37🌼

2.2K 164 158
                                    

"Assalamulaikum kakak"

"Waalaikumussalam umi.Umi sihat?"senyuman terukir kerana dapat mendengar suara ibu kesayangannya.

"Umi sihat je.Abi pun sihat.Kakak sihat tak?Cucu umi macam mana?"

Suha tergelak halus.

"Alhamdulilah kakak sihat.Cucu umi pun sihat.Tapi kadang-kadang sakit jugak perut ni sampaikan tak boleh tidur malam-malam"beritahu Suha sambil mengusap lembut perutnya.

Terdengar hilai tawa halus Puan Sri Hajah Darliya membuatkan Suha tersenyum senang.

"Biasalah tu.Tak sabar umi nak jumpa dengan cucu umi tu.Haihh cepat-cepat lah keluar cucu"

"Hahahaha.Oh ya umi!Macam mana dengan persiapan wedding Fayyad? Semuanya okay ke?"tanya Suha apabila teringatkan adik lelakinya yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Alhamdulilah semuanya umi dah uruskan.Cuma kad je tak edarkan lagi.Kakak tak payah risau sangat.Tak payah pikir pasal wedding Fayyad ni.Kakak just jaga kesihatan kakak baik-baik.

Kalau ada apa-apa masalah cepat-cepat bagitahu Ian"

Pesan Puan Sri Hajah Darliya kepada anak perempuannya itu.

Ian?

Suha menghela nafas perlahan.

"Kakak?Kakak ada masalah ke?Ke Ian ada sakitkan hati kakak?" tanya Puan Sri Hajah Darliya dengan nada yang penuh kerisauan.

"Takdelah umi.Kakak okay je.Abang baik je.Dia selalu care pasal kakak.Umi ni overthinking pulak.Cuma lately ni kakak banyak kali terfikir.

Andai kata...kakak tak selamat masa bersalin sape yang akan jaga anak-anak kakak? Siapa yang akan layan kerenah diorang nanti?"

Puan Sri Hajah Darliya terdiam di hujung talian.

Sememangnya itu adalah satu perkara yang menakutkan bagi setiap perempuan yang bakal bergelar ibu.

"Kakak... inshallah kakak akan selamat.Janganlah cakap macam tu.Umi tak suka.Kakak kena ada semasa anak-anak kakak membesar.Kakak tak nak ke tengok Ayden Kayla membesar di depan mata kakak sendiri?"

Suha terdiam.

Entah mengapa dia seperti berputus asa dengan apa yang telah terjadi kepadanya selama ini.

"Umi..."

"Ye kakak?"

"Kakak minta maaf kalau kakak ada buat salah pada umi.Pada abi jugak"

Air mata Suha mula jatuh tanpa mampu ditahan lagi.

Kenapa dia berbicara seperti itu?Ada sesuatu yang Suha sembunyikan daripada semua orang termasukkan suaminya sendiri.

"Kakak tak pernah buat salah pada umi dan abi Kalau ada pun...kami dah maafkan"

"Umi janji dengan kakak.Kalau apa-apa terjadi pada kakak... tolong tengokkan anak-anak kakak"pinta Suha dengan derai air mata.

Suha ada sebabnya yang tersendiri menyebabkan dia berasa agak tertekan dengan hal tersebut.

"Kakak..."

"Janji dengan kakak"

"Hmm okay kakak.Umi janji.Kakak pun janji jugak.Kalau kakak ada masalah ke apa ke... please tell me.Kalau tak nak bagitahu umi, bagitahu Ian.Ian suami kakak jadi bagitahu dia"

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now