan kepalanya dengan laju.

“Masalahnya saya tak cakap apa-apa lagi,”

“Saya tau awak nak cakap. Jadi, ada baiknya awak diamkan diri dan zip mulut awak,” arah Syafiq seraya membuat aksi zipkan mulut.

Nadia mencebik. Dia belum cakap apa-apa lagi, lelaki itu sudah menyuruh dia untuk mendiamkan diri. Belum dengar apa-apa lagi. Mesti lelaki itu sedang berfikir pasal Ariana. Haih la! Rasa serbah salahlah pula.

“Bukan pasal kat restoran tu la. Kalau pasal tu, confirm la saya tak nak cakap. Sebab awak sendiri yang suruh saya diam,” jawab Nadia.

Teringat dia waktu mereka pulang ke pejabat. Syafiq turut menghantar Nadia. Apabila Nadia ingin berkata sesuatu, terus saja Syafiq membuat aksi zipkan mulut. Tidak menyuruh Nadia bincangkan hal ni lagi.

“Habis tu, pasal apa?” Syafiq berpeluk tubuh sambil menyandar pada kerusinya.

“Semalam saya terima satu kotak ni. Mira kata yang dia jumpa kotak tu kat depan pintu rumah kitorang. Siap tulis nama saya lagi. Lepastu Mira bawa la masuk kotak tu. Waktu saya balik tu, dia tunjuk kat saya kotak tu. Then, kitorang buka sama-sama,” kata Nadia dengan wajah yang agak risau.

“Jadi korang ada buka tak? Nampak apa dalamnya?” soal Syafiq. Dia mendepankan kerusinya itu. Mahu mendengar dengan lebih lanjut cerita Nadia itu.

“Saya terima surat ugut. Dengan ada gambar saya dan Haiqal kat tempat kerja Mira. Ada gambar kita dengan Ariana waktu kat restoran juga,” sambung Nadia dengan suara terketar-ketar.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن