27🌼

1.9K 145 31
                                    

Pintu dibuka dengan perlahan-lahan.

Matanya terpaku pada figura isterinya yang sedang mengurut kakinya sendiri.Berkerut-kerut dahinya menahan sakit.

Ian memandang lama isterinya.Suha kelihatan memegang pinggangnya yang terasa lenguh.Tambahan pula dengan perutnya yang memboyot menyebabkan dia sukar itu bergerak.

Ian mendekati isterinya.Suha langsung tidak perasaan akan kehadiran suaminya di dalam bilik tidur mereka itu.

"Sayang"

Ian melabuhkan punggung di birai katil bersaiz queen itu.

"Eh??Bila masa abang masuk??Bila masa abang balik?Kenapa balik awal?Tak bagitahu saya pun"tanya Suha bertubi-tubi dengan riak wajah yang terkejut.

Ian hanya tersenyum nipis sebelum dia memeluk tubuh itu dengan erat.Suha masih lagi terkejut.Kenapa dengan suami aku ni?

"Abang kenapa ni?Abang tak sihat ke?"dahi Ian disentuhnya.Tak demam pun.

Dahi Ian direhatkan di atas bahu Suha sambil tangannya memeluk pinggang isterinya.

"Why you don't tell me sayang?Sayang buat abang rasa jahat sangat"gumam Ian perlahan namun masih dalat ditangkap oleh Suha.

Dahi Suha berkerut seribu mendengar kata-kata Ian.Dia tak faham sebenarnya.

"Kenapa ni abang?Saya tak faham lah"tanya Suha dengan lembut.

Ian menghela nafas berat sebelum dia mengangkat mukanya dari bahu isterinya.

Suha menyentuh kedua-dua pipi Ian kerana melihat air muka suaminya yang muram.

"Kenapa ni?Share lah dengan saya"pipi Ian dielus lembut oleh Suha dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya mungilnya.

Tangan Suha yang berada di pipinya disentuh dengan lembut.Ian tersenyum nipis.

Kedua-dua tangan Suha dibawa ke ribanya.

"Kenapa tak bagitahu abang yang Yuki call abang semalam?"tanya Ian dengan lembut.

Suha tersenyum serba salah."Sorry abang.Saya lupa nak bagitahu.Yuki dah bagi ke baju abang? Sorry sangat-sangat abang sebab saya memang terlupa nak-"

Cupp!

Terbuntang mata Suha apabila suaminya menciumnya dengan tiba-tiba.Namun Suha hanya membiarkan sahaja.

Bibir mereka mula terpisah.Muka Suha mula berona kemerah-merahan.Ian hanya tersenyum sahaja.

"Abang tak marah pun"

Suha memandang suaminya.Mereka berbalas pandangan.

"Sayang tahu ke?Kenapa abang tak balik semalam?"Ian bersuara.

Suha menggigit bibir bawahnya.Dia menundukkan kepalanya.

Jari Ian dibawa ke bawah dagu Suha menyebabkan Suha kembali mendongakkan kepalanya.Ian memandang dalam mata Suha.

"Maafkan abang"

Jujur sahaja Ian berasa sangat bersalah terhadap isterinya kerana telah menipu tentang hal semalam.Kenapa Suha langsung tidak bertanya kepadanya?Suha seakan tidak mengetahui apa-apa sedangkan dia telah tahu tentang hal itu.

Suha hanya diam.

"Kenapa abang boleh tidur kat rumah dia?"akhirnya Suha membuka suaranya.

"Maafkan abang sayang..Sebenarnya masa abang balik otw balik abang ternampak dia kena ganggu di luar club.Kalau diikutkan abang tak nak tolong.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now