Part 8🌵

1K 92 20
                                    

"Fify mengantuk ke?"Aysar menahan gelak melihat anak bongsunya yang asyik tersengguk itu.

"Kesian cucu Tok Abi.Mengantuk sangat tu"Tan Sri Haji Hakim.

Hafify yang duduk di atas pangkuan babanya mendongakkan kepala.Bibir dicebikkan sambil menganggukkan kepalanya.

Aysar tersenyum nipis.

Orang duk dengar ceramah antara Maghrib dan Isyak boleh pulak dia tersengguk.

"Kalau macam tu tidurlah.Tapi tidur sorok-sorok eh hahaha.Tidur kat sini"dadanya ditepuk berulang kali.

Hafify tersengih sambil menyandarkan kepalanya pada dada bidang babanya itu.Mengantuk sangat tu.

Aysar menggelengkan kepalanya sambil tersenyum manis.Dia mengerling pada Hayyan yang diam sahaja mendengar ceramah yang disampaikan oleh tok imam surau.

"Papa,Ayden nak pergi tandas kejap"beritahu Ayden kepada Ian.

Ian hanya menganggukkan kepalanya tanda membenarkan.

Tanpa menunggu lama Ayden segera bangun untuk keluar.Bilik air menjadi destinasinya.

Di luar surau kelihatan beberapa orang gadis yang sedang berborak sesama mereka.Ayden sedikit gusar sebenarnya dengan mereka yang merenung ke arahnya selepas dia keluar dari surau.

Ayden terus menghiraukan mereka lantas menghayun langkah ke arah bilik air.Tak tahan sangat dah ni.

"Siapa tu?"

"Kalau tak salah aku cicit arwah Nek Dahlia dan Tok Hassan.Handsome nak mati weh dia"

"Tu kalau jadi boyfriend aku tu fuhh tak pandang lain dah aku"

"Kau trylah dia.Kau kan cantik takkan dia tak sangkut kot"

"Well aku memang cantik.Nanti aku try dia hahahaha"

"Wehh tadi lepas solat Maghrib tadi kat sebelah dia tu sape? Handsome jugak wehh!Ke abang dia dua orang tu?Sumpah wehh memang handsome nak mati tiga-tiga"

Hah sudah...

"Aku rasa abang dia kot.Yelah nampak muda lagi.Nanti bila dia keluar dari bilik air aku try tegur dia"sang gadis tergelak kecil.

Tidak lama kemudian Ayden pun keluar daripada bilik air.Baru sahaja dia mahu melangkah masuk ke dalam surau kembali,sekumpulan gadis tadi menegur dirinya.

"Awak!"

Ayden sedikit ragu-ragu.Aku ke yang dia panggil?Rasa macam aku sorang je kat sini.

"Ye saya?"

"Mehlah sini kejap"ajak sang gadis sambil tersenyum-senyum.

Ayden menghela nafas panjang sebelum dia mendekati mereka bertiga tetapi dengan jarak yang agak jauh.Mana mungkin dia akan mendekati gadis-gadis itu.Nanti bakal menimbulkan fitnah.

"Sorry but for what?Korang ada something nak bagitahu aku ke?"kalau sekali dengan bunyi macam kasar tapi sebenarnya tak kasar sangat pun.

"Emm nama awak apa?"

"Kenapa nak tahu?"

"Alahh saja nak kenal-kenal.Tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh tapi tak ada guna pun kalau korang tahu nama aku.Dahlah daripada korang duk berbual kat luar ni baik korang masuk dalam dengar ceramah.Lagi elok daripada duduk membawang kat luar ni"sempat lagi Ayden menempelak mereka bertiga sebelum dia mengambil keputusan untuk masuk ke dalam surau.

Senyuman mereka bertiga terus terpadam.Sentap pulak di hati.

"Harap muka je handsome tapi...eii menyampahlah!Mulut dia takde insuran tahu tak!"

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now