CHAPTER III

28 7 0
                                    

If we seek something, that something is seeking us.

-Paulo Choelho, Aleph


NADIA dipanggil masuk ke dalam pejabat Puan Suraini, iaitu bos besar di dalam Dispatch. Walaupun Nadia seorang saja yang dipanggil, namun Haziq juga mengikuti Nadia masuk ke dalam pejabat bos mereka. Perbuatan Haziq itu membingungkan Nadia. Namun dia hanya mendiamkan diri saja.

Setelah pintu diketuk oleh Nadia dan diberi kebenaran untuk masuk, Nadia dan Haziq pun masuk ke dalam bilik pejabat Puan Suraini. Pandangan pelik yang diberi oleh Puan Suraini kepada Haziq langsung tidak dihiraukan oleh lelaki itu. Dia cuma berdiri dengan tenang sambil menatap tepat mata Puan Suraini.

"Kamu buat apa kat sini, Haziq?" soal Puan Suraini apabila dia melihat yang Haziq hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apapun.

"Saya datang nak bincang sesuatu dengan puan." Balas Haziq masih dengan gaya tenangnya.

"Apa pun yang awak nak discuss, sila tunggu diluar dulu. Saya ada hal nak cakap kat Nadia." Kata Puan Suraini seraya menjeling tajam ke arah Nadia. Gadis itu hanya menunduk apabila di jeling tajam sedemikian.

"Tak. Benda ni important. Saya akan tunggu aje kat sini sampai puan dah habis cakap." Jelas Haziq seraya melabuhkan punggung di sofa di dalam pejabat itu tanpa di undang pun oleh sang pemilik pejabat itu.

Puan Suraini hanya mengeluh melihat kelakuan Haziq itu. Sudah dia dapat baca fikiran Haziq tentang apa tujuan lelaki itu berada di sini.

Pandangannya teralih kepada Nadia yang sedang berdiri tegak itu.

"Nadia, saya dah bagi awak tugasan pertama sebab saya tak nak awak fikir saya tak percaya awak. Tapi awak sendiri dah menghancurkan kepercayaan saya pada awak. Saya bagi task mudah aje. Interview Aiman Alif yang baru aje pulang dari Canada. Saya tak bagi awak task susah pun sampai suruh follow dia terus ke Canada. Dah cukup baik dah saya bagi task yang simple macam ni. Tapi apa dah buat? Awak langsung tak dapat satu interview pun dari dia." Marah Puan Suraini dengan sangat kecewa.

Baru saja Nadia ingin menjelaskan apa yang berlaku. Namun terdengar pula Haziq sedang berdehem. Mereka berdua memandang Haziq yang duduk sambil berpeluk tubuh. Puan Suraini di pandangnya.

Haziq pun bangun dari kedudukannya. Dia mengatur langkah ke arah mereka berdua sambil kedua-dua tangannya di seluk ke dalam poket.

"Sebenarnya ini bukan salah Nadia pun. Ni salah fans dan salah puan sendiri." Jawab Haziq sambil berpeluk tubuh di hadapan Puan Suraini.

Nadia pula terkejut dengan jawapan Haziq. Dia memberi isyarat kepada lelaki itu dengan isyarat muka 'Kau dah gila ka?' namun lelaki itu tidak memandangnya.

"Apasal pula? Sila bagi sebab yang munasabah kenapa Nadia tak bersalah?" kali ini Puan Suraini pun ikut berpeluk tubuh. Nadia hanya mampu memandang mereka berdua tanpa berkata apa-apa. Walaupun ini adalah masalahnya saja.

"Fans. Fans Aiman Alif tu ramai dan mampu menenggelamkan kitorang yang cuma berdua aje. Nadia tak dapat interview Aiman pun sebab she was violated by a group of Aiman Alif fans. Kaki dia belum sembuh lagi tau. Tapi dia dengan beraninya datang melaporkan diri kat Dispatch. Sebab tak nak kecewakan puan." Kata Haziq sambil menjongketkan keningnya.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Where stories live. Discover now