"Semua tunjuk pengantin!"

"Semua angkat peace!"

"Mini heart satu kali!"

"Posing selamat-tinggal-anakku pulak..."

"Say cheeseeee..."

"Semua cakap laparrrr..."

Kesemua jenis pose yang diajar oleh Poji tak ada satu pun yang dibantah. Mereka mengikut arahan dengan sempurna. Ibu jari bergerak laju pada control panel, membuat semakan pada gambar yang dirakam. Lepas dah pastikan yang semua gambar tiada cacat cela, Poji angkat ibu dari, mengisyaratkan 'OK'. "Next... sanak-saudara ke... kawan-kawan ke..."

"Saya! Saya!" Dapat jemputan dari jurugambar, sepupu-sepupu yang memang sedang menanti giliran untuk bergambar dengan pasangan pengantin terus menerpa laju, tak ubah macam zombi dalam filem Train To Busan nak serang manusia untuk digigit.

Jaja yang tak sempat mengelak dari tempatnya berdiri, terasa tubuhnya terhuyung hayang bila dirempuh dengan tiba-tiba. Serta merta tangan dia refleks bergerak ,mencari tempat untuk berpaut dan dia berjaya jumpa.

"Are you okay?"

Nafas lega yang dilepas, terhenti separuh jalan apabila telinganya menangkap satu suara yang sangat familiar. Sedar akan dia kini sedang berpaut pada lengan Ejat yang berlapik dengan baju melayu, bagai terkena renjatan elektrik Jaja tarik kedua-dua tangan. "Woahh!"

Tak terlintas langsung akan risiko lain yang bakal dihadap gara-gara perbuatan mendadak diri sendiri itu, hampir saja Jaja jatuh tersembam ke lantai kalau bukan kerana Ejat bertindak dengan pantas untuk kali kedua.

Lengan dia yang berada di dalam cengkaman Ejat, buatkan mata Jaja jadi besar. Walaupun berlapik, dan langsung tiada berlakunya sentuhan antara dua kulit tetap juga Jaja rasa macam jantung dia nak melompat keluar.

"Relaks, Ja... I got you."

Dia yang sememangnya dah rasa macam taknak panggung kepala sampai ke tahun depan gara gara risau bertembung pandang dengan sepasang mata bundar itu, makin menundukkan kepala ke bawah.

Genggaman tangannya masih melekat erat pada lengan Jaja baru saja disedari itu, buatkan Ejat terlopong. Cepat-cepat dia melonggarkan cengkaraman, melepaskan tangan Jaja. "Ops! Sorry...sorry..." Masa dia mahu lepaskan Jaja sepenuhnya, sempat juga dia pastikan dulu yang kaki Jaja sudah stabil. Risau pula kalau gadis itu mencium lantai yang beralaskan karpet tebal.

Keadaan dada yang tak berhenti langsung dijenguk dengan debaran yang melampau, Jaja menggerakkan bibir untuk mengungkap, "S-sorry and thanks..." Ayat itu diucap tanpa memandang muka Ejat. Masih belum mengangkat wajah, lantas kaki diatur laju untuk bergerak dari situ.

Jaja yang sudah hilang dari pandangan buatkan dia menarik dan menghembus nafas dengan panjang. Lebih dari empat kali dia lakukan jenis senaman paling ringkas itu. Sejak dari pertemuan semula semalam, ini adalah kali pertama Jaja bercakap dengan dia. Dan tak sangka pula sampai begini sekali tindak balas yang diberi oleh hati dan jantung dia saat telinga menangkap suara lembut itu. Dibiar beberapa saat dirinya mencari tenang yang hilang terus naik ke bintang sejak tadi gara-gara disesakkan dengan rasa berdebar.

Bila dah agak tenang walaupun tak sepenuhnya, bibir Ejat kini tanpa dapat dikawal mula mengukir senyum. Kedua-dua bahgaian dalam pipit digigit, mengulum senyum. Tangan menggaru belakang kepala yang tak gatal. "Tsk! Masih lagi kalut dan clumsy yang sama..." Ejat menggumam sendiri. "She looks nice in blue, anyway..."

Jaja yang nampak sangat cantik dan manis di dalam busana berwarna biru itu buatkan dia rasa keputusan yang diambil untuk belikan baju kurung untuk gadis itu, sangat tepat sama sekali. Dia jadi teringat hal tiga minggu lepas, masa dimana dia menemani mak dan kakak membeli belah barang untuk majlis Intan dan Seman.

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now