CHAPTER XXI

14 7 0
                                    

“Like the twinkling stars, like a building with flickering lights. We’re shining; in each of our rooms, in each of our planets.

- (BTS) Jungkook, V, Mikrosmos.

7.45 malam. Nadia balik sendiri pada malam itu. Tidak tahu apa yang dia fikir. Dan tidak tahu kenapa dia dengan berani sangat melalui laluan yang sunyi itu. Tidak ada pejalan kaki. Memang menempah mautlah namanya itu.

Laju saja langkah diatur oleh Nadia. Tidak tahu kenapa sejak dari tadi, dia rasa macam ada orang memerhati dan mengekorinya dari belakang. Takut Nadia mahu memandang belakang. Takut kalau perasaan dia itu benar. Sudahlah dia bersendirian saja. Sudahlah Nadia tidak ada sebarang seni mempertahankan diri.

Dengan perlahan, Nadia nampak ada lelaki yang tidak dikenali sedang mengekorinya dari belakang. Nadia menelan air liurnya. Macam kecut perut pula. Lelaki dibelakangnya?? Tidak dikenali pula tu.

Nadia mempercepatkan langkahnya agar lelaki itu tidak dapat mengikutinya lagi. Dia melihat sekilas ke belakang. Semakin dia laju, lelaki itu pun bergerak laju juga. Seakan mahu menyaingi Nadia. Gerun Nadia! Sah! Memang sah lelaki itu sedang mengekorinya. Dengan keadaan kelam kabut, Nadia pun lari pecut.

Tidak mahu dia lelaki itu menjejakinya. Tidak tahu apa lelaki itu akan buat kepadanya. Adakah akan membunuhnya? Atau menjual organnya? Oh, tidak! Benda itu tidak akan berlaku kalau Nadia berjaya selamatkan diri. Lebih cepat Nadia melarikan diri daripada lelaki itu.

Nadia memandang ke belakang. Lelaki itu masih lagi mengejarinya itu.

“Aish! Apa dia nak sebenarnya?” kata Nadia sendiri sambil berlari laju.

Apabila dia toleh ke belakang, Nadia dapati lelaki itu sudah tidak ada dibelakang. Selamat. Akhirnya, Nadia sudah dapat bernafas dengan tenang. Penat dia berlari ke sana sini semata-mata mahu melarikan diri daripada lelaki yang tidak dikenali itu.

Sedang Nadia sedang mengawal penafasannya, tiba-tiba ada tangan yang sedang mendarat dibahunya dari belakang. Nadia terkejut. Takut dia mahu menoleh. Takkanlah lelaki tadi itu berjaya menjumpainya? Dengan perlahan-lahan, Nadia mengatur langkah.

“Cik!”

Alamak, bercakaplah pula lelaki itu? Apa dia mahu? Jangan cakap dengan akulah! Aku sedang nak larikan diri dari kau ni. Kau tak tahu ke? Marah Nadia dalam hatinya.

“Cik tertinggal dompet cik,” kata lelaki itu. Nadia pun menoleh mendengarnya.

"Apa tu?" soal Nadia lagi kepada lelaki yang sedang tercungap-cungap itu. Mungkin penat kerana mengejari Nadia.

“Cik tertinggal dompet tadi kat depan sana. Saya cuba nak bagi cik balik. Tapi cik pula lari. Saya try jerit panggil cik tadi, tapi cik tak dengar,” kata lelaki itu dengan masih tercungap-cungap menahan pernafasannya itu.

“Oh, macam tu pun boleh?” ujar Nadia lalu tersengih memandang lelaki itu.

By the way, thanks sebab bagi balik dompet saya. Sorry, saya tak dengar awak panggil tadi. Esok saya ada ikut maraton. Tu yang rajin sangat berlari-lari. Sorry sebab menyusahkan awak kejar saya. Jangan awak kejar hati saya, sudah,” balas Nadia sempat dengan loyar buruknya itu.

Lelaki itu meminta diri dan berpesan kepada Nadia supaya berhati-hati selepas ini. Sekali lagi, Nadia berterima kasih sambil menunduk seketika. Kus semangat! Ingatkan betul-betul ada orang mahu membahayakan dirinya. Rupanya hanya mahu mengembalikan dompetnya yang tercicir saja.

Nadia ni buat malu antarabangsa betul. Adakah patut dia cakap mahu bermaraton tengah malam ini? Nasib saja lelaki tadi tidak cakap dia sengal. Kalau tidak, mahu satu dunia ini malu dengan Nadia.

Mengenali Hatinya (COMPLETE)Where stories live. Discover now