Part 1🌵

2.1K 121 53
                                    

Di dalam bilik yang serba ungu itu dapat dilihat seorang remaja lelaki yang masih lagi nyenyak tidur kerana selepas solat subuh dia kembali tertidur.

Di dalam bilik yang serba ungu itu dapat dilihat seorang remaja lelaki yang masih lagi nyenyak tidur kerana selepas solat subuh dia kembali tertidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jam di dinding telah menunjukkan pukul 7 pagi namun dia masih terlena.Mengantuk betul nampaknya.

Knock knock!

"Ayden!"

Tiada sahutan didengari membuatkan Suha tersenyum kecil.Ni mesti masih tidur ni.Selalu sangat tidur lambat nilah kesannya.

"Mama,abang tak bangun lagi ke?"Mikayla mendekati mamanya.Suha menoleh pada anak perempuannya yang telah siap beruniform sekolah.

Suha tersenyum sendiri.Ketiga-tiga anaknya telah semakin membesar.Mikayla telah menjadi remaja perempuan yang cantik lagikan rupawan.

"Kayla tolong kejutkan abang boleh?Mama nak pergi tengok Mia.Entah-entah tak bangun lagi budak kecik tu"pinta Suha kepada Mikayla.

"No problem mama.Alah setakat kejutkan abang mudah je"Mikayla tersenyum penuh makna sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik anaknya itu.

Mikayla melirik ke arah abangnya yang masih lagi nyenyak tidur.

"Eii sampai sekarang tidur tak pakai baju.Apa dia ingat body dia cantik ke?"gumam Mikayla apabila perasaan yang Ayden langsung tidak memakai baju.Dia hanya memakai seluar pendek paras bawah lutut.

Mikayla mendekati katil.Dia terus mencuit pipi abangnya itu.

"Bangun"

"Emmm..."

Lena Ayden sedikit terganggu gara-gara Mikayla namun dia masih belum mencelikkan matanya.

Mikayla menggelengkan kepalanya.

"Bangun!!!Abang!!!"

Tepat di telinga Ayden, Mikayla terus menjerit.

Secara automatik Ayden terus meluruskan badannya bersama mata yang membulat kerana terlalu terkejut.

Mikayla hanya tersenyum manis.Dicuit selamba pipi abangnya lagi.

Ayden mengeluh berat seraya mengerling pada adik perempuannya.Dia masih lagi berasa mengantuk sekarang.Ayden kembali merebahkan badannya ke atas katil namun sempat dihalang oleh Mikayla.

Mikayla menahan belakang badan Ayden agar tidak kembali tertidur.

"Bangun sekarang.Dah pukul 7 pagi dah ni.Cepatlah pergi mandi.Ke nak Mia yang datang sini heret abang?"sengaja Mikayla berbicara seperti itu.

"Hmm yelah yelah.Dah keluar sana"halau Ayden dengan suara yang serak.

"No.Abang bangun dulu.Ambik tuala and pergi masuk dalam bilik air"ditepuk kuat belakang badan Ayden tanpa belas insan.Tambah pula dengan Ayden yang tidak berbaju sekarang memang pedihlah jawabnya.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now