CHAPTER XIV

17 7 0
                                    

Through our eyes, the universe is perceiving itself. Through our ears, the universe is listening to it’s harmonies. We are the witness through which the universe becomes conscious of it’s glory, of it’s magnificence.

-Alan Watts

SEJAK kebelakangan ini, Syafiq selalu sibuk dengan kerjanya. Tidak ada masa untuk diri sendiri. Dia juga sudah lama tidak bertemu dengan Ariana. Tapi kali ini, akhirnya dapat juga mereka bertemu bersama.

Syafiq meminta Ariana menunggunya di Café Smiley. Tempat biasa mereka berjumpa. Macam tiada tempat lain lagi mereka mahu pergi. Tapi oleh kerana itu adalah satu-satunya tempat yang menjadi kegemaran Ariana, Syafiq hanya bersetuju.

Seusai saja makanan dan minuman mereka dihidangkan, Syafiq berdehem kepada Ariana yang masih memandang telefon. Menyedari akan Syafiq, terus saja Ariana menyimpan telefonnya.

“So, macam mana dengan Nadia sekarang? Dah bertambah baik?” soal Ariana. Itu menjadi salah satu sebab kenapa dia mahu berjumpa dengan Syafiq. Memandangkan Syafiq sekarang sudah bertambah rapat dengan Nadia.

She's okay as usual. Dah mula kerja dah pun.” Jelas Syafiq.

Glad to hear.” Kata Ariana dengan senyuman.

Dia takut yang Nadia tidak akan kembali bekerja. Apa yang dia kata kepada Nadia itu pasti memberi kesan kepada gadis itu. Melihat saja Nadia marah, Ariana tahu yang Nadia pasti tidak akan percaya kepada Haiqal lagi.

Macam manalah keadaan Haiqal sekarang ini? Adakah dia sudah bertemu dengan Nadia?

Seperti tahu-tahu saja namanya diseru, Haiqal datang menarik kerusi di sebelah Ariana. Dia melabuhkan punggung lalu menyandar di kerusi itu sambil berpeluk tubuh. Ketara sangat diwajah Haiqal itu tidak ada perasaan. Macam orang baru putus cinta saja.

You kenapa tiba-tiba ada kat sini pula?” soal Ariana dengan terkejut. Baru saja dia terfikir tentang Haiqal, sudah lelaki itu muncul di situ.

I confuse la dengan Nadia tu. Dengan cara baik pun dia tak nak dengar. Macam mana lagi nak pujuk dia tu? Keras hati betul.”

Kata-kata Haiqal mengundang ketawa di bibir Syafiq. Dia tahu sangat akan perangai Nadia itu. Walaupun dulu mereka tidak berapa rapat, namun sudah namanya tablemate. Semua gerak-geri Nadia sudah dihafal oleh Syafiq.

Kalau dengan Haziq pun Nadia sudah berdegil, apa lagi kalau dengan Haiqal yang tidak lama dia kenal itu.

“Apasal pula kau gelak?” tanya Haiqal dengan geram. Sudahlah dia buntuh dengan Nadia yang degil itu. Sekarang Syafiq pula yang mentertawakannya.

“Tak la. Aku rasa kelakar juga la. Sebab Haziq pun tak membebel macam kau. Padahal Haziq selalu aje kena begitu dengan Nadia.” Terang Syafiq kelucuan.

“Tapi, masalahnya ni lain tau. Dia tak ada trust langsung dengan aku. Macam mana aku nak cakap? Asal aku cakap aje, mesti dia elak. Baru tu nak ugut aku pula. Tu la salah you ni.” Kata Haiqal dengan bengang.

“Eh. I pula yang salah? I just nak pastikan yang Nadia tu selamat. Kalau nak harapkan you tu, dah la call tak angkat. Tak tau bila nak balik. Dah jadi dengan Haziq macam ni pun, sempat ambil vacation, ya?” marah Ariana lalu mencebik.

“Tu bukan vacation la. I memang ada keja kat Germany sana. You apa tau? Asyik-asyik menghadap butik tu aje.” Bebel Haiqal.

“Hello, kalau I nak hadap butik tu pun, I tak minta duit you pun kan? Guna duit I juga.”

Melihat pergaduhan mereka membuatkan Syafiq rasa lain. Dari dulu lagi dia tertanya-tanya siapakah Haiqal bagi Ariana. Namun dia mengabaikan saja kerana dia melihat Haiqal bersama dengan Nadia. Tapi kini persoalan itu mula timbul.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Where stories live. Discover now