Part 5🌵

1.1K 98 23
                                    

Terkebil-kebil mata mereka semua memandang rak yang tersusun dengan tuala wanita itu.

Ada yang terdiam.Ada yang terkaku.Ada yang bingung.

Masalah negara ni!

"Mati kita..."

"Same"

Oleh kerana mereka semua berdiri di bahagian tuala wanita, banyak mata yang memandang ke arah mereka.Mungkin agak pelik melihat anak muda yang mahu memilih tuala wanita.

"Ambik jelah yang mana-mana pun.Aku rasa sama je semua" Jungwon bersuara.

Masing-masing menganggukkan kepala tanda bersetuju.

Mia yang turut berada di situ menggelengkan kepalanya.Haihh sedih lah diorang ni.

"Abang...ada yang lain okay.Even Mia tak faham sangat tapi benda ni semua ada yang berbeza"

"Apa yang beza?"

"Apa yang beza?"

"Ada wings ke tak?Selesa ke tak?Yang maxi ke tak?"

"Wahh dasyat ah Mia tahu eh?"

"Tahu sebab akak yang bagitahu.Tapi Mia tak reti jugak sebenarnya bab-bab benda tu.Mia kecik lagi mana Mia tahu"balas Mia dengan pintar.

Ayden tergelak.

"So yang mana satu akak selesa pakai?"tanya Ayden kepada adik perempuannya itu.

"Nampak macam takde je kat sini"jawab Mia seraya matanya meneroka seluruh rak yang menempatkan tuala wanita itu.

"Pulak dah?Kalau beli je yang mana-mana pun tak boleh ke?"tanya Ayden lagi.

Mia menepuk kuat dahinya seraya mendekati abangnya.Dengan menggunakan tangan kecilnya,Mia meminta Ayden menundukkan kepalanya sedikit.

Ayden hanya akur sahaja.Sekali dengan kawan-kawannya yang lain turut sama menunjukkan badannya untuk mendengar apa yang bakal disampaikan oleh Mia.

"Perempuan yang datang bulan tak boleh bawak main-main.Tak pasal-pasal ada pisau yang melekat kat dahi abang nanti.Mama cakap perempuan yang datang bulan ni dia sensitive sikit.Kang kalau tak selesa...akak mengamuk karang"bebel Mia.

"Macam tu pulak.Dah tu kena beli yang dia selesa lah ni?"

Mia menganggukkan kepalanya dengan polos.

Ayden mengeluh panjang.Nak taknak terpaksalah dia ke tempat lain untuk membeli tuala wanita untuk adiknya itu.

*****

"Betul ke papa?"tanya Mikayla dengan penuh teruja.

Ian tergelak kecil seraya menganggukkan kepalanya.

"Yeayy!Sayang papa!"

Dengan pantas Mikayla memeluk erat tubuh sasa papanya sebelum mencium sekilas pipi papanya dek kerana terlalu teruja.

Ian dan Suha tergelak sama.Haihh dah besar pun masih lagi comel.

"Papa pun sayang Kayla"balas Ian bersama senyuman.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Semua mata terarah pada pintu rumah.Kelihatan Ayden dan Mia yang baru sahaja pulang bersama sedikit barang di dalam plastik yang dibawa oleh Ayden.

"Hah balik pun.Abang beli tak benda tu?"sengih Kayla secara mencicit ke arah abangnya.

Ayden menggulingkan biji matanya seraya menyerahkan barang yang Kayla memintanya untuk beli.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now