Part 9🌵

1K 100 28
                                    

Usai membaca Yaasin di kubur arwah atuk dan nenek,Suha menyentuh batu nisan mereka sambil tersenyum.

"Atuk...nenek...kakak rindu"

Ian tersenyum kecil seraya merangkul bahu isterinya."Atuk dan nenek dah tenang kat sana"ujarnya.

Suha menganggukkan kepalanya.Wanita itu memandang ke arah anak-anaknya yang telah selesai membaca Yaasin.

"Mama rindukan nenek ke?"tanya Mia.

"Mestilah rindu.Rindu sangat-sangat.Nenek selalu ada untuk mama kalau mama ada masalah dulu.Kalau mama yang berada di sini.Mia akan rindukan mama tak?"balas Suha dengan lembut.

Ian,Ayden dan Mikayla terus memandang ke arah Suha.Ian mengeratkan rangkulan di bahu isterinya.

Ian berasa sedikit terkesan dengan apa yang dituturkan oleh isterinya.Hatinya turut berasa sakit dengan serta merta.Terasa ditoreh-toreh dengan pisau yang sangat tajam.

Mia terus menarik muncung panjang.Tanpa amaran Mia memeluk tubuh mamanya.

Suha hanya tergelak kecil.

"Kenapa ni?Hmm?"

"Mia tak suka mama cakap macam tu.Mia taknak berpisah dengan mama.Mama tak boleh tinggalkan Mia"Mia seperti mahu menangis sahaja pada saat ini.

Ayden dan Mikayla pula hanya diam memandang mamanya.

Suha masih lagi tenang.

"Mama tanya je.Janganlah nangis sayang mama ni"pujuk Suha dengan lembut.

"Dahlah jom kita balik.Tok Umi dan Tok Abi dah tunggu kat luar sana"mata Suha melirik ke luar pagar.Kelihatan ibu bapanya sedang menunggu di luar sana.Begitu juga dengan adik beradiknya yang lain.

Mereka menganggukkan kepalanya.Maka mereka sekeluarga menghayun langkah keluar daripada kawasan kubur.

Suha yang perasaan perubahan suaminya terus menoleh pada Ian.Ian hanya berdiam diri.Namun tangan Ian masih lagi menggenggam erat tangannya.

"Abang?"

Ian sedikit terperanjat."Ye sayang"

"Kenapa abang diam?Abang okay tak?"tanya Suha prihatin.

Ian tersenyum kecil sambil menggelengkan kepalanya.Walaupun pada hakikatnya hanya dia yang tahu betapa resahnya dia kini.

*****

Pulang sahaja daripada menjenguk kubur arwah atuk dan nenek,Ian terus meminta izin untuk masuk ke dalam biliknya dan Suha.

"Kenapa dengan Abang Ian akak?"tanya Naura kepelikan.

Suha mengeluh perlahan sebelum bersuara."Takpe biar akak tanya dia.Btw kalau akak tak ikut adik keluar cari barang-barang boleh tak?"

"No problem akak.Lagipun barang yang nak beli bukannya banyak sangat.Sikit je yang nak beli.Yang lain Makngah bawak Maklong bawak.Kejap lagi diorang sampai"balas Naura.

"Mama,Kayla nak ikut Ciksu boleh tak?Hehe"Mikayla bertanya kepada mamanya.

"Boleh sayang"balas Suha dengan lembut."Ayden taknak pergi ke?"mata Suha tertunak pada anak sulungnya.

"Of course lah nak ikut mama.Bukan selalu dapat keluar.Kesianlah kalau Ciksu dan Paksu je yang pergi."balas Ayden seraya tesengih.

Fayyad pula memilih untuk tetap berada di rumah untuk menjaga bayi kecilnya,Anith Sumayyah.Hal ini kerana isterinya,Aurel tidak sihat gara-gara bengkak susu.

*****

"Abang?"

Masuk sahaja ke dalam bilik,Suha terus menghampiri suaminya yang sedang termenung di birai katil.Ian hanya diam merenung lantai.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now