Part 10🌵

1K 102 29
                                    

Mikayla mengerling ke ruang tamu.Kelihatan para kaum lelaki sedang solat hajat.Matanya terpaku pada papa dan abangnya yang sedang solat itu.

Dia tersenyum sendiri.Lapang hatinya melihat dua orang lelaki kesayangan sedang solat.

Selepas itu dia memandang ke arah mamanya yang sedang menyediakan makanan untuk para tetamu yang hadir pada malam ini.

Sebenarnya dia sangat suka melihat papa dan mama jika bersama.Nampak sweet sangat.Cara papa layan mama.Mama pula melayankan sahaja kerenah papa.

Kalau boleh dia nak lelaki macam papa.Papa baik.Papa menyabar.Papa sangat sayang pada mama.Sampaikan Mia pun jealous dengan mama.

"Asyik peluk mama je.Mia ni siapa nak peluk?"

Mikayla tergelak apabila teringat soal perkara itu.

"No wonder mama sayangkan papa"gumam Mikayla.

"Kayla"panggil Naura.

"Ye Ciksu"

"Kayla suruh budak-budak masuk dalam bilik.Orang tengah solat kat atas boleh pulak diaorang buat bising"suruh Naura.

Mikayla menganggukkan kepalanya tanda akur.Tanpa menunggu lama Mikayla mendekati sekelompok kanak-kanak yang sedang bermain sesama mereka agar masuk ke dalam bilik.

"Kakak,mama mana?"tanya Mia.

"Mama ada kat dapur.Kenapa?"

"Mia lapar"

"Nanti bila semua dah selesai kakak panggil Mia.Mia dan semua ni tolong duduk dalam bilik diam-diam.Jangan keluar selagi solat hajat tak selesai okay"

"Okay kakak"

Sejurus itu Mia pun masuk ke dalam bilik yang dimasuki oleh kanak-kanak yang lain.

Selepas itu Mikayla kembali ke dapur untuk membantu apa yang patut di sana.Takkan nak duduk tengok je kan.

*****

"Isya,Pakngah tanya Isya pergi mana tadi.Better sekarang Isya cari Pakngah sekarang"ujar Mikayla kepada Isya.

"Okay akak.Thank you"dengan tergesa-gesa Isya mencari kelibat papanya.

Mikayla hanya tersenyum sahaja.Selepas itu dia bergerak ke arah makanan.Lapar nyah!

Sedang dia mahu mengambil lauk tiba-tiba ada tangan lain yang menyambar senduk terlebih dahulu.Secara automatik Mikayla menoleh pada gerangan tersebut.

"Hi Kayla"

"Emm hi"

Putus mood aku nak makan.Pehal pulak mamat ni.Nasib baik kau saudara aku.Mikayla terus meletakkan kembali pinggan dan berura-ura hendak beredar dari situ.

"Ehh tak jadi nak makan ke?"

"Haah.Rasa tak lapar pulak"

Amir menganggukkan kepalanya tanda faham namun sepertinya dia tidak mahu Mikayla beredar lagi.

"Kayla"

"Ye?Ada apa?"

"Lepas ni Kayla free tak?"

"Emm tak free.Lepas ni Kayla nak tolong-tolong kat dapur.Okaylah Kayla pergi dulu"pamit Mikayla dengan segera.

Jujur sahaja yang dia tidak menyenangi kehadiran Amir ke sini.Kenapalah mamat ni balik ke kampung...

"Emm Kayl-"

"Kayla"

Suara Ayden kedengaran.Langkah kaki remaja lelaki itu dihayun mendekati mereka berdua.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now