26🌼

1.8K 145 27
                                    

Naura memandang Aysar yang sedang berbual dengan Widad.Dia hanya diam sahaja.Malas nak ambil peduli.

Sebenarnya Aysar tak layan sangat pun Widad ni.Widad yang tak henti-henti membuka topik berbualnya bersama Aysar.

Hayyan yang berada di dukungannya dipandang sekilas.

Bayi lelaki itu tersengih memandang mamanya.Terbentuk satu senyuman petak sama seperti Aysar.

"Aigoo comelnya anak mama ni"dicium pipi gebu milik anak lelakinya itu.

Yoojung tersenyum melihat kakak iparnya.Dia sentiasa berfikir kenapa eommanya tidak menyukai Naura.Naura baik.Naura sopan.Naura rajin.Naura peramah.Kalau diikutkan Naura memang sesuai untuk dijadikan seorang isteri.

"Ara"

Naura menoleh ke arah adik iparnya kerana gadis itu memanggilnya.

"Ye? Ada apa?"

"Kalau Jung tanya Ara jangan ambil hati eh.Sebenarnyakan...sepupu Ara si Widad tu sukakan abang eh?Takdelah nampak merenyam semacam je Jung tengok.Berbulu dah mata Jung tengok dia duk menggedik dengan abang tu"bebel Yoojung.

Naura tergelak.

"Nampak sangat ke?"

"What?So betul lah dia suka abang?Biar betul???Dia tu dah gila ke sampai nak kan suami orang?Erghh menyampah!"Yoojung mempamerkan raut wajah meluatnya.

"Haah.Memang dia sukakan abang Jung tu.Dia sukakan abang Jung dah lama.Before kitaorang kahwin lagi.Tapi tulah...abang Jung pilih Ara.Nak buat macam mana kan"boleh pulak Naura ketawa.

"Tapi dia still sukakan abang kan?"

"I don't know.Maybe yes maybe no"Naura hanya menjongketkan kedua-dua bahunya tanda dia sendiri tak tahu.

"Jung rasa dia masih sukakan abanglah.Macam mana ni Ara?Eiii Jung tak sukalah dia tu.Fake sangat.Nak berlakon pun kasi lah real sikit.Ni nampak sangat fake"selamba badak je Yoojung mengutuk Widad.

"Biarkan aja dia tu.Macamlah abang Jung tu suka dia.Berangan jelah dia"balas Naura dengan nada yang sedikit sinis.

"Kiranya Ara dah tahu yang dia sukakan abang tapi kenapa Ara setuju dengan cadangan eomma?Kenapa benarkan dia jadi babysitter Hayyan dan Ayra?Ara tak risau ke takut dia apa-apa kan anak-anak buah Jung ni.

Kalau dia buat apa-apa memang mati Jung kerjakan dia"bebel Yoojung lagi.

"Ara buat ni sebab eomma je.Kalau ini boleh buat eomma terima Ara...apa salahnya kan?Pasal Hayyan dan Ayra ni hmm kalau dia buat apa-apa memang dia sangat beranilah.

Dia tahu Ara ni macam mana.Ara bukanlah baik sangat.Dia buat hal memang kenalah dengan Ara"Naura tersenyum penuh makna.

Yoojung memandang kakak iparnya tidak berkelip.

"Apa?"

"Ara ni menakutkan lah"

"Mana ada.Mengarut jelah Jung ni"gelak Naura.

"Ara pergilah tolak perempuan tu jauh-jauh sikit daripada abang.Semaklah mata Jung tengok"rengek Jung.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now