Part 13🌵

2.1K 154 77
                                    

Ilham Muhammad atau nama sebenarnya Lee Heesung mengerling banyak kali ke arah Mikayla.Gemuruh nyah!

Mikayla yang ayu berjubah putih bersama purdah di wajahnya menahan tawa.Malu ke cik abang?

"Ring?"Naura bersuara.Cincin dihulurkan kepada Ilham.

Ilham baru teringat soal cincin.Dengan perasaan yang berdebar-debar Ilham menyarungkan cincin pada jari manis milik Mikayla.Pertama kali bersentuhan dengan Mikayla ibarat terkena renjatan elektrik.

"Jadi awaklah yang sukakan saya dari dulu?Pandai ehh sorokkan"bisik Mikayla.

Ilham tersengih malu.Crush dari dulu ni! Syukur alhamdulilah dapat jugak Mikayla sebagai isteri.

Di situasi Imzar Syafiq atau nama betulnya Park Sunghoon dan Mia pula masing-masing berasa malu.Lebih-lebih lagi Imzar.

Dulu cakap sayang sebagai adik je last-last..

Kena bahan terus Imzar sewaktu dia memberitahu kawan-kawannya bahawa dia mahu mengikat Mia sebagai isterinya yang sah.

*****

Selepas selesai makan malam Ayden dan Ian duduk di luar rumah bagi menikmati udara malam yang terasa sedikit sejuk.

Pasangan pengantin baru pula berada di dalam bilik masing-masing.Maka berlangsunglah sesi suai kenal.Yelah dulu kenal sebagai kawan abang sendiri tapi berakhir sebagai suami sendiri.

Majlis akad nikah pada petang tadi berjalan dengan lancar dengan bantuan ibu bapa saudara mereka.

"Kayla dan Mia dah kahwin so Ayden bila lagi?"Ian bersuara.

Ayden tergelak kecil.

"Maybe...soon?"

"Dah ada calon ke?"

"Mestilah ada papa.Anak papa ni ada orang nak jugaklah"Ayden tertawa.

"Siapa?Kenapa papa tak tahu pun?"

"Heesung dan Sunghoon kan belajar agama dengan Ustaz Qairil.Ustaz Qairil pulak ada anak perempuan jadi...masa tulah Ayden dengan dia"cerita Ayden sambil tertawa kecil.

"Baguslah kalau dah ada calon.Nanti bila papa dah takde bolehlah isteri Ayden yang jaga Ayden"ujar Ian.

Tawa Ayden mati dengan serta merta.

"Ayden tak sukalah papa cakap macam tu.Ni kalau papa cakap depan Kayla dan Mia konfem dia nangis terus"keluh Ayden.

Ian tersenyum sahaja.

"Hidup dan mati kita adalah ketentuan Allah.Papa dah makin tua.Rambut pun dah memutih"

"Ayden janji akan jaga papa walaupun Ayden dah kahwin nanti"janji Ayden dengan serius.

"Tak payah.Lepas ni Ayden just jaga adik-adik dan isteri Ayden je.Lepas ni dah tak perlu jaga papa"ujar Ian dengan tenang

Ayden mengeluh halus.

"Apa pulak macam tu papa?Papa kan tanggungjawab Ayden.Sampai bila-bila pun Ayden akan jaga papa"tegas Ayden.Dia benar-benar memaksudkan apa yang dia bicarakan sekarang.

Ian hanya tersenyum sahaja.Matanya menerhati bintang-bintang yang bertaburan di langit yang nan indah.

"Ayden..."

"Ayden sayang papa tak?"

"Mestilah sayang"

"Kalau macam tu...janji dengan papa yang Ayden akan jaga adik-adik.Walaupun adik-adik dah kahwin tapi jangan biarkan adik-adik disakiti.Papa sayang anak-anak papa.Tapi untuk papa jaga anak-anak papa selama-lamanya adalah satu perkara yang sangat mustahil.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now