46🌼

3K 171 102
                                    

"Bang"

"Abang,pehal kau tidur kat sini?"

Ian yang terlelap itu terus terbangun.Dia bingung.Tadi tu mimpi ke?

Dahinya yang berpeluh-peluh dikesat dengan segera oleh Ian.Dia kebingungan memikirkan perihal tersebut.

Mata Ian meliar melihat keadaan sekeliling.Dia tertidur di atas sejadah.Entah bila masa dia boleh tertidur.Ian meraup wajahnya.

"Pergi basuh muka dulu"suruh Jaehyun kepada abangnya.

Tanpa bersuara,Ian hanya akur dengan arahan adik lelakinya.Dia agak bingung sebenarnya.

"Dah lama ke aku tertidur kat sini?"

"Haah.Tu yang appa suruh aku cari kau"

Tiba-tiba Ian teringatkan isteri dan anaknya."Suha...macam mana dengan Suha?Dia selamat kan?"tanya Ian dengan perasaan yang sangat gementar dan berdebar.

Mimpinya tadi membuatkan Ian menjadi sangat takut kerana dia tidak sanggup untuk kehilangan isterinya.Itu merupakan mimpi ngeri baginya.

Jaehyun tersenyum nipis.

"Suha selamat.Anak kau selamat jugak.Tapi yang sorang lagi..."riak wajah Jaehyun menjadi sayu.

"Sorang lagi? Maksud kau?"

"Anak kau kembar.Doktor pun baru je tahu.Tapi doktor tak dapat nak selamatkan yang sorang lagi.Kau nak tengok anak kau tak?"

Ian tergamam.

Anak aku kembar???

*****

Air mata Ian berjujuran lagi sambil dia menatap wajah kecil yang telah kaku berada di dalam dukungan.

Anaknya telah tiada.Anaknya telah pergi.Hatinya hancur berkecai melihat bayinya yang telah tidak bernyawa lagi itu.

Jaehyun meninggalkan Ian bersama bayi itu bersendirian bagi memberi ruang kepada abangnya.

Teresak-esak Ian menghamburkan air matanya."Maafkan papa..."

Dia ingin menyelamatkan isterinya tetapi nyawa anaknya yang dia terpaksa pertaruhkan.Hatinya ibarat hancur berkecai kerana dia sukar untuk menerima pemergian bayinya itu.

"Maafkan papa sayang"

Ian menangis semahunya seraya memeluk erat bayinya itu.Bayi perempuan tu kelihatan sangat kecil berbanding bayi lain.

Ian benar-benar menyalahkan dirinya sendiri.Semuanya berpunca daripada dirinya.Sekiranya dia tidak memperlakukan isterinya seperti sebelum ini pasti anaknya masih lagi selamat.

Jaehyun yang memandang dari luar tidak mampu menahan sebak.

Walaupun dia marah terhadap abangnya itu namun melihat Ian menangis teresak-esak benar-benar meruntun jiwanya.

Anak saudaranya telah tiada.Ian pula menyalahkan dirinya sendiri.Soal Suha pula...dia masih belum sedarkan diri.Entah apa reaksi dia apabila mengetahui bahawa anak yang dikandungnya selama ini telah meninggal dunia.

Jaehyun didekati oleh Sejeong.

Sejeong tersenyum pahit ke arah Jaehyun.

Sejeong tersenyum pahit ke arah Jaehyun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now