44🌼

3.1K 160 104
                                    

"Mama okay.Janganlah nangis"pujuk Sejeong sambil memeluk Mikayla.Gadis cantik itu mencuba untuk menenangkan kanak-kanak tersebut yang sejak tadi lagi menangis.

Jaehyun memandang ke arah anak saudaranya itu sebelum dia memandang ke arah abangnya.

"Apa yang dah jadi pada Suha?And kenapa Yuki boleh ada dengan Jimin? Bagitahu eomma!"berang Puan Park.

Yuki hanya mampu berdiam kerana di sendiri takut dengan wanita tersebut.

"Ini semua salah Jimin..."air matanya mengalir tanpa mampu ditahan lagi.

Ian yang merasakan seakan kedua-dua kakinya berasa lemah itu terduduk di tepi dinding sambil meraup kasar wajahnya.Yang ada di fikirannya sekarang hanyalah tentang anak dan isterinya yang berada di dewan bersalin.

"Eomma...Jimin taknak apa-apa terjadi pada Suha dan anak Jimin"lirih Ian.

"Apa yang Jimin dah buat?Eomma tak tahu apa yang Jimin dah buat pada Suha tapi...kalau ada apa-apa berlaku pada menantu dan cucu eomma,eomma takkan maafkan Jimin!"tegas Puan Park.

"Eomma..."

"Dah lah tu.Tak guna jugak kalau awak marah dia.Kita doakan je Suha selamat"Tuan Park cuba menenangkan isterinya.

Ian mengerling pada anak lelakinya yang hanya diam menekur lantai.Maafkan papa Ayden...

Tiba-tiba seorang doktor perempuan keluar daripada ruangan bersalin.

Hati Ian diterpa perasaan risau yang teramat sangat.

"Mana suami kepada pesakit tadi?"

Dengan cepat Ian berdiri lantas mendekati doktor perempuan itu."Saya suami dia.Isteri saya okay kan?Dia tak apa-apa kan?Tolong doktor...selamatkan isteri saya"

Tanpa segan silu,Ian menangis di depan doktor itu.

"Isteri encik kalau diikutkan belum sampai due date tapi dengan keadaan isteri encik sekarang kami terpaksa paksa isteri encik supaya bersalin tapi nampaknya kami perlu melakukan ceasar sebab isteri encik terlalu lemah untuk push.

Dan satu lagi masalah...baby ada masalah jadi kami terpaksa memilih antara isteri ataupun anak encik.

Berdasarkan laporan, sepatutnya baby encik digugurkan sebab baby encik ada masalah jantung tapi isteri encik nak kekalkan kandungan tu"jelas Doktor Kang dengan panjang lebar.

"Allahuakbar!"

Tergamam Ian mendengar penjelasan doktor itu.Rupa-rupanya bayinya ada masalah tapi Suha langsung tidak memberitahunya tentang soal ini.

Kenapa aku kejam sangat sampaikan langsung tidak mengambil tahu soal kandungan Suha..

Ya Allah...

"Sekarang ni encik terpaksa pilih antara isteri ataupun anak encik"

Puan Park dan Tuan Park turut sama tergamam kerana itu adalah keputusan yang sangat sulit.Jika Ian memilih Suha maka nyawa anaknya dia terpaksa korbankan.Tapi jika Ian memilih bayinya...nyawa Suha yang akan terancam.

"Jimin..."

Hati Ian sangat-sangat pedih kerana memikirkan pelbagai kemungkinan.Dia perlu memutuskan keputusan yang bakal mengubah segala-galanya.

"Jimin,pikir baik-baik.Jangan sampai buat keputusan yang salah"peringat Tuan Park.

Dia turut sama terasa debarannya.Dia sayangkan Suha.Suha adalah menantu yang sangat baik.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now