49🌼

3.5K 196 89
                                    

Suha bangkit dari tempat tidurnya.Tangannya cuba untuk mencapai air yang terletak di atas meja yang berhampiran dengannya.

Namun agak susah memandangkan dia agak sulit untuk bergerak.Perutnya masih lagi sakit selepas pembedahan.

"Kenapa tak bagitahu nak air?"ada tangan lain yang menuang air dalam gelas untuk Suha.

Suha memandang Ian sekejap sebelum dia mengalihkan matanya ke arah lain.

Gelas disua kepada isterinya."Minumlah"

Suha hanya mengambil tanpa sebarang kata yang keluar dari bibirnya.

Sebenarnya sekarang hanya Suha dan Ian sahaja yang berada di dalam wad ini.Yang lain telah pulang ke rumah.Keluarga Suha telah pulang ke rumah Ian atas permintaan Ian sendiri yang menginginkan keluarga mertuanya agar tinggal di rumahnya.

Abi memang sengaja nak suruh dia yang jaga aku!, getus hati Suha tidak berpuas hati.

"Nak makan apa-apa tak?"

Suha hanya menggelengkan kepalanya.Ian berasa sedikit kesal kerana Suha langsung tidak mahu berbicara dengannya.

"Abang tahu sayang masih belum dapat maafkan abang"ujar Ian sambil tersenyum pahit.

Suha hanya diam.

Dia menyentuh perutnya yang masih terasa sakit.Dahinya berkerut-kerut menahan sakit.

Ian yang menyedari perkara itu muka berasa risau.

"Kenapa?Sakit ke?Nak abang panggilkam doktor?"

Suha menggelengkan kepalanya.

Tiba-tiba Suha teringat pada seseorang.Anaknya.

Air muka Suha mula menjadi keruh."Kenapa ni?"tangan isterinya cuba dicapai oleh Ian namun Suha menarik tangannya tidak mahu disentuh oleh suaminya.

"Saya nak tengok anak saya"kata Suha perlahan.

Ian tergandah namun dia cuba untuk terus tersenyum.

"Tunggu sini kejap.Abang pergi ambik wheelchair"ujar Ian sebelum dia bergegas keluar dari wad untuk membawa wheelchair.

*****

Mata Suha tidak lepas daripada memandang bayinya yang berada dalam inkubator.Dia hanya memandang dari luar sahaja kerana tidak sanggup untuk melihat anaknya dari jarak dekat.

Ian memandang Suha yang hanya diam sahaja melihat anak mereka.Dia merasa sebak pada tika ini.

"Apa nama dia?"Suha bersuara.

Ian tersenyum kecil.

"Aynan Miasara binti Ian Naufal"

Suha diam selepas itu.

"Sorang lagi?Nama apa?"nada suara Suha mula berubah.Dia rindukan anaknya yang seorang lagi.Air mata ditahan agar tidak tumpah.

"Ayreen Maisara binti Ian Naufal"

"Oooo"hanya itu balasan daripada isterinya.

"Muka dia sama tak dengan muka Ayreen?"

"Sama.Sama sangat.Sampai abang pun tak boleh bezakan yang mana satu.Muka dia sama macam sayang.Semuanya sama.Lagi-lagi kalau dia senyum"

Dia teringatkan dua orang kanak-kanak yang muncul dalam mimpinya tempoh hari.

Dia tersenyum nipis.Rindu.Itu yang dia rasakan.

"Boleh tak saya nak pegang dia?"pinta Suha dengan nada suara yang sedikit sebak.

*****

Bayi kecil itu selamat berada dalam dukungan Suha.Suha mengelus lembut pipi anaknya itu.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now