CHAPTER XV

19 7 0
                                    

Instead of being overwhelmed by the universe, I think that perhaps one of the deepest experiences a scientist can have, almost approaching a religious awakening, is to realize that we are children of the stars, and that our minds are capable of understanding the universal laws that they obey. The atoms within our bodies were forged on the anvil of nucleosynthesis within an exploading star aeons before the birth of the solar system. Our atoms are older than the mountains. We are literally made of star dust. Now these atoms, in turn, have coalesced into intelligent beings capable of understanding the universal laws governing that event.

- Michio Kaku.

HAIQAL yang sedang tersengih itu dijeling tajam oleh Nadia. Suka hati saja lelaki ini datang tanpa diundang dan mengaku yang mereka sedang bercinta. Tapi kalau Haiqal tidak kata begitu, Nadia pasti akan kalah dengan Aariz. Melihat saja wajah sinis Aariz itu kembali membuatkan Nadia risau. Apa yang lelaki itu mahukan?

"Apasal awak mengaku yang saya ni girlfriend awak dan awak tu boyfriend saya?" marah Nadia sambil berpeluk tubuh. Sudah dia cakap yang dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu lagi. Apa Haiqal buat disini?

"Saja la. Saya nampak awak diam lepas dia tanya tadi. Saya datang sebab nak pertahankan awak. Salah ke?" soal Haiqal dengan sengaja. Dia datang sebab ingin membuatkan lelaki itu rasa cemburu. Tidak suka akan pandangan lelaki itu kepada Nadia. Walaupun mereka memang sudah berkenal.

"Tapi masalahnya, tindakan awak tadi tu tersangat la salah! Siapa suruh awak tiba-tiba peluk saya?"

"Kata hati saya yang suruh." Jawab Haiqal tanpa ada rasa bersalah sambil tersengih.

"Pandai la awak." Kata Nadia menyampah. Kenapalah dia boleh terjebak dengan lelaki ini lagi?

"Saya nampak awak diam. Awak tunduk waktu dia tanya awak dengan siapa. Do you have a problem with him, sweet girl?" soal Haiqal dengan berhati-hati.

Nadia terdiam. Tidak tahu mahu katakan apa kepada Haiqal. Ini masalahnya sendiri. Dia tidak mahu orang asing seperti Haiqal itu masuk campur urusannya. Walaupun urusannya itu tidaklah sebesar mana pun.

"Kalau saya nak tau, apa relationship dia dengan awak? Salah seorang yang tinggalkan awak ke?" soal Haiqal.

Nadia memandang Haiqal. Iya, mestilah Haiqal sudah dapat agak. Haiqal merupakan saksi disaat dia sedang bersedih ketika itu.

Sehingga kini, dia masih belum tahu atas apa Aariz meninggalkan dirinya. Masih Nadia fikirkan dimana silapnya. Tapi Nadia cuba untuk membuang semua perasaan itu.

"This is not your problem. Boleh tak untuk kali ni aje awak jangan nak masuk campur? Saya dah kata kan yang saya tak nak jumpa awak lagi." Balas Nadia mengelak soalan yang diberikan oleh Haiqal.

"Saya terserempak dengan awak. Saya nak backup awak tadi. Semuanya kebetulan. Awak yang nak jumpa saya sebenarnya." Dalih Haiqal seraya menjongketkan keningnya. Dia juga turut berpeluk tubuh memandang Nadia.

"Sejak bila pula saya yang nak jumpa awak? Saya dah cakap yang saya tak nak jumpa awak. Tak ada masa la saya nak jumpa awak." Jawab Nadia sambil mencebik.

"Tu, lepas aje lelaki tadi tu jalan, awak terus tarik saya ke taman ni. Maksudnya apa? Sebab tu maksudnya awak yang nak jumpa saya. Jual mahal pula." Kata Haiqal.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Where stories live. Discover now