55🌼 END

4.1K 225 137
                                    

Tiga bulan kemudian...

"Bang,Yad takut tersalah lafaz ni"Fayyad tidak senang duduk kerana lagi 15 minit dia akan diijab kabul dengan Aurel.

Aysar dan Ian hanya tergelak melihat Fayyad.

"Alahh akad nikah je pun.Rileks lah Yad"balas Aysar sambil tergelak.

Fayyad menjeling tajam ke arah Aysar.Tahulah dia dah lepas tapi tolong aku yang tak lepas lah ni!

"Janganlah berdebar sangat.Kang nanti akad nikah tersebut nama orang lain kan"usik Ian yang lengkah berbaju Melayu itu.

"Aipp jangan!Buat malu je"tungkas Fayyad.

"Yad dah praktis kan semalam?So apa yang nak ditakutkan sangat?Aduh lah"Aysar bercekak pinggang memandang Fayyad.

Fayyad mengeluh panjang.

"Memanglah tapi faham lah berdebar ni macam mana?"

"Faham"

"Faham"

Aysar dan Ian saling berpandangan.Fayyad menayangkan mimik muka menyampah.

"Malas ahh cakap dengan abang.Buat sakit hati je.Baik cakap dengan akak"

"Ehh!Dia perempuan memanglah lain.Abang lain sebab abang lelaki"loyar buruk betul si Ian ni.

Ian dan Aysar duduk di kiri dan kanan Fayyad yang sedang gelisah itu.

"Hmmm...doa banyak-banyak biar tak tersasul nanti"ujar Aysar seraya menepuk bahu Fayyad.Begitu juga dengan Ian.

Fayyad melepaskan keluhan berat.

*****

"Papa,kenapa Pak Ngah nampak gelisah semacam?"tanya Ayden yang duduk di sebelah Ian itu.

Mata Ayden memandang ke arah bapa saudaranya yang telah menghadap tok kadi.

Ian tergelak kecil.

"Pak Ngah tengah berdebar tu"ujar Ian.

Ayden hanya menganggukkan kepalanya sahaja."Adik baby,tu tengok Pak Ngah dah nak kahwin"tangan kecil Mia digongoi sambil tersenyum.

Ian tersenyum nipis seraya memandang Mia yang berada dalam dukungannya.

Di situasi Fayyad pula dia kalau ikutkan perasan berdebar tu seperti mahu pecah dada ni.

"Saudara Fayyad Amzar bin Hakim?"

"Ye saya"

"Aku nikahkan dikau dengan Aurelia Sophia binti Khalil dengan mas kahwin sebanyak 100 ringgit dibayar tunai"

"Aku terima nikahnya Aurelia Sophia dengan mas kahwin sebanyak 100 ringgt dibayar tunai"

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdulilah..."

Doa dibaca.Semua orang menadah tangan masing-masing.Akhirnya Fayyad dan Aurel sah bergelar suami isteri.

Fayyad yang tidak dapat menahan senyuman itu diusik berulang kali oleh Aysar yang duduk berdekatan dengan Fayyad.

*****

Selepas sesi menyarungkan cincin dan pembatalan air sembahyang selesai,mereka memutuskan untuk mengambil gambar kenang-kenangan

Macam-macam gaya mereka pamerkan.Ian dan Aysar pula asyik menempel sahaja dengan isteri masing-masing.

Suha hanya tersipu malu manakala Naura pula dihadiahkan dengan jelingan tajam.

Setelah itu barulah mereka keluar makan dan meninggalkan pasangan pengantin itu mengambil gambar sekejap.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now